19 Feb 2014... Banyak perkara berlaku sejak 1 Jan 2014.. ternyata tahun ini akan memberi tuah kepada diriku..insyaAllah... Last post pd 6 Jan 2014 berkenaan azam tahun baru.. alhamdulillah, hingga hari ini, beberapa azam yang ditulis, tercapai..walaupun dengan usaha yang permulaan sikit, tapi jadilah kan?
Biar ku senaraikan azam yang telah tercapai hingga takat ini :
1. Kurus + sihat + cantik ---> dah start jaga makan, amik supplemen shaklee (sbb rasa okay ja dgn produk ni), buat aktiviti2 yg boleh mengeluarkan peluh. Maka, perlu diteruskan usaha ini tanpa rasa jemu dan gagal okay..
2. Buat perkara yang diminati ----> Alhamdulillah, dah start kembali buat benda2 yang menarik esp. kemas rumah, gardening and memasak! yes, memasak! huhu.. walaupun simple, tapi yang penting kena lah sedap kan?? alhamdulillah, fridge pun skrg ni penuh je dgn brg2 asas dan buah2an dll... nak cuba masak utk makan malam khas utk adam ku..insyaAllah..
3. Jadiakn rumah idaman ----> sentiasa pastikan kemas, bersih, teratur... tapi misi utk bilik belakang masih dlm proses..go go chaiyok d!!
4. Kerjaya (ni tambahan azam baru) huhu -----> alhamdulillah, dah mula keja di tempat baru.. so far, aku mempunyai masa dan jadual yg teratur.. rasa mcm seronok pula bila hari2 dah boleh balik awal..boleh amik adam, pastu bawak dia pegi kedai or taman permainan.. pastu balik rumah, layan adam, mandikan dia..masak, make sure adam makan..kemas rumah, siram pokok, basuh baju dll lah.. haaa paling best, after settle hutang di rumah dan hutang dgn Allah swt, tutup lampu bilik, buka aircond, bukak tv and dvd utk adam..n zzzzz...
5. Bangun awal ----> sejak keja tempat baru ni, kenalah bangun awal huhu.. so far, alhamdulillah, kul 6 pagi dah boleh bangun.. paling salju bila time bangun tu terdengar azan subuh..alahai, kena cari rumah dekat masjid la kalu begini, baru senang sket nak bangun kan... dpt siap2 n kadang2 masak breakfast pun sempat.. pergi keja pun hati tenang ja..xde bawak macam orang gila lagi semata2 nak kejar punch card oopss!
Alhamdulillah, walaupun baru masuk bulan Feb 2014, mcm2 yang diatur dah tercapai... yang lain2 tu, masih dlm usaha..tapi diriku masih optimis... kita teruskan berdoa dan tawakal kepadaNya kan... aminn..
lady d
No comments:
Post a Comment