Tuesday, September 16, 2014

Pengalaman Kena Demam Denggi

Salam korang,

Apa khabar? Diharap uolls sihat2 aja.. Cik lady skrg ni tidak begitu sihat, baru pulih dari demam denggi.. Tapi masih ada rasa2 keletihan n sakit2 badan, mgkn masih recover kut.. Sbb tu jugak lah cik lady lama x update blog ni...Hhari ni, cik lady nak cerita ttg pengalaman kena demam denggi yang bagi cik lady satu pengalaman yg sungguh x boleh nak dilupakan...

Kalau last year cik lady kena demam campak...uhu yes demam campak yer...2 minggu mc, tahun ni cik lady kena demam denggi pulak... haihh.. 2 minggu jugak la x masuk opis,nak wat camner, mmg dah sakit kan... Okay jom layan cerita bagaimana cik lady kena demam denggi ni ya...its gona be a long story, stay tune! kekekekek 

Sebulan sebelum kena demam denggi
Bulan Julai 2014, time ni negara tgh gempar dgn Isu Denggi yang dikatakan makin teruk berbanding tahun lepas... Actually cik lady ni keja dgn gomen, so mmg dpt access to info2 and maklumat ttg ini, mmg sebenarnya negara kita ni tgh bertungkus lumus menghapuskan Aedes sbb data menunjukkan bilangan rakyat yg kena demam denggi ni meningkat dengan mendadak tahun ini, dikatakan 3 kali ganda naik tahun ini berbanding thn depan dlm tempoh masa yg sama... fhm x? okay, contohnya camni, kalau tahun 2013, kes denggi yg dilaporkan di seluruh negara sepanjang Jan - Ogos 2013 ialah 1,000 kes dengan 20 kes kematian (ni contoh jer)...tahun 2014 ni naik menggila hingga 3 kali ganda utk tempoh yg sama iaitu bagi Jan - Ogos 2014, kes denggi yg dilaporkan ialah 3,000 kes dengan 80 kematian... haaa 300% tau naik.. now ada faham? kekekek tu cth jer, tp sebenarnya data yg betul korang godek2 lah sendiri ya... 

Sooooo..waktu few months back, bila kitorg dpt tau menda tu, cik lady mcm terdetik juga, ishh kena amik langkah mencegah ni.. better sorry now than later.... so mulalah cik lady beli ubat nyamuk letrik, tutup pintu n tingkap time ptg lebih awal, dan pastikan tiada air bertakung dlm rumah... Okay, done all... tapi kekadang..time kita duduk relax kat ruang tamu, skali ada je bunyi nyeeeeettttttttttttt kat telinga...eh nyamuk aedes,nak tampar dia perggh liar kemain... so mmg ada dlm rumah ku huhuhu ...itulah, bila dah ditakdirkan nak jadi, kun fayakun Allah swt lebih berkuasa lah kan...ditakdirkan akhirnya cik lady kena la jugak....

Seminggu sebelum kena demam denggi
Time ni dlm pertengahan Ogos 2014. Cik lady sihat walafiat mcm biasa.. Tapi, dlm duk sihat, bila duk buat keja kat ofis, tetiba ada rasa teeeet menyucuk kat otot lengan.... satgi plak, teeeeet rasa menyucuk kat otot peha... sekali je tau rasa dia, ibarat sebatang jarum yg dicucuk ke otot kita, tapi sekali ja bukan berkali kali..cuma kita rasa terkejut n mcm melatah ehhh ehh... waktu tu dah terdetik kat hati, "Haii, aku ni dah kena cucuk dek nyamuk aedes ker?" sbb x penah rasa camni... tapi, tak elok pikir negatif, trus buang ke tepi n pikir, okay xnak kena xnak kena....takuittt huhu




Hari Pertama (22 Ogos 2014)
Hari Jumaat. Hari Berkabung Negara kerana tragedi MH17, hari ni 20 jenazah dibawa pulang n menerima penghormatan negara. Hari Jamuan Raya kat ofis ku kecil kecilan n sempena MH17 kami buat baca yasin skali. Malam sebelum tu cik lady bangun kul 4 pagi buat keja sampai ke pagi, kira otak weng jugak.. Minggu yg agak busy sbb duk sibuk buat lukisan besar utk hiasan jamuan raya, cik lady kena lead the unit. Dengan keja utama kena siapkan n antar by ptg Jumaat or pagi Sabtu jugak2 to bos, so otak mcm serabut gak la.

