Korang apa khabar? Wahh dah lama cik lady tak update kat sini huhu.. Maaflah, sejak cik lady ditukarkan ke unit baru di bahagian yang sama, cik lady agak sibuk 2-3 bulan ni kerana kami ada 4-5 program serentak nak dihabiskan sebelum hujung tahun.. wahhh mmg cik lady betul2 fokus kat unit baru dan tak dinafikan mengalami sedikit tekanan (biasa lah kan) bila kita nak buat yg terbaik tapi mcm2 berlaku.. tapi alhamdulillah, semua dah berakhir dan berjalan dengan lancar..malah waktu duk tgh busy2 tu, cik lady sempat je duk bagitau kat teammates, "Saya tak kira, hujung tahun ni saya nak cuti 2 minggu!" eceeehhh..suka hati je kan...
Dan kini, tanggal 29 Disember 2014 (Isnin), alhamdulillah, cik lady sedang menikmati cuti minggu kedua...haa dengar tu, minggu kedua kau..maksudnya minggu lepas cik lady dah start cutiiii huhuuh... mmg nekad abis, waktu nk minta cuti tu, kebetulan cik lady dapat 2 orang bos baru, cik lady selamber je lah apply jugak kan, sbb cuti tahun ni masih berbaki 12 hari, dan cik lady guna 8 hari cuti (sbb 2 minggu terakhir ni kerja 4 hari je)..so dapatlah cik lady cuti selama 2 minggu.... bos besaq plak sgt2 sporting so dia sign je..alhamdulillah, diberikan rezeki ini..
Plan asal cik lady bercuti panjang ni ialah nak balik kedah nak bercuti di sana.. cik lady ni dari dulu mmg macam ni, budak kampung yg membesar di kampung kan, so mmg every year, cik lady pasti bercuti panjang dan cik lady lebih gemar memilih utk bercuti di kampung halaman je..tak ke mana pun, bukan xnak or xde duit, tp cik lady mmg gemar duduk di rumah tok wan yg mana cik lady dibesarkan..cik lady selalunya x kemana pun, hanya duduk di rumah, keluar cari makan kat aloq staq, pastu lepak rumah balik..kemas apa patut..tu jer..my faveret huhu... well tahun ni sama lah plan cik lady, ingat nak bawa mama balik kampung duduk sana 2 minggu (my mum stayed with me now since my pak lang passed away few months back)..so mcm kesian kan orang tua suka nak balik duk kampung, tp for her to stay alone i tak benarkan lah... so i pikir demi mak, baiklah i amik cuti tu dan bawa dia balik kampung dengan adam..kami bertiga je, sbb hubby keja.. tapi itulah, kita hanya merancang, Allah swt juga menentukannya...
Cik lady diuji dengan kemalangan kecil yang menimpa kami pada ptg Ahad 21 Disember 2014...(plan nak balik kampung pada Selasa 23 Dis 2014).. waktu tu kereta husband dah lama masuk bengkel so kami travel dengan my car jer.. ptg tu kami 3 beranak ke bangi utk makan dan nak hantar husband ke latihan hoki dia di serdang, tp tersalah tempat (hoki di KL).. so cik lady plan nak hantar Adam dan papa dia balik rumah, kemudian cik lady nak ke Big Bad Wolf Book Sales selepas tu sorang2...sekali, waktu kami otw balik rumah, hubby yg sdg bawa slow dan berhati2 dgn keadaan hujan renyai2, kami terlibat dengan kemalangan kecil..
Al-kisahnya, ada satu myvi silver di hadapan kami, bawa sgt2 slow..hinggalah sampai di bawah satu jejantas (byk moto berhenti tepi sbb hujan, tp diorg x halang jalan), keta myvi ni lagi2 slow sampai satu tahap myvi ni pi stop tgh jalan (padahal xde moto or wat menghalang..) kitorg kat belakang dia pun slow dan cik lady dah terdetik, eh ni bahaya ni... kami xde bhenti or wat (maksudnya jarak kami masih selamat) cuma slow je, sekali ada kereta wira dah hentam belakang kami, dan satu lagi vios hitam pun kena...aduhhhhhhhh cik lady dah terpikir, mcm mana aku nak balik kampung nanti? huhuhu myvi tu trus blah (cik lady sempat aje amik no plat)...geram betul... Kami yg kemalangan ni trus ke balai polis utk setel.. dikiranya wira tu salah sbb memandu dgn jarak tak selamat.. sebenarnya cik lady kesian jugak dekat budak tu sbb ye lah, drpd dia nak bayar cash kat kereta kami yang pastinya beriban riban (kereta honda & vios).. so lebih baik adik bayar je saman RM300 dan kemudian biarlah insurans yg cover..walaupun pasni NCD dia akan terjejas, tapi takkan nak minta dia bayar cash 3-4 ribu, lagi kesian kan... Malam tu juga, bengkel kereta datang amik keta kami, dan cik lady bersungguh2 minta kereta ganti sbb dah xde keta nak bawa kan.. sib baik mamat bengkel tu baik hati, bagi viva dia kat kitorg, alhamdulillah, dapat juga setel banyak benda dengan keta kecil tu... kereta cik lady siap 2 hari selepas itu iaitu pada petang selasa seperti yang dijanjikan mamat bengkel tu..dan dia juga lah yang bersungguh-sungguh janji pada kami kereta dapat siap cepat, alhamdulillah, thanks to him... plan asal nak balik kedah pada pagi selasa tertangguh ke rabu pagi..
