Monday, December 29, 2014

Cara Pemakaian Produk SKII

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar uolls? Cik lady alhamdulillah sihat dan sedang menghabiskan cuti hujung tahun di rumah saja.. Tadi cik lady dah postkan cerita terkini tentang apa yg cik lady lalui sepanjang minggu lepas.. Dan sekarang cik lady nak sambung kembali cerita tentang SKII cik lady..alhamdulillah sejak post berkenaan Cerita SKII Saya yang cik lady tulis beberapa bulan yang lalu di blog ini, post tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung blog2 di sini..cik lady pun tak sangka post tersebut akan menjadi hit dan skrg berada di tangga teratas google search engine, no wonder tetiba blog ni dah hit beribu-ribu visit huhu terima kasih semua...

Mungkin keikhlasan dan niat cik lady nak share sbb cik lady pun pernah alami kesusahan nak mendapatkan info lanjut dan pengalaman orang tentang penggunaan produk SKII memberi impak yang baik ini, alhamdulillah... Byk juga emel dihantar oleh kawan2 baru di luar sana, dan cik lady cuba sedaya upaya untuk membalas emel kalian, moga dpt membantu kan..

Dulu cik lady pernah berjanji nak tulis berkenaan cara2 pemakaian produk SKII especially aturannya. Jadi lebih baik cik lady tunaikan dulu janji tu di sini ya, just a short simple tips on how to apply the product kat sini, okay? Untuk gambar, korang boleh refer kat cerita asal cik lady iaitu Cerita SKII Saya ya...


Sunday, December 28, 2014

Cerita Hujung Tahun 2014

Assalammualaikum dan selamat pagi semua,

Korang apa khabar? Wahh dah lama cik lady tak update kat sini huhu.. Maaflah, sejak cik lady ditukarkan ke unit baru di bahagian yang sama, cik lady agak sibuk 2-3 bulan ni kerana kami ada 4-5 program serentak nak dihabiskan sebelum hujung tahun.. wahhh mmg cik lady betul2 fokus kat unit baru dan tak dinafikan mengalami sedikit tekanan (biasa lah kan)  bila kita nak buat yg terbaik tapi mcm2 berlaku.. tapi alhamdulillah, semua dah berakhir dan berjalan dengan lancar..malah waktu duk tgh busy2 tu, cik lady sempat je duk bagitau kat teammates, "Saya tak kira, hujung tahun ni saya nak cuti 2 minggu!" eceeehhh..suka hati je kan...

Dan kini, tanggal 29 Disember 2014 (Isnin), alhamdulillah, cik lady sedang menikmati cuti minggu kedua...haa dengar tu, minggu kedua kau..maksudnya minggu lepas cik lady dah start cutiiii huhuuh... mmg nekad abis, waktu nk minta cuti tu, kebetulan cik lady dapat 2 orang bos baru, cik lady selamber je lah apply jugak kan, sbb cuti tahun ni masih berbaki 12 hari, dan cik lady guna 8 hari cuti (sbb 2 minggu terakhir ni kerja 4 hari je)..so dapatlah cik lady cuti selama 2 minggu.... bos besaq plak sgt2 sporting so dia sign je..alhamdulillah, diberikan rezeki ini..

Plan asal cik lady bercuti panjang ni ialah nak balik kedah nak bercuti di sana.. cik lady ni dari dulu mmg macam ni, budak kampung yg membesar di kampung kan, so mmg every year, cik lady pasti bercuti panjang dan cik lady lebih gemar memilih utk bercuti di kampung halaman je..tak ke mana pun, bukan xnak or xde duit, tp cik lady mmg gemar duduk di rumah tok wan yg mana cik lady dibesarkan..cik lady selalunya x kemana pun, hanya duduk di rumah, keluar cari makan kat aloq staq, pastu lepak rumah balik..kemas apa patut..tu jer..my faveret huhu... well tahun ni sama lah plan cik lady, ingat nak bawa mama balik kampung duduk sana 2 minggu (my mum stayed with me now since my pak lang passed away few months back)..so mcm kesian kan orang tua suka nak balik duk kampung, tp for her to stay alone i tak benarkan lah... so i pikir demi mak, baiklah i amik cuti tu dan bawa dia balik kampung dengan adam..kami bertiga je, sbb hubby keja.. tapi itulah, kita hanya merancang, Allah swt juga menentukannya...

