Thursday, February 26, 2015

10 Tips Membeli SKII

Salam dan hi semua,

Cik lady sebenarnya dah lama nak berkongsi tips membeli produk SKII dengan orang ramai, sebabnya Cik Lady dulu pun mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk SKII ni waktu mula-mula cik lady nak beli.. Malah setelah bertahun pakai pun (waktu mula-mula consume miracle water je)...masih tak dapat nak cari maklumat or dengan bahasa mudah nak tengok testimoni or pengalaman bloggers yang membeli produk ini.. ternyata kurang maklumat yang dapat diperoleh... 

Tahun lepas (2014) cik lady mula nak beli the whole set dan ternyata agak hampa sebab tak dapat nak cari maklumat yang diperlukan... Kat website SKII memang ada tapi ianya bahasa yang sungguh klinikal lah kan kekekek tapi at last cik lady dapat juga beli the whole set dengan bantuan Sales Assistant (SA) SKII yang bertauliah yang sungguh baik dan peramah (penting jugak ni).. Alhamdulillah, dari situ Cik lady berazam nak share apa-apa jua maklumat dan pengalaman sendiri tentang Produk SKII ini...

Hari ni Cik Lady nak share dengan korang tentang tips-tips sekiranya korang berniat untuk membeli produk SKII di Malaysia ya :) Jom kita baca...its gonna be a long write up, harap uolls tak boring membaca ya ;)


1. Sila Beli Sendiri SKII di Outlet SKII di dalam Malaysia

Untuk yang pertama kali nak cuba produk SKII ni, Cik Lady sarankan agar korang membeli sendiri produk SKII pertama korang di outlet-outlet sah SKII yang terdapat di seluruh Malaysia... Haaaaa kenapa Cik Lady cakap begitu? Well as uolls pun tahu sekarang ni kan zaman internet terpantas di dunia so orang ramai mula membeli barang-barang di hujung jari termasuk produk kecantikan.. Sorry la Cik Lady ni agak skeptikal sikit kalau nak beli produk kecantikan secara online, bukan apa it is better kalau korang pegi sendiri kat outlet produk tersebut dan consult dengan SA supaya produk tu benar-benar genuine (asli dan original) dan tidak mendatangkan kesan buruk di kemudian hari...

Lagi satu, ada jugak antara korang yang selalu travel or kawan-kawan travel or sedara mara berada di luar negara, korang lebih intent untuk kirim pada diorg untuk beli produk-produk dari luar negara kan? Termasuk lah SKII kan? Kan? Well my dear readers, to my experience..(not mine actually, my friend)..kitorg dah cuba nak membeli produk SKII dari kawan yang berada di Jepun..but to our surprise, kawan dia sendiri kata kat sana susah nak dapatkan produk SKII hmmmm macam pelik je... Pastu harganya, mak aihhh after convert pun katanya lebih mahal dari Malaysia... Husben Cik Lady pun cakap benda yang sama sebab Cik Lady pernah kirim kat dia nak beli facial foam SKII kat Korea waktu dia ke sana, tapi harganya sedikittt tinggi berbanding di Malaysia but still okay la.. Its like, tak de beza pun kalau beli kat sana compare to here.. Cik Lady sendiri pernah survey harga produk SKII kat shopping mall di The Orchard Road, Singapore.. harga? Hmmm korang boleh teka sendiri lah ekkekekek memang kat Malaysia ni sangat-sangat okay dan better lah...



Satu lagi, kat KLIA sekarang ni pun ada jugak outlet SKII kan, kat situ kalau korang tengok set dia macam pelik sikit dan tak de kat outlet di Malaysia kan? Harga pun okay lah.. sebabnya SA yang selalu Cik Lady consult tu cakap yang SKII kat KLIA ialah under company Singapore..ooo baru tau, patut la pelik... Apa-apa pun, cik lady masih suka bersemangat patriotik kekekek So, if u ask me, ill say SILA LAH BELI SENDIRI SKII DI OUTLET DI MALAYSIA...heheheh.... Nak beli produk untuk kulit muka sendiri dan mahal pulak tu, takkan nak kirim kat orang je kot? Kalau handbag LV tu okay le kirim kat kawan kan? Sila jangan terasa :P