Pagi tu bila sampai ofis, cik lady duk tolong siapkan hiasan mana yg patut, lepak2 sembang dgn kawan2 ofis sambil sempat jamah buah pisang n kek coklat nak alas perut sblm membaham jamuan raya huhu...

Kul 10 pagi, tgh duk tgk tv online kat komputer sbb nak tgk upacara penghormatan jenazah MH17, cik lady start sakit kepala kat kening...  sakitnya berdenyut2 n lama2 sakit tu menjadi migrain yg sgt teruk. Minta panadol kat PA bos, telan 2 biji. Rest. Memula ingat migrain sbb lambat sgt jamuan bermula, perut masuk angin. Bila jamuan da start, cik lady makan soto ayam, nasi tomato, ketupat semua okay ja..tapi sakit masih ada... Tgh hari rehat panjang, cik lady n roomate opis ni tido kat bawah meja sbb masing2 migrain, ingatkan dah tido kejap okay le kut migrain ni ptg tu.. Skali dah bangun, mingrain makin teruk petang tu... 

Ptg tu, sekali lagi minta panadol kat PA bos, dia kasik sepapan suh simpan cheh perli ke ape kekekek, telan lagi 1 bijik.. Tapi sakit masih ada, waktu ni badan dah start seram sejuk macam nak demam... n plg pelik, badan rasa menyucuk2 mcm sakit otot dicucuk2 rasa nak demam. Pakai blazer, alas lg dengan pashmina, xjadi pe, tgn n kaki sejuk gila, migrain sakit gilaaa, badan sakit gilaaaa... tp sebab keje kena siap, teruskan juga huwaaaaaaaaaa

5.30 ptg, pas balik keja, ajak husband dgn anak pegi klinik. Migrain masih teruk. Explain kat doc, doc pun ingat migrain..dia kasi ubat jer.. pas klinik, trus makan malam. Tapi time ni dh start x lalu nak makan. Tp paksa gak sbb nak telan ubat. Balik rumah, mandi solat n rehat. Makan ubat n nak tido jer.. Malam tu? Hmmmmmmm x leh tido laaaaa, kepala sakit gilaaaaaaaaaa, badan sakit gilaaaaaaaaaaaa rasa mcm semua pun sakit....

Hari Kedua (Sabtu)
Bangun pagi mmg rasa lemah sbb malam xleh tido... xlalu nak makan tatau kenapa, jadi kenyang semacam.. time ni sakit kepala masih ada, n badan sakit2 rasa menyucuk2..sikit2 menahan sakit n sengal2 badan tu, sampai naik letih.. sampai tertido, kemudian bangun, kemudian sakit, tahan sakit, tido balik... keja tido je sampai kepala pun naik pening asyik tido. Seharian badan sakit2 rasa bagai dicucuk n sengal2 badan.

Time ni mulut pun pahit semacam. Minta husband buatkan roti letak milo, makan sekeping pun rasa pahit mcm makan ubat. Tgh hari n ptg mula muntah2 n cirit birit. Buah asam ko peneman mulut loya... seharian letih, tido sana sini x kena.. sampai satu tahap, ptg camtu, badan terlalu letih n sakit x berkurang, sampai jadi mcm berhalusinasi sorang2 dgn mata berpinar2.. perasaan berhalusinasi ni adalah spt kalau kita pegang menda kecik, dia rasa mcm pegang menda besar.. mcmtu lah rasanya.. waktu tu cik lady dah tahu, ni bukan migrain biasa, ni samada denggi or virus. Tapi dah tahu xde guna pegi klinik sbb belum 3 hari. So bertahan je lah sampai hari esok. Malam pun sama xleh tido akibat migrain n sakit badan.

Hari Ketiga (Ahad)
Waktu ni bgn pagi mcm biasa, mandi..tapi badan dah mula rasa lemah akibat menahan kesakitan seharian hari sabtu..badan rasa ringaan je n melayang jer... Siap2 sbb nk pegi klinik kesihatan dekat rumah konon xnak pegi hospital swasta sbb mengharapkan hospital/klinik kerajaan ni amik serius jika denggi (padahal cik  lady ada je insurans boleh ke swasta). Dah sampai klinik, kena amik darah. Ke makmal utk amik darah, time ni cik lady masuk sorang jer..ingat okay.. Sekali, hmmmm mgkn disebabkan badan yg lemah, nurse tu terpaksa 3 kali cucuk sbb darah x keluar langsung! Kali pertama cuba di lengan kiri x dapat.. Kali kedua kat belakang tangan kanan pun x dpt, siap nurse tu cari2 urat x jumpa...waktu ni cik lady dah rasa pelik mcm nak pitam..last2 bhenti jap, cool down, muka pucat, badan berpeluh sejuk...trus diorg kasi air sejuk... akhirnya diorg try kat tangan kiri guna jarum yg lebih kecil n mmg dapat darah, tp secara paksa, n sangat sakittttt huhuhu  selepas pada tu, trus urat cik lady bengkak n pastu lebam 2 minggu mcm gambar kat bawah  ni huhuhuhuhu....