Wednesday, November 5, 2014

Perempuan-Kasut-Handbag..Tidak Dapat Dipisahkan

Assalammualaikum dan hi koranggg,

Apa khabar? Lama dah cik lady tak update kat sini kan.. Btw, lately ni cik lady rajin je bukak blog ni, cuma dapat membalas komen2 pengunjung jer.. terima kasih kerana kalian sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini huhu... seronok juga dapat komen ada kawan2 di luar sana yang nak tahu lebih lanjut tentang produk SKII dan Cosmoderm.. alhamdulillah, thanks for reading my blog kan... 

By the way, hari ni cik lady nak cerita tentang Perempuan-Kasut-Handbag... sesuatu yang sinonim kan? kekekek almaklumlah, orang perempuan memang macam ni kot huhu... handbag memang merupakan satu keperluan nak letak purse dan barang2 lain lagi..so handbag mmg perlu.. kasut yang cantik dan selesa jugak adalah amat perlu... cik lady slalu cakap kat diri sendiri, kalau pakai lawo2 pun, tetiba pakai selipar hmmmm abis x cun perempuan itu huhuhu.. its like, segala kecantikan perempuan terletak pada kasut yang dipakainya.. tak percaya? cuba tengok, kalu mana2 perempuan yang korang nampak wahh cantiknya dia, lawanya baju dia..wahh branded handbag dia..skali, dia pakai selipar..ya selipar yang nampak segala kuku kaki itu..kalu kaki cantek tak pe gak... tp trus bagi cik lady, saham kecantikannya itu jatuh sedikit dek kerana selipar itu..tats my point of view la, saya tahu, ramai jer wanita skrg ini suka memakai flipper atas alasan selesa, tapi tengok tempat lah jugak kan akak, kalu ke kedai mamak okay lah, but to shopping mall or a function, not appropriate kut... lagi sekali, its my 2 cents... cheers! 

So, cik lady ni mmg lah seorang perempuan yang terjebak jugak dengan handbag dan kasut masut ni... waktu zaman remaja di alam persekolahan, cik lady dulu ngidamkan kasut vincci..iyerlah zaman tu vincci baru masuk n kasut diorg lawo2 n harga berpatutan...semua kawan2 cik lady pasti ada sepasang kasut vincci, sape tak de tu macam tak trend lah huhu.. so cik lady pun ada, sbb minta mama belikan kat kl time dia ada keja di kl (kitorg duk di penang dulu)... bila dapat sepasang, wahh seronok kemain.. pegi birthday party tu besttt jer.. huhu... handbag plak not so waktu tu, sbb remaja lagi...jom baca my story...


Thursday, October 16, 2014

Too Much Of Thinking Is Not Good For You

Salam semua,

Apa khabar hari ni? Wahhh tajuk post cik lady kali ni sungguh la mat salleh kan? Too much of thinking is not good for you...betul kan? 

Kadang-kadang, kita tak sedar kita hidup dalam dunia orang lain...tak faham? Okay macam ni, kadang-kadang, kita ni, secara sedar atau tidak, buat sesuatu perkara or kebanyakan perkaralah, dengan anggapan "Eh, kalau aku buat macam ni, nanti apa orang akan pikir?", "Eh, kalau aku post macam ni kat fb, tentu orang puji dan aku dapat like banyak.." "Kalau dapat like banyak, barulah nampak diri aku hebat"...dan bermacam-macam lagi yang kita nak buat tapi kita duk pikir apa orang pikir pasal kita.. Padahal, hakikatnya, orang tak peduli pun kat kita...tapi bila kita dah post bagai nak rak, tentulah orang akan berkata-kata... Kan?

Kenapa kita perlu hidup dalam keadaan kita buat sesuatu tu nak puaskan hati orang lain, biar nampak elok pada mata orang lain, biar orang puji kita tak kutuk kita...sedangkan yang nak buat dan terima kesan tu adalah diri kita sendiri. Adakah kita bahagia bila kita buat sesuatu sebab nak nampak elok di mata orang lain? Tepuk dada tanya hati sendiri...