Ni contoh outlet SKII di shopping mall 


2. Sila Consult Dengan SA SKII Sebelum Membeli

SKII ialah jenama antarabangsa yang mementingkan kualiti dan servis kepada pelanggannya.. SKII mempunyai Sales Assistant (SA) yang bertauliah yang mereka sendiri control dan jaga.. Sebabnya SKII menawarkan servis yang baik untuk memasikan produk mereka berkualiti dan pengguna mendapat maklumat yang betul... Kalau uols pegi mana-mana outlet SKII korang boleh lihat SA yang berpakaian merah hati dan putih kan..haa yang tu lah... Jangan tertipu dengan SA daripada shopping mall tu sendiri contoh SA Parkson or SA Metrojaya yang berpakaian seragam parkson or metrojaya sebab diorang ni adalah SA shopping mall tu dan bukannya SA SKII..selalunya diorg tolong cover SA SKII bila SA SKII nak pegi rehat or dah balik... SA SKII ni kerja diorg macam office hour jugak... from 10 am to 6 pm jer.. and at 12 pm to 1 pm diorg selalu break for lunch... So pada korang yang nak membeli SKII tu pandai-pandai lah datang pada masa SA SKII ni sendiri berada di outlet... Janganlah korang datang kat outlet SKII tu pada jam 9 malam dan expect SA SKII ni berada di sana, sbb selalunya diorang dah balik by 7 pm... Plus ada jugak yang datang pada waktu tengah hari, akibatnya SA tu tidak berada di situ..pastu korang jugak yang meroyan sebab terpaksa tunggu SA.. SA ni manusia jugak, mereka memerlukan rehat.. In fact, on weekend diorg bekerja tau, selalu diorg cuti on Monday or other weekdays yang lain, kesian kan.. 

Kenapa Cik Lady mementingkan SA? Sebabnya korang nak beli produk kecantikan kulit wajah yang agak pricey, so haruslah consult dulu dengan SA yang bertauliah... Memang lah SA shopping mall dapat membantu cari stok apa korang nak, tapi yang tu kalu korang dah expert tahu nak beli apa boleh lah.. Contohnya, Cik Lady dah lama consume dan kadang-kadang Facial Foam dah habis..bila pegi outlet SA SKII dah balik, yang tinggal SA shopping mall tu je, so just bagitau dia nak ape, and dia tlg ambilkan stok..pastu kita trus bayar... Sebabnya, penjualan harus berjalan.. tapi nak dapat consultation tak boleh lah nak marah kat diorg sebab diorang memang tak tahu..ada faham?

So apa-apa pun, please go early in the morning at 10 am di kala tak ramai orang datang, you can have your own sweet time with SA.. Sila consult betui2 dengan SA, tanya je semua jenis produk SKII dengan dia, insyaAllah pasti dia akan tolong... SA yang bagus juga berperanan penting untuk membantu kita membeli produk SKII yang betul. Dari situ korang boleh tahu dah apa yang korang perlu dan nak beli okay?

Bila bertanya tu, macam Cik Lady sendiri suka tanya habis-habisan..yang ini untuk apa? Yang tu untuk apa? Ohh kenapa kena pakai yang tu? Semua lah.. pastu kita sendiri nilai nak beli yang mana...

Lagi satu, sikap SA SKII juga sangat penting... Sekiranya anda dapati SA SKII di sesuatu outlet tu tidak membantu atau memandang anda dengan sebelah mata atau tidak langsung melayan anda walaupun anda sudah mencuba bertanya itu ini dan menunjukkan minat untuk membeli...hmmmmm sila angkat kaki anda dari situ....saya ulangi, SILA ANGKAT KAKI ANDA dan berlalu pergi dari situ... kekekeke Banyak lagi outlet SKII lain yang lebih better dan mempunyai SA yang membantu..percayalah... But once anda dah dapat or jumpa SA yang bagus dan membantu, stick to it dan beli dari situ sahaja, kerana mudah untuk anda berurusan di kemudian hari... Plus, SA yang bagus jugak akan memberi contact number beliau sekiranya kita ada apa2 pertanyaan or effect akibat pemakaian produk SKII tu nanti... senang kita berhubung terus dengan SA tu saja... faham kan? ;)