Kesan bengkak dan lebam amik darah

Selepas tunggu seketika, doc panggil..dan diorg suspek cik lady kena demam denggi atau virus...sbb sel darah merah rendah n bacaan platlet pun dah rendah. Doc ckp esok kena dtg balik check darah... hmmmmm okay lah doc...

Ptg tu, trus pi lunch kat kedai tom yam, order nasi putih n siakap masak stim..sbb cik lady xnak mati ehh xnak jadi lebih teruk, so paksa diri makan walaupun pahit dan loya dgn bau kedai (mcm org pregnant plak huhu)... ptg tu makan panadol, demam xde, sakit kepala kurang sikit, cik lady siapkan keja n antar pd bos. Malam pun better sket dr malam sebelum tu. Cuma malam ni cik lady tukar pegi tido bilik mama sbb jadi mcm xnak tido bilik sendiri, entah pasai pa..pelik... tu pun dpt tido kul 3 pagi setelah mendekatkan badan n tgn ke dinding bilik..mgkn sbb rasa sejuk n nyaman hmmmmm.... asam ko mmg peneman sbb rasa loya mulut je trus makan asam ko..bila muntah rasa masam2 je la, xde la perit pedas ke apa...

Hari Keempat (Isnin)
Pagi2 bangun siap sbb nak ulang ke klinik kesihatan check darah..tapi, badan lemah gila n otak rasa lembap gila sampai rasa amik masa bertahun nak siap huhu... .

Pegi klinik dgn husband, mak aih ramainya orang, kena beratur mcm biasa utk daftar n kemudian amik darah. Time ni cik lady dah mula fobia nak amik darah sbb takut pengsan time amik darah tu..berdebar gilaaa padahal xpenah camni, mgkn sbb badan lemah sama kot.  Skali nurse panggil, citer kat dia kemarin 3 kali cucuk..so kali ni dia buat sekali ja, tp rasa sakit juga. After keluar dr bilik nurse tu, trus rasa nak pitam...relax2 kejap minta husband tolong picit2 n makan asam ko huhu

After tunggu lama jugak nak jumpa doc, bila dipanggil....tanpa memeriksa tekanan darah or check denyutan nadi or even pegang kita ka apa, doc cakap, "Awak ni kena demam virus sbb platlet darah awak naik..." Full stop. Cik lady tak puas hati tanya berapa bacaan saya doc? Doc tu explain "Semalam bacaan platlet darah awak 196, hari ni naik ke 202, soo awak bukan denggi tapi kena virus ni". Full stop. Pastu cik lady kata la awat rasa sangat tak larat all, dia tgk cik lady n cakap "Ohh biasa lah macam tu. So okay awak pasni xyah check darah dah." Haaaaaa gila ka apa doc ni, aku dah nak separa mam.... dah ni dia kata xda apa...hmmmmmm okay fine...

Pastu cik lady ingat nak minta sijil cuti sakit sbb hari tu mmg xpegi keja, doc tu tengok cik lady atas bawah pastu cik lady cakap "Doc semlm suruh minta dgn doc hari ini".... Dia pun sambil duk tulis sijil cuti sakit sambil mulut mengomel "Sebenarnya awak tak perlu pun mc hari ni, tapi kalau camni xpelah saya kasi awak mc utk hari ni je" sambil dia menenyeh mc tu.. okay fine, cik lady x larat nak lawan dia n diam je as long dia sign mc tu.

Keluar  dari bilik doc. Pegi kat husband. Rasa nak tumbang. Sambil duduk dulu amik angin sambil citer kat dia apa doc ckp. Panas hati gak. Tapi malas nak layan. Trus text kazen cik lady yg agen insurans cik lady. Dia bising ckp suh pi hospital swasta ptg tu jugak. N suh check darah lagi. Ya Allah, kalu cik lady ni org lurus bendul, hmmmm dukk lah kat rumah sampai.... kot. Huh. Ptg tu kitorg decide esok je ke klinik utk check darah. So cik lady hanya berehat di rumah, tp mmg badan lemah n sakit kepala ada lagi sikit2.