Sebab itulah terjadinya masalah-masalah sosial lain yang akan timbul seperti aktiviti umpat mengumpat, aktiviti tak puas hati tengok orang lain bahagia dan senang, aktiviti membazir akibat berbelanja melebihi kemampuan.. sebabnya, hanya nak pastikan diri kita elok di mata mereka....


Dan kadang-kadang, kita tak sedar, yang apabila kita terlalu berpikir or thinking too much ni, is not good for us...really not good for us... Kita duk pikir, ish KALAU aku buat camni, apa kata family mentua, KALAU aku amik tindakan camtu nnt kawan2 pasti kutuk aku... KALAU tu, KALAU ni...kita ni duk pikir terlalu banyak.. sedangkan benda2 macam tu lah yang akan membawa getaran negatif ke dalam hidup kita...sbb kita duk pikirkan benda2 yang negatif yang akan terjadi KALAU kita buat sesuatu tu.. so ada faham? 

Okay, cik lady kasi lagi contoh yang simple untuk korang faham... Kadang2 dalam keadaan kita berkawan kat ofis contohnya, ada la sesekali kawan kita tu jadi pendiam ka, or tiba2 tak mesra dgn kita ka..pastu kita ni trus rasa macam, eh dia ni awat jadi begini? Dia dah tak suka kat aku ka? Dia macam nak mengelakk jer dari aku? Oh nanti tentu bebudak ofis yang lain tak suka kat aku sebab dia ni nanti akan pengaruhi yang lain2.. Persoalannya di sini, kenapa kita mesti "too much of thinking" tentang benda tu? Sedangkan, entah2 kawan kita tu ada problem ke, apa ka yang menyebabkan dia jadi begitu... So, your thought is powerful, maka anda harus STOP cepat2 thinking itu bila anda dah mula melalut pikir macam2 sampai naik pening kepala sedangkan di pihak satu lagi entah xde apa2 pun perasaan kat anda.... haaa mcm tu lah contohnya...

Jadi, cik lady dah mula praktikkan untuk tidak "too much of thinking" ni dalam semuaaaaaa perkara melibatkan hal kerja, kawan2, rumah tangga, sedara mara..semua lah.... every time mula jer rasa nak pikir bukan2, cik lady cepat2 stop dan bercakap pada diri sendiri "Sometimes, too much of thinking is not good for you d...so stop it, and enjoy life!" Alhamdulillah, sejak tu, i am more happy, hidup rasa best, kepala rasa ringaaaan jerr sbb malas nak pikir dan peningkan kepala dengan perkara remeh temeh.. Alhamdulillah, korang kena try ni k! Cubalah.... :)

Wassalam

-lady d


Monday, September 22, 2014

Resam Dunia

Salam semua,

Baru-baru ni cik lady beli movie Saloma di Astro Best, memang cik lady sangat suka tgk movie biography dan sejarah macam tu...cerita tu adalah arahan Melissa Saila, anak saudara kepada Saloma sendiri dan diolah dengan sangat baik.. Sampaikan cik lady rasa mcm berada dalam dunia dulu2... Lakonan semua  pun begitu hebat dan memberi kesan. 

Cik lady mmg sejak kecil membesar dgn filem2 P.Ramlee.. ingat lagi waktu mama tinggal di Pulau Pinang, bila cik lady ke rumah mama time cuti sekolah (dulu cik lady tinggal dengan tok wan di kedah), nnt cik lady akan tgk filem2 P.Ramlee yang mama rakam guna video tape... Cik lady mmg sgt suka dgn filem2 dan lagu2 P.Ramlee. Antara lagu yg cik lady suka ialah lagu Resam Dunia..Nak tahu kenapa? Jom tengok lirik lagu ni..dan kalu korang nak dengar lagu ni, click kat link di bawah ya...

Sebelum itu, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma serta seniman dan seniwati yang telah meninggalkan kita....

P.Ramlee dan Saloma


Lirik Lagu Resam Dunia - P.Ramlee & Normadiah

Dunia ini hanya palsu
Manusia berdusta
Kebanyakan suka menipu
Gemar membuat dosa....

Dunia penuh dengan noda
Dunia penuh dosa
Kebanyakan tipu dan daya
Mengikut nafsu murka...

Ada pula yang salah sangka
Banyak yang salah terkam
Pasir disangka intan
Batu disangka berlian....

Siapa itu...coba teka..

