Monday, September 22, 2014

Resam Dunia

Salam semua,

Baru-baru ni cik lady beli movie Saloma di Astro Best, memang cik lady sangat suka tgk movie biography dan sejarah macam tu...cerita tu adalah arahan Melissa Saila, anak saudara kepada Saloma sendiri dan diolah dengan sangat baik.. Sampaikan cik lady rasa mcm berada dalam dunia dulu2... Lakonan semua  pun begitu hebat dan memberi kesan. 

Cik lady mmg sejak kecil membesar dgn filem2 P.Ramlee.. ingat lagi waktu mama tinggal di Pulau Pinang, bila cik lady ke rumah mama time cuti sekolah (dulu cik lady tinggal dengan tok wan di kedah), nnt cik lady akan tgk filem2 P.Ramlee yang mama rakam guna video tape... Cik lady mmg sgt suka dgn filem2 dan lagu2 P.Ramlee. Antara lagu yg cik lady suka ialah lagu Resam Dunia..Nak tahu kenapa? Jom tengok lirik lagu ni..dan kalu korang nak dengar lagu ni, click kat link di bawah ya...

Sebelum itu, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma serta seniman dan seniwati yang telah meninggalkan kita....

P.Ramlee dan Saloma


Lirik Lagu Resam Dunia - P.Ramlee & Normadiah

Dunia ini hanya palsu
Manusia berdusta
Kebanyakan suka menipu
Gemar membuat dosa....

Dunia penuh dengan noda
Dunia penuh dosa
Kebanyakan tipu dan daya
Mengikut nafsu murka...

Ada pula yang salah sangka
Banyak yang salah terkam
Pasir disangka intan
Batu disangka berlian....

Siapa itu...coba teka..

Siapa itukah gerangan
Berlagu dan berdendang
Suara merdu dan menawan
Membikin hatiku girang

Kalau ada bungan di taman
Berseri warna kuning
Apa guna ke hutan
Sekuntum boleh disunting...

Mari sini....jangan marah....

Begitulah resam dunia
Tidak kekal selamanya
Hati-hati sebelum tenat
Agar terpedaya...
Hmmmm...hmmmmm


Resam Dunia by P.Ramlee dan Normadiah


-lady d

Tuesday, September 16, 2014

Pengalaman Kena Demam Denggi

Salam korang,

Apa khabar? Diharap uolls sihat2 aja.. Cik lady skrg ni tidak begitu sihat, baru pulih dari demam denggi.. Tapi masih ada rasa2 keletihan n sakit2 badan, mgkn masih recover kut.. Sbb tu jugak lah cik lady lama x update blog ni...Hhari ni, cik lady nak cerita ttg pengalaman kena demam denggi yang bagi cik lady satu pengalaman yg sungguh x boleh nak dilupakan...

Kalau last year cik lady kena demam campak...uhu yes demam campak yer...2 minggu mc, tahun ni cik lady kena demam denggi pulak... haihh.. 2 minggu jugak la x masuk opis,nak wat camner, mmg dah sakit kan... Okay jom layan cerita bagaimana cik lady kena demam denggi ni ya...its gona be a long story, stay tune! kekekekek 

Sebulan sebelum kena demam denggi
Bulan Julai 2014, time ni negara tgh gempar dgn Isu Denggi yang dikatakan makin teruk berbanding tahun lepas... Actually cik lady ni keja dgn gomen, so mmg dpt access to info2 and maklumat ttg ini, mmg sebenarnya negara kita ni tgh bertungkus lumus menghapuskan Aedes sbb data menunjukkan bilangan rakyat yg kena demam denggi ni meningkat dengan mendadak tahun ini, dikatakan 3 kali ganda naik tahun ini berbanding thn depan dlm tempoh masa yg sama... fhm x? okay, contohnya camni, kalau tahun 2013, kes denggi yg dilaporkan di seluruh negara sepanjang Jan - Ogos 2013 ialah 1,000 kes dengan 20 kes kematian (ni contoh jer)...tahun 2014 ni naik menggila hingga 3 kali ganda utk tempoh yg sama iaitu bagi Jan - Ogos 2014, kes denggi yg dilaporkan ialah 3,000 kes dengan 80 kematian... haaa 300% tau naik.. now ada faham? kekekek tu cth jer, tp sebenarnya data yg betul korang godek2 lah sendiri ya... 

Sooooo..waktu few months back, bila kitorg dpt tau menda tu, cik lady mcm terdetik juga, ishh kena amik langkah mencegah ni.. better sorry now than later.... so mulalah cik lady beli ubat nyamuk letrik, tutup pintu n tingkap time ptg lebih awal, dan pastikan tiada air bertakung dlm rumah... Okay, done all... tapi kekadang..time kita duduk relax kat ruang tamu, skali ada je bunyi nyeeeeettttttttttttt kat telinga...eh nyamuk aedes,nak tampar dia perggh liar kemain... so mmg ada dlm rumah ku huhuhu ...itulah, bila dah ditakdirkan nak jadi, kun fayakun Allah swt lebih berkuasa lah kan...ditakdirkan akhirnya cik lady kena la jugak....

Seminggu sebelum kena demam denggi
Time ni dlm pertengahan Ogos 2014. Cik lady sihat walafiat mcm biasa.. Tapi, dlm duk sihat, bila duk buat keja kat ofis, tetiba ada rasa teeeet menyucuk kat otot lengan.... satgi plak, teeeeet rasa menyucuk kat otot peha... sekali je tau rasa dia, ibarat sebatang jarum yg dicucuk ke otot kita, tapi sekali ja bukan berkali kali..cuma kita rasa terkejut n mcm melatah ehhh ehh... waktu tu dah terdetik kat hati, "Haii, aku ni dah kena cucuk dek nyamuk aedes ker?" sbb x penah rasa camni... tapi, tak elok pikir negatif, trus buang ke tepi n pikir, okay xnak kena xnak kena....takuittt huhu


Popular Posts