SA SKII yang bertauliah akan membantu anda dengan baik ;)

3. Jika Tak Konfiden Nak Beli Whole Set, Sila Beli Set SKII Miracle Water Dulu

Jika korang adalah pengguna yang baru nak mencuba produk SKII dan tidak konfiden nak beli apa (yer lah SKII kan mahal dan tak datang dengan trial set)... so korang jangan khuatir... why not, korang pergi je mana-mana outlet SKII dan consult dengan SA diorg.. Jika masih belum konfiden, Cik Lady sarankan korang cuba dan try dulu set SKII Treatment Essence (Miracle Water) diorg yang datang sekali dengan SKII Treatment Lotion (toner) dalam botol kecil dan SKII Mask 1pc.. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan iaitu dalam RM 209 jer... Miracle water tu actual saiz dan boleh tahan hingga 3 bulan..toner tu kecik jer selalu habis awal..dan mask tu boleh pakai 2 kali dan harganya ialah RM49 sekeping.. Kiranya set ni sangat2 berpatutan untuk permulaan.. Korang boleh cuba dulu dan tengok kesannya pada kulit korang..cubalah.. Sebab Cik Lady dulu pun consume set ini dulu selama 2 tahun.. pastu baru konfiden untuk beli the whole set... ni gambar set tu...kat mana2 outlet pun ada...

Sorry gambar dari google, tak clear.. tapi mcm ni lah setnya..datang dlm kotak merah tu.. ada 3 produk... 

4. Cuba Untuk Dapatkan Sampel dan Free Gift Kecik2 Dari SKII

Jika anda membeli untuk kali pertama, dan beli whole set atau even set kecik mcm Miracle Water set tu pun, korang boleh je cuba-cuba tanya SA untuk dapatkan free samples atau gift kecik2 dari SKII.. Kadang-kadang jika anda bernasib baik, SA akan beri free sample krim muka SKII kecik2 macam duit syiling 50 sen..atau facial foam atau toner for travelling.. memang bagus sebab dari situ anda boleh cuba krim tersebut...dan kemudian baru lah consume set yang lebih besar atau actual saiz..sbb harga saiz biasa bagi krim SKII ialah RM400+ hehe...nak terus beli takut tak sesuai dengan kulit muka kan? So korang kena berbaik sikit lah dengan SA tu, insyaAllah SA yang baik diorg akan bagi jika ada stok.. cuba lah.. ;)


5. Jika Nak Beli Whole Set, Sila Tetapkan Bajet Anda

Haaaaa ni jika anda sudah berkemampuan nak beli the whole set SKII, silalah tetapkan bajet anda ya.. but to my experience, kalau korang ada bajet RM1k pun dah cukup untuk dapatkan almost the complete set.. Jika korang ada bajet lebih like RM2k..haaaa lagi baguihhh, konpem dapat beli yang tip top... So penetapan bajet anda memang sangat penting, sbb anda yang nak beli dan guna nanti... My sincere advise, once u dah ada bajet dan tetapkan di hati (tak leh lebih dr bajet tu) korang bolehlah melangkah penuh bergaya ke outlet SKII hehehhe... make sure ingat, time beli tu sentiasa ingatkan diri dengan bajet anda tu, sbb takut nnt korang ter beli benda2 tak perlu dan telah membayar lebih daripada yang korang bajet.. if korang mmg ada duit or boleh cover xpe... u know wat i mean heheh :)

Bagi Cik Lady, Cik Lady suka tetapkan bajet, lepas tu Cik Lady akan make sure produk asas (basic) lengkap dahulu..cthnya beli SKII Facial Foam , Toner, Miracle Water, Krim..dah cukup.. yang lain2 tu tambahan jer kalau ada bajet lebih.. senang kan? So kita pun tidak menyesal di kemudian hari bila semua produk asas dah ada... haaa faham kan?