Siapa itukah gerangan
Berlagu dan berdendang
Suara merdu dan menawan
Membikin hatiku girang

Kalau ada bungan di taman
Berseri warna kuning
Apa guna ke hutan
Sekuntum boleh disunting...

Mari sini....jangan marah....

Begitulah resam dunia
Tidak kekal selamanya
Hati-hati sebelum tenat
Agar terpedaya...
Hmmmm...hmmmmm


Resam Dunia by P.Ramlee dan Normadiah


-lady d

Tuesday, September 16, 2014

Pengalaman Kena Demam Denggi

Salam korang,

Apa khabar? Diharap uolls sihat2 aja.. Cik lady skrg ni tidak begitu sihat, baru pulih dari demam denggi.. Tapi masih ada rasa2 keletihan n sakit2 badan, mgkn masih recover kut.. Sbb tu jugak lah cik lady lama x update blog ni...Hhari ni, cik lady nak cerita ttg pengalaman kena demam denggi yang bagi cik lady satu pengalaman yg sungguh x boleh nak dilupakan...

Kalau last year cik lady kena demam campak...uhu yes demam campak yer...2 minggu mc, tahun ni cik lady kena demam denggi pulak... haihh.. 2 minggu jugak la x masuk opis,nak wat camner, mmg dah sakit kan... Okay jom layan cerita bagaimana cik lady kena demam denggi ni ya...its gona be a long story, stay tune! kekekekek 

Sebulan sebelum kena demam denggi
Bulan Julai 2014, time ni negara tgh gempar dgn Isu Denggi yang dikatakan makin teruk berbanding tahun lepas... Actually cik lady ni keja dgn gomen, so mmg dpt access to info2 and maklumat ttg ini, mmg sebenarnya negara kita ni tgh bertungkus lumus menghapuskan Aedes sbb data menunjukkan bilangan rakyat yg kena demam denggi ni meningkat dengan mendadak tahun ini, dikatakan 3 kali ganda naik tahun ini berbanding thn depan dlm tempoh masa yg sama... fhm x? okay, contohnya camni, kalau tahun 2013, kes denggi yg dilaporkan di seluruh negara sepanjang Jan - Ogos 2013 ialah 1,000 kes dengan 20 kes kematian (ni contoh jer)...tahun 2014 ni naik menggila hingga 3 kali ganda utk tempoh yg sama iaitu bagi Jan - Ogos 2014, kes denggi yg dilaporkan ialah 3,000 kes dengan 80 kematian... haaa 300% tau naik.. now ada faham? kekekek tu cth jer, tp sebenarnya data yg betul korang godek2 lah sendiri ya... 

Sooooo..waktu few months back, bila kitorg dpt tau menda tu, cik lady mcm terdetik juga, ishh kena amik langkah mencegah ni.. better sorry now than later.... so mulalah cik lady beli ubat nyamuk letrik, tutup pintu n tingkap time ptg lebih awal, dan pastikan tiada air bertakung dlm rumah... Okay, done all... tapi kekadang..time kita duduk relax kat ruang tamu, skali ada je bunyi nyeeeeettttttttttttt kat telinga...eh nyamuk aedes,nak tampar dia perggh liar kemain... so mmg ada dlm rumah ku huhuhu ...itulah, bila dah ditakdirkan nak jadi, kun fayakun Allah swt lebih berkuasa lah kan...ditakdirkan akhirnya cik lady kena la jugak....

Seminggu sebelum kena demam denggi
Time ni dlm pertengahan Ogos 2014. Cik lady sihat walafiat mcm biasa.. Tapi, dlm duk sihat, bila duk buat keja kat ofis, tetiba ada rasa teeeet menyucuk kat otot lengan.... satgi plak, teeeeet rasa menyucuk kat otot peha... sekali je tau rasa dia, ibarat sebatang jarum yg dicucuk ke otot kita, tapi sekali ja bukan berkali kali..cuma kita rasa terkejut n mcm melatah ehhh ehh... waktu tu dah terdetik kat hati, "Haii, aku ni dah kena cucuk dek nyamuk aedes ker?" sbb x penah rasa camni... tapi, tak elok pikir negatif, trus buang ke tepi n pikir, okay xnak kena xnak kena....takuittt huhu


Tuesday, July 8, 2014

Lady Bobbi Brown Me

Salam and hi semua,

Dah lama cik lady tak tulis dalam blog ni, last post was regarding SKII if im not mistaken. Pastu cik lady janji nak tulis post on how to use and apply SKII products, but till now x berkesempatan hehe insyaAllah okay..

