Thursday, October 16, 2014

Too Much Of Thinking Is Not Good For You

Salam semua,

Apa khabar hari ni? Wahhh tajuk post cik lady kali ni sungguh la mat salleh kan? Too much of thinking is not good for you...betul kan? 

Kadang-kadang, kita tak sedar kita hidup dalam dunia orang lain...tak faham? Okay macam ni, kadang-kadang, kita ni, secara sedar atau tidak, buat sesuatu perkara or kebanyakan perkaralah, dengan anggapan "Eh, kalau aku buat macam ni, nanti apa orang akan pikir?", "Eh, kalau aku post macam ni kat fb, tentu orang puji dan aku dapat like banyak.." "Kalau dapat like banyak, barulah nampak diri aku hebat"...dan bermacam-macam lagi yang kita nak buat tapi kita duk pikir apa orang pikir pasal kita.. Padahal, hakikatnya, orang tak peduli pun kat kita...tapi bila kita dah post bagai nak rak, tentulah orang akan berkata-kata... Kan?

Kenapa kita perlu hidup dalam keadaan kita buat sesuatu tu nak puaskan hati orang lain, biar nampak elok pada mata orang lain, biar orang puji kita tak kutuk kita...sedangkan yang nak buat dan terima kesan tu adalah diri kita sendiri. Adakah kita bahagia bila kita buat sesuatu sebab nak nampak elok di mata orang lain? Tepuk dada tanya hati sendiri...


Sebab itulah terjadinya masalah-masalah sosial lain yang akan timbul seperti aktiviti umpat mengumpat, aktiviti tak puas hati tengok orang lain bahagia dan senang, aktiviti membazir akibat berbelanja melebihi kemampuan.. sebabnya, hanya nak pastikan diri kita elok di mata mereka....


Dan kadang-kadang, kita tak sedar, yang apabila kita terlalu berpikir or thinking too much ni, is not good for us...really not good for us... Kita duk pikir, ish KALAU aku buat camni, apa kata family mentua, KALAU aku amik tindakan camtu nnt kawan2 pasti kutuk aku... KALAU tu, KALAU ni...kita ni duk pikir terlalu banyak.. sedangkan benda2 macam tu lah yang akan membawa getaran negatif ke dalam hidup kita...sbb kita duk pikirkan benda2 yang negatif yang akan terjadi KALAU kita buat sesuatu tu.. so ada faham? 

Okay, cik lady kasi lagi contoh yang simple untuk korang faham... Kadang2 dalam keadaan kita berkawan kat ofis contohnya, ada la sesekali kawan kita tu jadi pendiam ka, or tiba2 tak mesra dgn kita ka..pastu kita ni trus rasa macam, eh dia ni awat jadi begini? Dia dah tak suka kat aku ka? Dia macam nak mengelakk jer dari aku? Oh nanti tentu bebudak ofis yang lain tak suka kat aku sebab dia ni nanti akan pengaruhi yang lain2.. Persoalannya di sini, kenapa kita mesti "too much of thinking" tentang benda tu? Sedangkan, entah2 kawan kita tu ada problem ke, apa ka yang menyebabkan dia jadi begitu... So, your thought is powerful, maka anda harus STOP cepat2 thinking itu bila anda dah mula melalut pikir macam2 sampai naik pening kepala sedangkan di pihak satu lagi entah xde apa2 pun perasaan kat anda.... haaa mcm tu lah contohnya...

Jadi, cik lady dah mula praktikkan untuk tidak "too much of thinking" ni dalam semuaaaaaa perkara melibatkan hal kerja, kawan2, rumah tangga, sedara mara..semua lah.... every time mula jer rasa nak pikir bukan2, cik lady cepat2 stop dan bercakap pada diri sendiri "Sometimes, too much of thinking is not good for you d...so stop it, and enjoy life!" Alhamdulillah, sejak tu, i am more happy, hidup rasa best, kepala rasa ringaaaan jerr sbb malas nak pikir dan peningkan kepala dengan perkara remeh temeh.. Alhamdulillah, korang kena try ni k! Cubalah.... :)

Wassalam

-lady d


Popular Posts