Wednesday, February 25, 2015

Set SKII Hatta Dolmat

Salam and hi semua,

Dah lama cik lady tak berceloteh kat sini kan... Tapi, masih ramai kawan2 di luar sana yg mengunjungi blog ini untuk mendapatkan maklumat ttg Cerita SKII Saya... yang cik lady post dulu tu...alhamdulillah.. Cik lady juga masih menjadi pengguna tegar produk SKII yang awesome nih heheh.. dan memang setelah memakai produk ini mengikut cara aturan yang betul, alhamdulillah kulit muka cik lady semakin cerah sekata dan lembab dan cantik dan best hahahhaha.. Pendek kata, produk ni sudah mula serasi dengan cik lady dan cik lady sgt2 suka memakai produk ini..alhamdulilah cik lady juga telah mampu untuk memakai full set SKII ini dan tidak berpaling arah lagi kekekek..

Baru2 ni cik lady telah ke The Garden KL dan singgah di outlet SKII untuk membeli Facial Foam (sbb dah habis huhu)... sekali cik lady tgk, SKII punya latest promotion ialah Set 'Hatta Dolmat for SKII'.. wahhh macam menarik saja, sbb set ni mendapat sentuhan Hatta Dolmat yg didatangkan khas dengan kotak yang sesuai untuk dibuat hantaran kahwin..dan produk2 SKII yang datang dalam set ni pun cik lady tengok agak lengkap pada harga yang sangat2 berpatutan... 

Rupa-rupanya, SKII dengan kerjasama Hatta Dolmat (HD) telah mempromosikan produk SKII dan baju-baju kahwin Hatta Dolmat dalam satu kolaborasi yang unik dan strategik... Bukanlah HD telah menukar resepi SKII tu, tapinya ianya adalah kerjasama strategik antara HD dan SKII hmmmm bagus kan, SKII dapat promosikan set kahwin SKII dan HD dapat buat fashion show pada majlis pelancaran diorg...kira win-win situation lah ni... Plussss HD juga bermurah hati utk sponsor (tatau la sponsor ke bayar ke) sepasang baju pengantin Hatta Dolmat Bridal Couture Gown worth RM20k dan SKII products worth RM5K utk contest khas set ini !!! Woooow! Memang menarik lah, so pada bakal pengantin yang sedang mencari barang-barang untuk hantaran, why not korang cepat2 beli set ni pada harga RM753 sahaja.. Dah lah tu, dapat pulak masuk contest ni, mana lah tau untung sabut korang boleh menang baju pengantin Hatta Dolmat uolls dan produk SKII worth RM5k (10 tahun boleh pakai kekekekek).... 

Jom layan gambar2 yg cik lady amik dari mr google....

Majlis Pelancaran 'Hatta Dolmat for SKII'


Hatta Dolmat dan SKII telah melancarkan set "Hatta Dolmat for SKII" dan pada majlis pelancaran itu, HD juga telah berpeluang mempamerkan koleksi gown perkahwinan beliau yang mewah dan kebabom... kerlas kan....

HD dapat buat runway bagi bridal collections dia sekali dgn SKII, kerlas kann :)


Hatta Dolmat for SKII at RM753 only!!! 

Inilah set tu..jom kita tgk barang-barang SKII yang ada dalam set tersebut pada harga RM753 only! Sangatlah worth okay sebab kalau kita buat kiraan betul-betul,  mau gak cecah RM1500 set macam ni tau... So set ni consists of :

1. Facial Treatment Mask 1pc (worth RM49)
2. Facial Treatment Clear Lotion 30 ml (boleh buat travelling)
3. Cellumination Mask-in Lotion 100 ml
4. Facial Treatment Essence 75 ml (worth RM200+)
5. Facial Treatment Essence 30 ml (boleh buat travelling)
6. Cellumination Aura Essence 30 ml (worth RM500+)
7. Whitening Source Derm-Revial Mask 1pc
8. Cellumination Deep Surge Ex 15 g (saiz khas yg kecil sket utk set ni, kalau normal saiz harga RM400+)
9. Whitening Sourve DermDefinition UV Lotion 0.6g (utk elak cahaya matahari)

Bagi cik lady, this whole set is worth to buy sebab ada 4 produk utama SKII pada actual saiz yang worth to buy and consume.. yang lain-lain tu smaller saiz dan masks pun worth it sebab ianya actual size... So still it is WORTH TO BUY lah kalau korang nak beli.. In fact kalau uolls nak beli untuk kegunaan sendiri pun (bukan utk kawen) boleh je beli sebab harganya sangat berpatutan.. pastu korang just add on benda lain seperti SKII Facial Foam pada harga RM209 dan SKII Facial Treatment Clear Lotion pada harga RM180.. so kira total dlm RM1k+ korang dah boleh dapat almost complete set... for a start, it is still a good buy...

Konon2 kalau kahwen nnt buat lah hantaran mcm ni...

Kotak yang khas utk set SKII ni...pastu korang hiaslah cantek2 macam ni :)
Set SKII Hatta Dolmat ni didatangkan dengan kotak istimewa yang cantek dan korang boleh hias dan buat hantaran mcm gambar kat atas tu.. hmmmm kenape dulu tak deeee??? kekekekek

Plus, korang yang beli, secara otomatik boleh join contest SKII & HD Contest utk memenangi HD Bridal Couture Gown worth RM20K!! Wooowww nape dulu tak deeee??? kekekek plus dapat pulak lagi SKII produk pada harga RM5k.. wowwww! Ohhhh kenapelah dulu tak adeee huhuhu... zaman 2008 kot kekekkeke


Ni lah contest tu...cepat2 beli dan join..mana tau boleh menang! 

So itu sahaja yang cik lady nak share.. Cumanya sedikit kesedihan sebab contest ni hanya dibuka pada 1 Feb 2015 hingga 28 February 2015 sajaaaaaa huwaaaaa cepatnyer tutup.. siapalah yang bertuah itu ek... set tu ade je selagi stok masih ada, tp contest ni ada tarikh tutup le uollss.. so apa tunggu lagi...go go and get ur set! Selamat membeli! 

-lady d

No comments:

Post a Comment

Popular Posts