Well hari ni cik lady nk berkongsi pengalaman membeli make up jenama Bobbi Brown.. Wahhh dengar nama pun dah gah kan huhu sebenarnya, cik lady ni jarang memberi brg2 make up berjenama n mewah..plg last beli pun jenama estee lauder sbb beli set make up utk buat hantaran kawen. Pakai yg tu 3-4 tahun, pastu dah x beli dah. Last2 cik lady just consume bedak compact miyami, eye liner master drama by maybelline, lipstick balm dr nivea, dan eye shadow pallete from in2it.. Itu jer, beli campur sana campur sini, done!

Tapi satu hari tu cik lady balik kg, berjumpa my aunties all, wahh kemain diorg, bermake up bb lah, mac lah.. Hmmm trus cik lady rasa mcm, eh nape aku x invest on good products? Lgpun it is for yourself kan, kata nak jaga kulit muka, tp guna make up biase2 ajer.. So since then bermulalah make up hunting..

Kebetulan satu hari tu cik lady ada keje di kl, pas abis keje trus ke midvalley sbb janji dgn hubby yg akan dtg kemudian dgn si adam.. So masa yg ada berseorangan digunakan sebaik mungkin utk mencari make up yg sesuai. Well waktu tu dlm pikiran cik lady hanyalah Bobbi Brown (bb) atau mac.. X terpikir plak nak tgk kat jusco ke parkson ke.. Trus ke butik diorg, n dgn bantuan sales assistant, dptlah cik lady survey harga dan tgk kualiti produk. Well wat i can say, both has their own kekuatan n tahap kualiti, but akhirnya jenama bb yg berjaya mencuri hati cik lady. So tanpa melengahkan masa n memikirkan hubby n anak yg dah nak sampai, cepat2 cik lady ke kedai bb..n minta sa carikan produk yg sesuai.. So adalah 2-3 brg yg cik lady beli.. Jom tgk..


This is the whole range of product i bought & dpt free gift tat day... :)



BB Sheer Finish Pressed Powder - Warm Natural 6

Tips: Make sure korang minta SA cucikan dulu muka kita dari apa2 kesan bedak n make up yang kita pakai, pastu biar dia pilihkan warna bedak & foundation yg sesuai mengikut warna kulit muka kita.. Wat i can say, bedak BB ni sgt halus n bila pakai rasa mcm x pakai bedak plak huhu... Mgkn sbb terlalu sebati dgn warna kulit sendiri kih kih...


Tuesday, July 1, 2014

My Adam Rafa'el


Salam and hi semua,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa di bulan Ramadhan.. Masih belum terlambat untuk cik lady mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yg beragama Islam... Sebenarnya, cik lady ada beberapa post yg telah ditulis dan disimpan dalam aplikasi blogspot dalam ip cik lady, tapi entah apa problem network connection apa tah, cik lady tak boleh nak publish posts tersebut... haihh

Today, saje cik lady nak berkongsi gambar2 my sweetheart Adam Rafa'el.. selalunya cik lady jarang untuk berkongsi about my personal life esp my own photos or my family photos as well.. Cumanya hari ni saja cik lady nak berkongsi gambar2 my cheeky adam yang diupload oleh hubby dalam instagram dia (so i just downloaded it n share it here) huhu... enjoy ya.. introducing our Adam Rafa'el, born on 13th of April 2011... our heart & soul...


My mioowww yang sangat suke makan cokelat :P


The first time we brought him to the beach... He was soo fussy with the sands all tat, xnak kotor langsung, ini pun muka terpaksa main pasir huhu skrg ni? huh, dialah yg plg excited pegi pantai...



Tuesday, June 3, 2014

Long Time No Write

Salam and hi korang,

Waah dah lama saya tak menulis di sini..direct translation "Long Time No Write" aaaaa.... Last post was on my purchase of SKII products, and alhamdulillah, ramai jugak yang menapak ke blog ini dan ke post itu ya... 

