Wednesday, November 5, 2014

Perempuan-Kasut-Handbag..Tidak Dapat Dipisahkan

Assalammualaikum dan hi koranggg,

Apa khabar? Lama dah cik lady tak update kat sini kan.. Btw, lately ni cik lady rajin je bukak blog ni, cuma dapat membalas komen2 pengunjung jer.. terima kasih kerana kalian sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini huhu... seronok juga dapat komen ada kawan2 di luar sana yang nak tahu lebih lanjut tentang produk SKII dan Cosmoderm.. alhamdulillah, thanks for reading my blog kan... 

By the way, hari ni cik lady nak cerita tentang Perempuan-Kasut-Handbag... sesuatu yang sinonim kan? kekekek almaklumlah, orang perempuan memang macam ni kot huhu... handbag memang merupakan satu keperluan nak letak purse dan barang2 lain lagi..so handbag mmg perlu.. kasut yang cantik dan selesa jugak adalah amat perlu... cik lady slalu cakap kat diri sendiri, kalau pakai lawo2 pun, tetiba pakai selipar hmmmm abis x cun perempuan itu huhuhu.. its like, segala kecantikan perempuan terletak pada kasut yang dipakainya.. tak percaya? cuba tengok, kalu mana2 perempuan yang korang nampak wahh cantiknya dia, lawanya baju dia..wahh branded handbag dia..skali, dia pakai selipar..ya selipar yang nampak segala kuku kaki itu..kalu kaki cantek tak pe gak... tp trus bagi cik lady, saham kecantikannya itu jatuh sedikit dek kerana selipar itu..tats my point of view la, saya tahu, ramai jer wanita skrg ini suka memakai flipper atas alasan selesa, tapi tengok tempat lah jugak kan akak, kalu ke kedai mamak okay lah, but to shopping mall or a function, not appropriate kut... lagi sekali, its my 2 cents... cheers! 

So, cik lady ni mmg lah seorang perempuan yang terjebak jugak dengan handbag dan kasut masut ni... waktu zaman remaja di alam persekolahan, cik lady dulu ngidamkan kasut vincci..iyerlah zaman tu vincci baru masuk n kasut diorg lawo2 n harga berpatutan...semua kawan2 cik lady pasti ada sepasang kasut vincci, sape tak de tu macam tak trend lah huhu.. so cik lady pun ada, sbb minta mama belikan kat kl time dia ada keja di kl (kitorg duk di penang dulu)... bila dapat sepasang, wahh seronok kemain.. pegi birthday party tu besttt jer.. huhu... handbag plak not so waktu tu, sbb remaja lagi...jom baca my story...



2008
Cik lady waktu ni dah grad n mencari kerja tetap... waktu tu ingat lagi, dgn sibuk nak buat persiapan hantaran kawen, dapat la voucher dari Sogo, so cik lady beli lah sepasang kasut hitam bertutup dan handbag hitam jenama Polo...wahhh nak pegi interview katakan... main amik jer asal cukup voucher RM140 tu huhu..kelakar plak pikir, tapi alhamdulillah, rezeki cik lady dapat kerja tetap, so berbaloi jugak lah invest on kasut dan handbag tu...

Bila dah mula masuk kerja tetap..dan alhamdulillah beserta rezeki yang diterima, cik lady invest in good shoes and hanbag... my first good ever shoes is from Clarks...kasut bertutup hitam 1 1/2 inci.. sangat2 selesa dan lawoo :) memang cik lady ni sesuai dengan kasut jenama Clarks.. walaupun mahal, tapi kualiti dan keselesaannya tiada tandingan..cik lady ni x sesuai pakai kasut tinggi sgt sbb berat badan n tinggi cik lady tak sesuai... selalunya dalam 1 and a half inch is my fav... Berbaloi invest dalam kasut Clarks ni sbb till now (2014) cik lady masih boleh pakai kasut itu..yesss after 6 tahun ya....

My first ever branded handbag is from Braun Buffel.. yes waktu tu cik lady terpengaruh dgn mak2 sedara ku yang mmg beli brg2 berkualiti ni semua.. walaupun harganya around RM600++ tapi pejam mata lah jugak nak beli huhu.. handbag hitam dengan key chain khas dia.. now diorg masih keluarkan handbag jenis tu tp warna2 lain... kualiti nya? masih elok till today...