6. Sila Beli Bila SKII Ada Promotion Set

Haaaaaa ni pun penting, korang kalau nak beli, sila lah beli apabila SKII ada membuat set-set promosi yang sangat awesomeee dan berpatutan.. Sebabnya, korang akan nampak sendiri perbezaan harga yang korang laburkan itu... Kalau beli time xde promotion ke apa, memang a bit pricey.. tapi jika beli time ada set-set istimewa dan promotion, memang sangat2 puas hati.. Korang akan dapat byk produk plus kadang2 SKII berbesar hati nak beli free gift yang awesome spt produk2 SKII bersaiz kecik2 (for travelling) atau luggage beg or payung or jewellery box... Sila baca post cik lady yang dulu tu di sini ------> Cerita SKII Saya... hehe...

Contoh terkini sekarang tengah promo ialah Set SKII Hatta Dolmat... Diorg ada promo set untuk bakal pengantin, boleh beli the whole set pada harga RM753 dan didatangkan khas dalam kotak yang cantik..plus mereka yang beli set ni boleh masuk contest dan menang Gown Pengantin Hatta Dolmat worth RM20 k  dan produk SKII worth RM5k! Gila kan? haaa mcam tu lah baru lah alah membeli menang memakai kekekekek

Set SKII Hatta Dolmat pada harga RM753..worth to buy!

7. Beli Lah di Shopping Mall Yang Menawarkan Membership Points atau Voucher

Okay, yang ini adalah tips khas daripada Cik Lady..ingat yer, tips khas ni... kekeke Cik Lady dah banyak membeli sana sini dan to my own experience..kalau korang perasan, kalau korang membeli di shopping mall yang ada reward membership points atau redeem voucher, ianya adalah lebih menguntungkan kan.. Contohnya membeli belah di Sogo,KL atau di Aeon atau di Parkson atau di Isetan... sebab diorg ada menawarkan reward points jika kita ada membership card dan untuk pembelian produk kosmetik, korang akan otomatik dapat redeem voucher ikut nilai belian anda... dan selalunya, kalau membeli produk kosmtetik ni memanglah beriban-riban, tp voucher yang korang dapat balik tu kadang2 mencecah ratusan ringgit jugak.. tak percaya, sila baca post Cik Lady hari tu, dengan pembelian lebih kurang RM1,500 (tolak promo vaucher khas Bonuslink membership day RM150) cik lady hanya bayar dalam RM1,350.. selepas di kira-kira dan buat pembayaran, Cik Lady entitled pulak untuk redeem voucher berjumlah RM210! Gila kan... apa lagi, joli sakan la pas tu kekekek...itu contoh lah...Tapi percayalah, Cik Lady memang tidak berganjak dari outlet tersebut sejak hari tu kalau nak beli set SKII yang banyak2 ni... Baru2 ni pun Cik Lady ada membeli set SKII di outlet yang sama, dan dapat lagi redeem voucher.. alhamdulillah...plus kat situ pulak ada Bonuslink Membership jugak, apa lagi, dapat lagi kumpul point...


8. Bonuslink Membership dapat Collect Points

Yang ni memang dah lama Cik Lady jadi member..tak sangka banyak pulak points yang Cik Lady dapat collect..dan pembelian pada hari2 istimewa spt Bonuslink Membership Day ada menawarkan double points collection dan even 5 times points collection! Gila kan.. kiranya jika hari biasa kita dapat point macam biasa, tp on special day tu dapat double point collection..memang berbaloi.. Skrg ni points Cik Lady ada la dalam 6,000 points plus..nak redeem electrical products lah ;P

Baru-baru ni ada Bonuslink Member's Day..sangat2 worth to shop! 


9. Make Sure Korang Jadi Ahli Membership SKII dan Collect Point

Bila anda pertama kali membeli produk SKII, SA akan menawarkan untuk register membership anda, jangan malu-malu jangan segan-segan.. Sila lah mendaftar sebagai ahli k.. Kadang2 dapat kad, tp Cik Lady lebih suka beri no hp je untuk autorization ke dalam sistem mereka..senang.. So far, Cik Lady dah jadi ahli sejak tahun 2012.. dan alhamdulillah, baru2 ini (hujung tahun 2014) SKII ada buat promotion kepada SKII members..di mana jika kita beli sebelum 31 Dis 2014, diorg offer untuk kita redeem points SKII, dan kita boleh redeem produk2 SKII yang ditawarkan mengikut points.. Alhamdulillah, point Cik Lady waktu tu dalam 3,600 points, dapat redeem sekotak SKII Mask 6pc pada 3,400 point.. Tat whole box is worthhhhhhhhhh RM300 okay... (6pc x RM49 per pc)....wahhh best2... macam ni lah baru customer happy hehehhehehe....nanti Cik Lady share pengalaman pakai SKII Mask yang sangat2 best! 10 kali ganda best! percayalah! :P