Hari tu saya janji nak tulis tentang cara-cara penggunaan n aturan pemakaian SKII, well i will write it on my next post ya... But for updates, since dah pakai SKII for more than 2 months now, alhamdulillah wat i can say is that, i am in loooveeee with this product.. alhamdulillah, mula2 mmg ada juga kesan2 kurang baik cth naik ruam kecil2 tapi lama kelamaan product ni dah makin serasi dan saya juga menukar aturan pemakaian produk tersebut... For today, kulit muka saya semakin lembab n tidak kusam... Perlu guna lagi.. huhu my best friend pun dah start tanya n survey utk consume SKII.. i strongly suggest tat she use tis too... ok enough about SKII :P

Hari ni cik lady ada terbaca blog my old time friend waktu sekolah menengah.. she is Ada Ahyaudin.. well i didnt know she has a blog actually, so when she posted in fb with the link, cik lady pun layan lah kan..so, her blog is unique n cool, with cool video about fashion n beauty... So, girls, go check it out... here is the link to her blog, n below is the video... thumbs up for her effort to actually create it and share it with us..

Ada Ahyaudin




Enjoyyy!


-lady d

Friday, April 18, 2014

Cerita SKII Saya....

Assalammualaikum dan selamat ptg korang,

Dah lama x tulis kat blog ni huhu bermaksud dah lama jugak cik lady x update blog ni since early of tis year... Last post was on my azam tahun 2014 ni dan besday yg ke ehem ehem...

Haaaa bercakap ttg azam tu, antara yg tersenarai dlm azam cik lady tahun ni ialah utk memiliki dan menggunakan produk muka yg berkualiti sbb cik lady mmg sgt2 nak menjaga kulit muka ini.. Apatah lg, umur pun dah menjangkau 3 series huhuhu dulu mgkn cik lady x pernah la terpikir nak memiliki dan memakai produk yg mahal ni..selalu tgk dgn jelingan mata je harga dia, tp alhamdulillah, lately ni, dgn rezeki yg bertambah..dpt juga cik lady merasa memakai produk yg mahal itu... Well, tis post is going to be very long, plus gambar yg sgt2 byk.. So terima lah Cerita SKII Saya dan terselit juga cerita bagaimana saya bermula memakai produk2 penjagaan muka seawal usia 13 tahun....

1997
Waktu tu cik lady berumur 13 tahun...baru masuk alam sekolah menengah, alam remaja..anak dara pingitan gitew... Cik lady ingat lagi, mama cik lady sgt2 mementingkan produk kecantikan utk muka, kerana bg beliau, biarlah produk tu mahal, asal kulit muka terjaga... Mama jugalah yg akan menjerit satu rumah kalau anak dia ni duk kopek/main jerawat atau ruam2 kat muka dgn kuku dan jari.. Sbb katanya, jari kita ni sgt2 tak hygine n boleh menyebabkan jerawat membesar dan kemudian menigggalkan bekas jerawat yg teruk.... So my first produk yg mama belikan utk saya waktu tu ialah produk jenama Belina dari New Zealand.. Mmg sabun susu kambing dia sgt2 bagus n wangi... Cik lady pakai on and off hingga umur 20 an...

Wednesday, February 19, 2014

Wish List 2014

Assalammualaikum semua...

Tahun ni masih di peringkat permulaan tahun, masih tak terlalu lambat kalau aku nak buat wish list utk tahun ni kan? Menda2 yg diinginkan ni, pastilah sesuatu yg aku boleh capai atau sekurang2 nya, hampir boleh capai... Aku tak meletakkan sgt tekanan jika x mampu dicapai, tapi kalau dpt capai semuanya pada tahun ni, ini satu bonuss! yeay... Jom tgk wish list aku...

1. Hand bag

I am craving one from those in pic huhu....
2. Rumah apartment/condo mampu milik
--> teringin nak memiliki apartment/condo yang mampu dibeli dlm range rm250k-rm350k camtu.. samada nak duk sendiri or nak kasi sewa nnt, x kisah lah.... insyaAllah tahun ni boleh kot...

3. Jam tangan
---> boleh la kalu nak usha2 kat jpo ke kl ke.. sebab harga yg okay, so pikir why not having another one with gold/bronze color plak..


Tuesday, February 18, 2014

15 Februari 2014

Ada apa dengan 15 Februari 2014?

