Apa khabar uolls? Cik lady alhamdulillah sihat dan sedang menghabiskan cuti hujung tahun di rumah saja.. Tadi cik lady dah postkan cerita terkini tentang apa yg cik lady lalui sepanjang minggu lepas.. Dan sekarang cik lady nak sambung kembali cerita tentang SKII cik lady..alhamdulillah sejak post berkenaan Cerita SKII Saya yang cik lady tulis beberapa bulan yang lalu di blog ini, post tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung blog2 di sini..cik lady pun tak sangka post tersebut akan menjadi hit dan skrg berada di tangga teratas google search engine, no wonder tetiba blog ni dah hit beribu-ribu visit huhu terima kasih semua...
Mungkin keikhlasan dan niat cik lady nak share sbb cik lady pun pernah alami kesusahan nak mendapatkan info lanjut dan pengalaman orang tentang penggunaan produk SKII memberi impak yang baik ini, alhamdulillah... Byk juga emel dihantar oleh kawan2 baru di luar sana, dan cik lady cuba sedaya upaya untuk membalas emel kalian, moga dpt membantu kan..
Dulu cik lady pernah berjanji nak tulis berkenaan cara2 pemakaian produk SKII especially aturannya. Jadi lebih baik cik lady tunaikan dulu janji tu di sini ya, just a short simple tips on how to apply the product kat sini, okay? Untuk gambar, korang boleh refer kat cerita asal cik lady iaitu Cerita SKII Saya ya...
Aturan pemakaian SKII di siang hari (day time):
1. Cuci muka menggunakan SKII Facial Treatment Gentle Cleanser - amik sedikit sahaja (1 cm) apply dan cuci muka sebersihnya.. *kalu rasa x puas, boleh aja apply lagi hingga puas dan terasa bersih ya..
SKII Facial Treatment Gentle Cleanser |
2. Selepas lap muka anda sampai kering, amik kapas facial cotton (berbentuk square tu bukan yg bulat2) apply SKII Facial Treatment Clear Lotion (toner) ke seluruh wajah.
SKII Facial Treatment Clear Lotion (toner) |
3. Selepas itu, dengan menggunakan kapas yg sama tp di area lain yg masih kering, apply SKII Miracle Essence (miracle water) ke seluruh wajah. Biarkan kering seketika (kdg2 cik lady guna kipas jepun utk cepatkan pengeringan wajah - alar, kipas yg boleh lipat2 tu ekekekekek )
4. Seterusnya, apply SKII Cellumination Aura Essence (serum yang pekat tu) ke seluruh wajah anda secukupnya (kecuali sekitar mata), tak perlu byk sbb essence ni sgt pekat dan sedikit 'tajam' bagi cik lady la. Guna penyedut botol tersebut (mcm dlm makmal tu) letak beberapa titik atas jari anda sebelum apply pada wajah. Cik lady tak apply direct sbb tak nak penyedut tu tercemar dgn kulit kita.. ikut pilihan masing2...
5. Bila dah apply serum tu, kemudian apply SKII Cellumination Deep Surge Ex (krim wajah) ke seluruh wajah secukupnya.. cik lady slalu amik guna 1 jari kemudian titik2 seluruh wajah baru sapu.
*Tips : kalau anda yg baru beli dan guna produk ni, mungkin akan rasa wajah sedikit pedih sbb SKII Cel.Aura essence (serum) tu seakan kuat dan 'tajam' tau, so kalu tak tahan for first few month tukar cara aturan 4 & 5 iaitu dahulukan no. 5 iaitu SKII Cel. Deep Surge Ex (krim wajah) dahulu kemudian baru pakai serum yg no 4 tu.. boleh faham kan? Sbb krim wajah tu teksturnya lebih lembab dan menyejukkan kulit, pastu baru apply serum maka xde la rasa pedih sgt wajah. Cik lady terpaksa tukar aturan for first few months sbb waktu memula pakai, kulit sekitar mata terasa pedih. Slps dah beberapa bulan baru tukar balik aturan ke asal iaitu serum dahulu kemudian krim wajah... mmg terasa kelainan dan wajah lebih cerah dan sekata sbb serum tu sgt2 bagus.. :)
6. Seterusnya, apply SKII Whitening Source Dermdifinition UV Lotion di seluruh wajah secukupnya (x perlu byk). Produk ni sgt2 perlu dipakai di siang hari kerana kalau korang nak tahu, mana2 produk yg berkualiti tinggi xkan ade 2in1 or 3in1 function cth krim siang +UV+whitening all tat..sbb produk2 yg selalunya berkualiti dan agak mahal akan dihasilkan secara berasingan.. so UV Lotion ni sgt2 perlu sbg sunscreen/sunblock kulit kita.. waktu malam xperlu apply ya.