Tapi itulah, nama pun perempuan, tak sah kalu xde handbag n kasut melebihi sepasang! huhuhu sepanjang 6 tahun bekerja ni, cik lady mmg gilakan kasut dan handbag... Handbag tu 2 tahun sudah cik lady jadi gila handbag bila Charles n Keith masuk malaysia..handbag diorg lawo2 dan harga berpatutan..cumanya kualiti tak tahan melebihi 2 tahun..tats the prob... Selain tu, cik lady invest juga dalam kasut Clarks for my work n leisure wear (flat shoes)..dan mmg cik lady sgt2 puas hati... 

2014
Cik lady memang mempunyai azam untuk membeli satu handbag berjenama antarabangsa yang harganya mmg gilaaa ahh... its LV.. actually sbb cik lady ni terlalu macam eh kalu ada sebijik LV tats great!.. tapi yang jenis cik lady nk tu berharga RM6k++ yerr..so mcm tunggu dulu lah.. setakat RM1k tu okay je lagi... byk lagi benda lain nak cover kan.. definitely one day cik lady akan dapatkan jugak my dream bag tu... 

Pada satu hari, cik lady ke kedai Eat Sleep Shop di Shah Alam, kat situ mmg ada banyak branded handbag yang dibawa masuk oleh peminat branded bag yg keje diorg menyopping di luar negara..so kita boleh beli dgn harga yang sgt2 berbaloi... So, cik lady pun pegi lah n tgk.. n mulalah terpandang satu handbag yg cik lady suka...iaitu Michael Kors Hamilton...black please :) cuma waktu tu diorg xde warna black yg macam cik lady nak...frust seketika..xpe, balik rumah tenangkan fikiran dulu..google punya google, yes i want it! harga kat situ sangatttlah berbaloi berbanding beli kat butik tau... so xpe jom tgk dulu....

MK Hamilton Black - amik dari blog sorang pompuan ni..alamakkk dah tak leh tidur huhu...


Cantik kan? Simple yet elegant.....


Tis is not me, lupa dah blog dia, sorry...tapi lawoo handbag ituu huhu

Cik lady bukan apa, im working, i want a bag yang nampak wow, tapi still mysterious and nampak mahai... and MK Hamilton macam ada gaya2 Hermes sket...huhu ye lah nak beli the big H tu tak mampu la dik oiit..

So one day, kitorg ke MK boutique di The Garden, tapi yg jenis ni dah xde sbb dah few years back... yang latest mmg sgt2 lawoo tapi harga around RM1,500 -1900... xnak lah... i want the simple one jer...

Pergi balik kat kedai shah alam tu, sekali ehhh ada stok pulakkk... tengok2 kejap, try kejap, trusss en suami bayarkan... thanks lalink... semoga rezeki mu bertambahh supaya pasni leh lacik lady dapat sebijik LV pulak kekekekek...Im happy n loving tis MK Hamilton.... Actually, hubby ada gak cari the same bag kat korea tapi harganya mak aiii melampau mahal..so i ckp, xpelah bang, kita beli kat kedai shah alam tu jer, berbaloi sgttt... (Kat shah alam ada 2 kedai yg menawarkan branded handbag pd harga berpatutan - Eat Sleep Shop dan PrincessVictoriaStyle )...

Menciwi with my new MK...

Kasut
Cerita tentang kasut pulak, kebetulan kasut Clarks yang cik lady suka sgt pakai, dah patah tapaknyer huhu.. ya patah, tapi masih boleh pakai kasut tu... cuma dah nampak buruk sket la.. (ni bukan yg black tadi)..cik lady mmg ada few kasut Clarks after yg black tu sbb sepanjang 6 tahun bekerja, cik lady akan invest on good shoes for work... cik lady ada warna biru, warna coklat, warna cream n a flat... mmg berbaloi beli n pakai....