Yang ni lah Cik Lady redeem guna point SKII...dapat sekotak SKII Masks heeeee :)

10. Survey, Survey , Survey!

Last but not least, korang kena rajin survey, survey and survey! Kenapa? Sebab kita nak beli produk yang mahal dan untuk kulit muka pulak tu, maka haruslah kita rajin menapak kaki ke shopping mall dan survey hingga kita puas hati.. Boleh jugak korang survey kat depan komputer dengan melawat blog2 yang menawarkan info tentang SKII ni...contohnya blog Cik Lady wakakakak... korang kena tahu apa nak beli, which produk..pastu tetapkan hati dan pasang niat, insyaAllah... Like I said, SURVEY, SURVEY dan SURVEY sampai puas hatiiii pastu pergilah ke outlet tersebut penuh bergaya...kekekek 

Maka, itu sahaja 10 tips Membeli SKII dari Cik Lady.. InsyaAllah kalau tetiba Cik Lady ada tips lagi Cik Lady akan tambah k... So, SELAMAT MEMBELIIIII :) muahhss..

Yang ikhlasss,
-lady d

p/s: Baru2 ni, cik lady ke The Garden, KL untuk membeli SKII Facial Foam yang sudah kehabisan (selalu habis awal sbb husben pun tumpang pakai sekaki huhu)... yang lain2 masih byk dan tidak kurang2 hehe.. so terpaksa lah consume kan.. Sekali cik lady terjumpa dengan SA yang selalu cik lady berurusan di outlet yg cik lady selalu beli... rupa2nya dia menggantikan SA di The Garden sbb cuti raya cina kan... So bersembang panjang jugaklah kami..and dah macam sedara plak kitorg sbb macam2 nak sembang... Antara cerita SA ni ialah berkenaan satu kes di mana ada customer yg datang ke outlet SKII yang SA ni kerja, kebetulan time tu waktu rehat dan SA ni baru sgt keluar makan... customer ni tunggu selama sejam lebih (ye lah kita kan manusia kadang2 terlewat jugak).. pas SA balik, SA ni entertain je customer ni, dan customer ni pun beli je produk dengan SA tu.. tup tup customer ni telah komplen kat dlm FB dia berkenaan SA ni..dan nak jadi cerita pulak, dlm FB customer tu ada pulak isteri seorg Tan Sri yg ada kepentingan kat tempat kerja SA ni telah nampak post dlm FB tu, apa lagi, habis la SA tu kena panggil dan sebagainya.... Moral of the story, kalau kita tidak puas hati, eloknya kita memberi maklum balas melalui medium yg betul iaitu dengan membuat atau mengisi borang maklum balas pelanggan tempat kita beli brg tersebut, biarlah pihak pengurusan sahaja yg amik tindakan pembetulan, x perlu lah sampai ke peringkat tertinggi hingga menjejaskan periuk nasi orang.. Nasib SA tadi tu baik sikit sbb kebanyakan feed back drpd customer lain semua baik2 sahaja...so dia masih menjadi SA di outlet yg cik lady selalu pergi tu... huh...itu saja.. cheerrs.... 

28 comments:

  1. wah.,, good sharing & info cik lady =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah thanks @Rina Pretty Healthy... btw i suke beli produk shaklee dari you... servis tip top ;)