7. Dah siap pakai produk SKII, kawan2 boleh teruskan dgn produk lain spt foundation ke apa ke, atau for me trus apply my compact powder (cik lady guna M.A.C compact powder with foundation) sbb dah malas nak apply lagi foundation secara asing. Ikut kesesuaian masing2 ya..kemudian korang nak make up ke apa ke dah boleh dah.. as for me, cik lady guna make up MAC dan Bobbi Brown yang memang serasi dan sesuai dgn produk SKII. Pernah cik lady guna bedak ronasutra tp tak sesuai sbb minerals kot, kulit cik lady jadi mcm ruam2 kecil sbb SKII ni sgt2 melembabkan kulit.. Tapi ikut orang lah kot. Cumanya bedak ronasutra mmg sgt2 bagus, cik lady guna juga esp time slps solat zuhur tgh hari, waktu tu kita dah cuci muka dan amik air sembahyang all, so kat ofis mmg cik lady dah tak apply full produk SKII - trus je apply bedak Ronasutra, dan letak lipstik sket..dah glowing balik sbb kulit masih lembab2 kesan SKII. Bedak Ronasutra mmg best esp yg base powder dia, thumbs up!
So itu aturan pemakaian SKII di siang hari.. Jom kita tgk aturan pemakaian di malam hari pulak yer..
Aturan pemakaian SKII di malam hari (night time):
*Aturan 1 hingga 4 sama je k
1. Cuci muka menggunakan SKII Facial Treatment Gentle Cleanser - amik sedikit sahaja (1 cm) apply dan cuci muka sebersihnya..
2. Selepas lap muka anda sampai kering, amik kapas facial cotton dan apply SKII Facial Treatment Clear Lotion (toner) ke seluruh wajah.
3. Selepas itu, dengan menggunakan kapas yg sama tp di area lain yg masih kering, apply SKII Miracle Essence (miracle water) ke seluruh wajah. Biarkan kering seketika.
4. Seterusnya, apply SKII Cellumination Aura Essence (serum yang pekat tu) ke seluruh wajah anda secukupnya (kecuali sekitar mata).
*waktu malam cik lady x apply krim wajah (SKII Cellumination Deep Surge Ex) i ganti dengan serum vit C spt di aturan 5
5. Apply SKII Facial Treatment Repair C (serum Vit C) ke seluruh wajah. Serum ni juga pekat, x perlu byk dan tak perlu apply di sekeliling mata.
SKII Facial Treatment Repair C (serum Vit C) |
6. Untuk mata, apply SKII Skin Signature Eye Cream - guna spatula yg diberikan untuk calit sedikit krim mata tersebut dan apply di kulit sekeliling mata.
7. Sebelum tido, tepek2 dan urut seluruh wajah anda dengan jari jemari anda (spt yg dinasihatkan oleh Michelle Phan). Ini bagi membolehkan semua zat2 krim tadi masuk ke dalam wajah.. *i perasan wajah Michelle Phan sgt2 cantik kulitnya berbanding awal2 dia buat video dulu..n dia sendiri ckp dia sgt mementingkan penggunaan produk skin care yang baik dan cara aturan yang betul..
So itu sahaja cerita aturan pemakaian SKII saya.. Alhamdulillah, sejak menukar step no 4 dan 5, kulit wajah cik lady makin halus, cerah dan sekata. Plus, bila waktu malam pakai serum Vit C dia, the next day cik lady perasan kulit wajah macam cerah sket huhuuhu... selalunya, kalau cik lady ada special function or dinner, cik lady akan apply bersungguh2 produk SKII dan hasilnya, make up kita lebih cantik dan tahan lama.. korang cuba lah yer...oh ya, kalu korang xde semua produk yg cik lady sebut tadi, x perlu gusar.. for me i tunjuk cara tu sbb cik lady dah ade semua produk tersebut. Kiranya kawan2 dah ade produk yang basic (facial, toner, essence dan krim) pun dah memadai ya.. mgkn nnt pelan2 beli satu2 produk lain tu pulak kan..no worries k..cheers ;)
*Selepas ini cik lady akan share pengalaman pakai SKII Facial Treatment Mask dia yang memang sangat2 best dan menyegarkan! Kulit terasa sgt2 best ibarat memakai produk SKII 10 kali ganda! Tak percaya, cubalah heheheh...
yang ikhlas,
-lady d
tq ur info sis...sgt berguna
ReplyDeleteTq.. 😁
ReplyDeletetqvvm
ReplyDeleteHi cik lady..berapa anggaran harga total untuk semua barang sk ii yg cik lady guna ni? Tq.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam....nak tnye lah cik lady.. Kalau untuk muke yg berminyak muka pori berlubang n ade parut yg bsar sesuai product yg mne yew...coz lot of product i hve to choose im not expert about this thing maybe u can gve some opinion to recommend right product that i can use..tq 😁
ReplyDeleteYup.. Sy pn ada mslh yg sm. Cik lady plez jwb
ReplyDelete