So cik lady ni mmg jenis yang suka beli bila sesuatu barang tu sesuai dengan cik lady dan selesa! So kali ni clarks ada keluarkan model yang sgt2 lah cik lady heheh..tapi xde saiz huhu.. sampailah satu hari tu, cik lady pas dari The Garden tu singgah jap kat Mid Valley n ckp kat hubby nak singgah kejap kat kedai Clarks nak tengggokkk jer... kekeke sekali, amik kau, 3 pasang cik lady borong! huhu... actually cik lady nak beli utk keja je, satu kasut berwarna coklat pudar..sgt selesa dan cantik..saiz pun ada...pastu promoter tu cakap, akak hari ni kita ada promosi dan sale, kalu akak puchase more than RM400 dapat voucher RM50, kalu more than RM700 dapat voucher RM100..wahhhh tanpa berpikir panjang, duit pun ada sikit, ditambah hujung2 tahun ni (cik lady suka invest utk kerja pd thun berikutnya)... so trus cik lady amik kasut Clarks model yang sama, satu warna brown satu lagi black... dapat voucher RM100 - simpan dulu utk invest kasut flat dia ... ni semua gara2 cik lady pikirkan kasut cik lady dah patah n keperluan kerja yg byk bengkel dan outstation...

So dah beli, sekali outlet tu ada buat clearance sale, ada satu kasut clarks ni cik lady sukaaa sgt2, guna kain baldu, dan ada macam beads kat atas dia..sgt2 elegant for dinner... harga diorg nak clearance jadi RM240 from RM340.. okay, grab cepat selagi ada saiz huhu...dahhh... walaupun ada yg warna biru baldu yg cantik juga, tp cik lady terpaksa pikirkan kos melepas iaitu hitam lebih mudah nak matching dgn baju kan... so sudah, lariiiii.....3 pasang kasut...

Tapi tak berakhir di situ sajaaaa .....slps tu, kitorg ke shah alam utk beli handbag MK tadi dan singgah di plaza masalam utk beli Clarks flat shoes warna hitam (dah check stok secara online kat kedai Mid V tadi)...gunalah voucher tu... 4 pasang kasut dan 1 handbag dalam masa 1 hari! Gila kannn! Jangan diikut caraku ini, tapi kalu korang mampu, why not kan? Even my hubby pun sokong cik lady beli kasut ni daripada just beli handbag LV sebijik, u got wat i mean? hehehe betullah tu, ini lebih berguna n bermakna.. dan handbag plak, cik lady slalu cakap kat hubby "Abang patut berbangga, isteri abang mampu tukar2 handbag yang lawa2 dan kasut yang lawa..barulah nampak abang ni mampu nak menyara keluarga dan bagi bini sentiasa cantekkk" eceehhhh jangan diikut ya.. kekek dan alhamdulillah, setelah seminggu lebih ni, kasut2 ni sgt2 selesaaaa dan best! berguna, worth every penny....

InsyaAllah korang jugak akan mampu membeli, yang penting, korang kena pandai uruskan kewangan keluarga dulu, pastikan semua hutang piutang bulanan diselesaikan..duit lebih, simpan dan belanja dengan berhemah.... insyaAllah pasti boleh...

My 4 beradiks.... tahun depan xde nak beli dah okay :)

Satu lagi, kalu korang nak membeli tu, ingat satu ja pesan cik lady... "Biar menyesal beli daripada menyesal tidak beli".... haaaa yang ni my ex bos (seorang lelaki yer) yang pesan...sbb betullah, kalu kita tak beli, kita akan menyesal dan teringat2 sampai dalam mimpiiii huhu.. so lebih baik beli jerr (kalu berkemampuan lah yer...jgn membazir)...

Selamat menyopping dan menyelesakan diri dan mencantekkan diri wahai kawan-kawan... cheers! :)


Happy me...alhamdulillah atas rezeki kurniaan Mu...


Oh oh by the wayyy im sooo craving for thisss (yang kat bawah ni) huhuhu droooling abis, tapiiii tak mampu lah laggiiiii huwaaaa.... insyaAllah, one day..who knows kan? ;) 
.
.
.
.
.
.
.
.

Miss D....(tis is not my kaki lah for sure kekekeke)


- lady d

No comments:

Post a Comment

Popular Posts