      Delete
  2. Last time i went to japan, banyak je product SKii kat sana. senang nak jumpa. Macam kat sini lah, diorang jual kat shopping mall. Tokyo, Osaka, Kyoto bersepah SKii. tapi masa di Matsuyama i tak nampak SKii, maybe sebab tak ke Takashimaya di sana. Bab harga tu memang betul, harga di Japan mahal sikit berbanding di Malaysia. Japan sebab ada GST, masa tu Malaysia belum implement GST lagi, saya dah buang pulak brochure SKii tu, kalau tak boleh share harga kat sini. sebab officemate pon plan nak kirim dari saya since this product from Japan kan, mana lah tau kat negara kelahiran dia murah sikit. tapi tak, mahal lagi dari Malaysia. Next year saya pegi Japan lagi, nak try survey harga. BTW sekarang pon tgh ada promo essence tu set dapat toner & mask RM199 exclude GST. essence 75ml. saya tanya SA tu until when the promotion, she said while stock last and tanya kenapa ada this kind of promo? to recruit new customers. so i plan nak beli on 22nd May ni sebab Isetan ada buat voucher day. Skincare i guna Clarins, SKii ni i cuma guna essence je. i ada pengalaman guna SKii masa tahun 2007, tapi rasanya dah panjang sangat membebel ni, hahaha. very informatif blog, ganbatte kudasai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. thanks for ur comment.. long, tapi nak cakap yang SKII ni okay kan especially essence diorg kan? huhu.. yup the promo set tu mmg sgt murah n boleh tarik new customer.. jom2 pakai skii :p

      Delete
  3. thanks for the info cik lady. sgttt mmbntuu

    ReplyDelete
  4. Harga SKII Treatment Essence (Miracle Water) berapa ye cik lagi?

    ReplyDelete
  5. Harga SKII Treatment Essence (Miracle Water) berapa ye cik lagi?

    ReplyDelete
  6. I agree with you, skincare is worth every penny if it works.

    Feels free to visit Bellesy for SK-II deals.

    By the way, great post about SK-II products!

    ReplyDelete
  7. Hi semuaaa... saya dah emel ya.... thank you for reading my blog.. keep reading! haha

    ReplyDelete
  8. salam cik lady.. mula sy pkai skii fte ,mask and clear lotion .. lpstu cuba facial treatment milk .. muka lembut .. tp pori pori masih ada.. tak berapa nk mengecil sgt pori pori :D ..blhkh guna rna power cream and essense pd pertengahan 20 an ? muka sy pn nmpk cpt tua mugkin sering tidur lewat sbb stdy.. lg stu soalan , blh ka guna bedak baby selepas apply skii kt wajah?
    risau kalau brcmpur nnti jd mcm lain pula

    ReplyDelete
  9. Hi sis. Boleh share tak parkson mana sis beli? Email saya syaaiza@gmail.com

    ReplyDelete
  10. tengs sis utk info.. sgt2 brguna.. dh byk sy survey ttg sk2 ni.. dh yakin dh nk pegi outlet kt jusco utk check muka mana satu produk sk2 y sesuai utk consume nty.. ttbe trjumpa plak blog sis ni.. lg brsemangat dan yakin rse nye... dh pnt la pkai produk local ni .. mslh xjugak hilangg...

    ReplyDelete
  11. Hi semua, saya dah emel ya....selamat ber SKII

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hai sis boleh tak email kat mana sis beli skii? fadzlyna93@gmail.com

      Delete
  12. Nk tgok wajah sis stlah ber sk ii ble

    ReplyDelete
  13. Nk tgok wajah sis stlah ber sk ii ble

    ReplyDelete
  14. Sis..skrg sy tgh survey..dh sebulan survey..sama ada SKii or Mary Kay yg bagus..any suggestion?.wasap sy boleh? I need more info.. 0139022036..tq for ur concern

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok lg mary kay sis..nk tau wasep saya 011-19098050

      Delete
  15. Salam boleh minta nak tengok muka sis lepas apply SkII ni ?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam..terima kasih atas perkongsian yg sgt membantu..kalau sis xkeberatan boleh x share parkson mna sis bli produk ni...email syahidazr6984@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Hi sisi, thank you for the info. very helpful. Sy ingat nak tukar ke SKII dari bodyshop sb sy rasa kulit saya kusam. klu sis x keberatan boleh share pada sy wjah sebelum dan selepas apply skII
    email ya, mwar_argirl@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Betol ke sk ii ni xde trial set? Saya ada jumpa orang jual sk ii trial set. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  20. Untuk whitening n pori sesuai pakai apa ya?

    ReplyDelete



  21. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete

Popular Posts