Oh oh... 15 Februari 2014...genap 30 tahun aku bernafas di bumi Allah swt ini..
30? dah masuk angka 3 ke cik kak?
Aduh, kalau sebelum ni duk perasan muda gitu..
Sekarang kenalah behave like a 30 years-old-lady kan..
Masih tak sedar diri?
Okay, awak tu dah bukan budak2 lagi..dah mak budak pun..
Awak tu, cukup2 lah duk main..duk asyik seronokk aja...
Anak awak pun dah makin besar dah, masuk angka 3 jugak, 3 tahun...
Yang paling best, anak awak tu dah pandai cakap...panggil mama dengan penuh manja.."Mamaaaaa..nak tu..  Mamaaaaa nak ni...."
Anak awak tu dah cerdik panjang akal... kalau mama dia sakit or terluka (cedera) cepat2 dia amik ubat and sapu.. bijak sungguh...
Apa lagi yang awak cari? Kebahagiaan? Kekayaan? Kecantikan? Kemudaan?
Kalau nak semua tu, kenalah usaha..kenalah minta pada Dia..
Ya, Dia sentiasa ada untuk kita...tapi kita selalu lupa kat Dia bila senang..time susah baru lah teringat...
Lepas awak dapat semua tu, apa lagi awak nak? Pangkat? Kehormatan?
Tak cukup kan? Sebab memang tak akan cukup..sampai bila2 pun tak cukup...
Sebab tu kena sentiasa tawaduk.. sentiasa muhasabah diri...sentiasa bersyukur kepada Nya atas segala apa jua yang Dia dah beri pada awak....
Alhamdulillah, 30 tahun masih bernafas...
Alhamdulillah, 30 tahun masih sihat tubuh badan tanpa penyakit kronik...
Alhamdulillah, 30 tahun masih boleh hidup dengan membeli makanan dan pakaian...
Alhamdulillah, alhamdulillah Ya Allah...

Akan ku teruskan hidup ini dengan semangat juang yang lebih tinggi...
Demi adam ku..
InsyaAllah....aminn...

-lady d

19 Februari 2014

Assalammualaikum...

19 Feb 2014... Banyak perkara berlaku sejak 1 Jan 2014.. ternyata tahun ini akan memberi tuah kepada diriku..insyaAllah... Last post pd 6 Jan 2014 berkenaan azam tahun baru.. alhamdulillah, hingga hari ini, beberapa azam yang ditulis, tercapai..walaupun dengan usaha yang permulaan sikit, tapi jadilah kan?

Biar ku senaraikan azam yang telah tercapai hingga takat ini :

1. Kurus + sihat + cantik ---> dah start jaga makan, amik supplemen shaklee (sbb rasa okay ja dgn produk ni), buat aktiviti2 yg boleh mengeluarkan peluh. Maka, perlu diteruskan usaha ini tanpa rasa jemu dan gagal okay..

2. Buat perkara yang diminati ----> Alhamdulillah, dah start kembali buat benda2 yang menarik esp. kemas rumah, gardening and memasak! yes, memasak! huhu.. walaupun simple, tapi yang penting kena lah sedap kan?? alhamdulillah, fridge pun skrg ni penuh je dgn brg2 asas dan buah2an dll... nak cuba masak utk makan malam khas utk adam ku..insyaAllah..

3. Jadiakn rumah idaman ----> sentiasa pastikan kemas, bersih, teratur... tapi misi utk bilik belakang masih dlm proses..go go chaiyok d!!

4. Kerjaya (ni tambahan azam baru) huhu -----> alhamdulillah, dah mula keja di tempat baru.. so far, aku mempunyai masa dan jadual yg teratur.. rasa mcm seronok pula bila hari2 dah boleh balik awal..boleh amik adam, pastu bawak dia pegi kedai or taman permainan.. pastu balik rumah, layan adam, mandikan dia..masak, make sure adam makan..kemas rumah, siram pokok, basuh baju dll lah.. haaa paling best, after settle hutang di rumah dan hutang dgn Allah swt, tutup lampu bilik, buka aircond, bukak tv and dvd utk adam..n zzzzz...