Habis bahagian tepi dan tayar belakang |
Body pun kena huhu |
Selepas 2 hari masuk bengkel, alhamdulillah.. tapi cat belum kering habis tu.. |
Kena pakai plaster sbb bumper tu tak tolak masuk habis lagi sbb cat belum kering sepenuhnya |
Malam Selasa (23 Dis 2014), negara mula digemparkan dengan berita yang mengejutkan dari Pantai Timur iaitu banjir besar yang melanda negeri2 di Pantai Timur hingga ada yang tenggelam hampir sepenuhnya seperti di Kuala Krai.. entah kenapa, cik lady rasa sangat2 tak sedap hati...sejak dari hari kemalangan, pastu dgn keadaan cuaca yg tak menentu ni.. walaupun husband tetiba ckp dia nak ikut kami balik ke kampung, tp still hati cik lady rasa x best.. rupa-rupanya, mama pun rasa begitu..dia yang beria-ia nak balik kedah pun rasa tak sedap hati, last2 dia pun cakap, "Kita tak payah balik dulu lah...sbb rumah kat kampung pun, kalu hujan biasa air akan naik masuk ikut dapur dan toilet". Since mama pun cakap better jangan balik dulu dan husband pun cakap benda yang sama.. maka tak jadilah kami untuk pulang ke kampung.. dan sehingga kini kami masih menunggu masa yang sesuai...
Apa yang cik lady buat seminggu ni? Alhamdulillah banyak perkara yang cik lady setelkan seminggu ni.. Antara pencapaian paling besar ialah cik lady berjaya mengemas bilik belakang (yg sebelum ni dah mcm stor sbb byk brg huhuhu) menjadi workstation dan bilik santai kami... memang cik lady x ke mana pun, mengemas, membuang, membungkus apa yang patut.. kebetulan banyak pula pakaian kami sekeluarga yg memang dah berkotak tersimpan nak bagi pada orang..dgn tragedi banjir ni, mama suruh kami sedekahkan saja pada mangsa banjir di Pantai Timur.. Selain itu, banyak juga nota2 dan kertas yang cik lady asingkan untuk dihantar ke pusat kitar semula.. dan ada juga 1 beg besar majalah Mingguan Wanita yg cik lady tatau nak buat apa, ingat nak hantar ke klinik kesihatan mana2 utk diorg bagi orang baca sementara menunggu kan...tapi tersangat lah berat beg itu huhu...
Banyak juga cik lady dah buat dan alhamdulillah, now cik lady lebih bersemangat nak lepak kat bilik ni, membaca, memblogging, menulis, melukis dan menstudykan diri huhu.. oh oh cik lady juga sempat je pegi BBW Book Sales tu malam tu dgn kereta viva tersebut. Pergi sorang2 pada jam 10-12 tgh malam..haaa amik, sempat juga rembat buku2 utk adam dan cik lady sendiri, now my rak dah almost penuh, dah dah cukup tahun depan tak perlu beli buku dah, yg ade pun belum sempat baca huhu...
Masih dlm proses mengemas... |
Sila abaikan ke'semak'kan bilik ini ya, ni duk ngemas lagi ni hehe |
Taraaaa, dah nampak rupa sikit kan kekekeek |
Alhamdullillah, baru selesai first round.. byk round lagi nih nak ngemas..go go chaiyok! |
Jadi begitulah al-kisahnya cerita hujung tahun cik lady.. Alhamdulillah, diberi kesempatan bercuti dan walaupun hanya duduk di rumah, cik lady rasa bahagia sbb dapat mengemas rumah dgn lapang dada dan masa bersama adam pun byk.. dia jugaklah yg slalu beria-ia ajak cik lady mengemas pagi2..anak bertuah tu..huhu... Selepas pada ni, cik lady nak fokus ngemas dapur dan stor kecik pulak.. Byk benda nak dibuang or diberi orang...go go chaiyok... Korang yg bercuti, berhati2 ya.. dan pada mereka yang terjejas dengan banjir, cik lady turut sedih dgn apa yg terjadi..hanya mampu berdoa dan menolong mana yg patut..juga kepada kaum keluarga mangsa pesawat Air Asia, marilah kita berdoa agar mereka selamat.. Sama-samalah kita berdoa pada Allah SWT agar segala dugaan ini berakhir dengan cepat..
P/s : sila abaikan gambar2 cik lady yg a bit blur dan ada garis hitam (sbb hp ku jatuh dan kamera pecah huhu) cik lady masih duk cari tempat nak baiki kamera iphone ni..
p/s : Ada seseorang yg telah meramalkan kejadian banjir besar 7 minggu sebelum ini, seriously takut pulak membaca catatan beliau..dan beliau juga byk menyedarkan cik lady tentang kekuasaanNya sebelum ini dgn catatan beliau..apa2 pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya termasuk apa jua yg berlaku pd cik lady...tawakal dan teruskan hidup ini ke jalanNya, insya Allah...
- lady d
No comments:
Post a Comment