5. Bangun awal ----> sejak keja tempat baru ni, kenalah bangun awal huhu.. so far, alhamdulillah, kul 6 pagi dah boleh bangun.. paling salju bila time bangun tu terdengar azan subuh..alahai, kena cari rumah dekat masjid la kalu begini, baru senang sket nak bangun kan... dpt siap2 n kadang2 masak breakfast pun sempat.. pergi keja pun hati tenang ja..xde bawak macam orang gila lagi semata2 nak kejar punch card oopss!


Alhamdulillah, walaupun baru masuk bulan Feb 2014, mcm2 yang diatur dah tercapai... yang lain2 tu, masih dlm usaha..tapi diriku masih optimis... kita teruskan berdoa dan tawakal kepadaNya kan... aminn..


lady d


Sunday, January 5, 2014

6 Jan 2014

Wow! Dah lama rasanya tak tulis dalam blog ini...

Bersawang, berhabuk... perlu dikemas perlu dicuci...
Kadang-kadang, sesuatu yang baik akan datang bila kita sucikan hati, bersihkan tempat...

Azam tahun ini macam-macam ada...Nak kurus lah, nak cantik lah, nak kaya lah..nak bahagia lah..
InsyaAllah..

Semuanya perlu dimulai dengan Bismillah..dan nawaitu kerana Allah SWT..

Cukuplah semua yang terjadi pada tahun 2013......ternyata banyak perkara berlaku.....pahit manis semua ada..
Kadang-kadang macam tak percaya......dah di tahun 2014 kah kita? Hmmmm....... banyak lagi perlu dibuat ni...

Kena cepat......masa tidak menunggu kita...... Kerja? Niat kerja dan nawaitu kena betul... so masa kerja, kerjalah betul-betul... abis time keja, balik, amik anak..luangkan masa untuk diri sendiri dan famili tersayang pulak.....

InsyaAllah, tahun 2014 mungkin satu tahun yang bertuah, untuk semua orang..untuk mereka mereka yang mencari tuah itu.. kalau tidak dicari, takkan dapat.. duduk lah macam tu sampai bila-bila kan...

Macam-macam nak buat, macam-macam planning...tapi kena fokus..dan buat dengan bersungguh-sungguh... More actions, less words...

Tahun ini, aku nak :

Kurus + sihat + cantik (untuk diri sendiri)
Kaya (dimurahkan rezeki supaya dapat memberi dengan lebih)
Buat perkara yang diminati (memasak + baking + menjahit + melukis + gardening + menulis (tis is totally new) + bersenam untuk sihat
Jadikan rumah idaman (bersih + kemas + brg2 yang disukai)
Bahagia (terlalu subjektif..hmmm dpt gembirakan orang yang kita sayang pun jadilah kan?)
Dekat kepada Nya (mencari Dia walau di mana sahaja...insyaAllah)
Kinabalu (akan ku daki mu suatu hari nanti..insyaAllah)...

Macam-macam kita nak kan? Tapi kalau diri sendiri hanya sibuk menulis itu dan ini, tanpa sebarang action - out you go la...

Mari mulakan....

Minum air kosong - no more sugar
Jaga makan - nasi segenggam sehari..malam ganti dgn sup/berkuah, banyakkan makanan asli (original source) macam buah dll
Banyakkan pergerakan fizikal - bersenam setiap hari 30 min jika boleh (bawak anak jalan2 tepi tasik) , kemas rumah, sauna (jika sempat), bercucuk tanam (new hobby), kemas bilik stor - buang mana patut, kemas and beri tenaga pada rumah
Buat perkara diminati? - Mulakan dengan menghadiri kelas baking/memasak/menjahit.... Menulis ? Okay, you are doing it right now ;) mungkin satu hari nnt boleh hasilkan buku..hmmmm buku apa ya?
Rumah idaman - i want to feel cozy in my own crib... need more things i like...money money..alamak...
Money? - need to plan on smth la... apa menda? tatau lagi...
Dekat kepadaNya - insya Allah, cuba mulai dengan mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias di youtube.. jadi la kan? best... mgkn satu hari nnt ke kelas/ceramah/seminar insya Allah...
KinabalU?? wow, gotta really plan... cari kawan dulu lah.... ada geng, baru best sikit

InsyaAllah...dah tertulis semua.... hmmmmmm mencari semangat baru... InsyaAllah :)

-lady d

Popular Posts