Hari Kelima (Selasa)
Kitorg ke klinik swasta berhampiran rumah utk check darah...rupa2nya klinik ni ada boleh check darah. Time jumpa doc, citer kat dia keadaan. Dia sendiri yg amik darah, senang jer n trus dpt. Waktu ni fobia cik lady masih ada, tp bila nampak darah keluar rasa mcm yeay! huhu... tunggu jap 10 minit pastu doc panggil balik, skali doc cakap "Awak ni kena demam denggi ni" haaaaaaaaa cik lady ckp plak "Entah la doc, doc semlm tu kata demam virus la apa la"... "No no, u denggi ni. Tak pe camni, esok pagi dtg lg check darah k...." huhuhuh waktu ni cuak jugak, ye la denggi kot.

Time ni cik lady xde demam2 dah, tp badan rasa ringan n melayang.. lemah tp boleh jalan. Sakit kepala mild. Loya ada lagi, muntah xde sbb duk tahan. Malam tu, pegi makan pun cik lady x masuk restoren sbb loya. Cuma makan dlm keta. N cik lady minta husband bawa jalan2 ke Kuala Lumpur, rasa otak tak berkembang duk rumah ja 2 3 hr tu. So dia bawak ke KL, suka cik lady n si dadam tgk lampu2 n bangunan tinggi2... Time ni, cik lady cuak gak, minta husband beli air jambu merah peel fresh sbb org ckp baguih utk denggi...tapi bila telan, pergghhh loya n nak muntah. Sabar je la. Malam tu cik lady hanya pikirkan nak balik kampung jer, sbb dah tak tahan duk rumah sorang2 (husband keja, anak ke school)...makan x sedap sbb beli kat luar tp paksa gak makan walau pahit. So duk teringat kat mama je time ni, kurang2 kat kampung mama leh tlg tgk n masak sedap2...huhuhuhu

Hari Keenam (Rabu)
Bangun pagi siap2 nak ke klinik tu balik. waktu ni cik lady dah perasan, mata putih cik lady jadi putih bersih gilaaaa...segala urat2 darah dah xde huhu...muka pun nampak kuning pucat mcm xde darah...

Di klinik, owner klinik tu adalah doc bertugas pagi tu.  So doc tu mcm sgt2 prihatin n faham keadaan kita. Cik lady pun citer semua yg cik lady alami. Dia faham. Dia juga yg amik darah. Rasanya dialah yg plg terrer n lembut amik darah, x sakit langsung....mmg hebat. Pastu cik lady tunggu di luar bilik. Selepas 10 minit dia panggil, time tu doc td mcm panik n gelabah sket. Dia duk tulis apa tah, n bila cik lady masuk dia tanya "Awak dah pegi klinik kesihatan ke?" cik lady cakap la ya doc, dah 2 kali..n citer la yg doc second tu ckp xyah check darah dah semua, tp sy dtg gak sini smlm sbb family suruh. Pastu dia ckp "Ehh no no, awak ni kena demam denggi.Confirmed!" haaaaaaaaa melopong cik lady, cik lady pun ckp la yg doc sblm ni kata bukan denggi...pastu dia tunjuk bacaan darah semua sambil duk explain..."Tengok ni, wbc mmg rendah, n platlet awak makin menurun hari ni. Bacaan normal ialah 300, awak sekarang dah 100 lebih jer... Xpe2 saya buat report ke kkm ya. Pastu esok awak kena pegi hospital check darah balik ya, sy takut nnt lg rendah bahaya..."

Alamak, cik lady ingat mcm dah okay jer, rupa2nya makin teruk huhu.. waktu ni mmg sgt cuak okay. Pastu cik lady ckp la kat doc yg cik lady nak balik kampung sbb ada mak boleh jaga cik lady, dia faham, n siap buat surat referral utk memudahkan cik lady berurusan di hospital di Kedah nnt... Siap dia pesan lagi skali "Awak KENA pegi hospital esok ya..KENA tau.." Okay doc.......

Keluar dr bilik doc, citer kat husband, trus balik rumah siap2  untuk balik kampung. Cik lady campak je baju apa semua. Siap2 kul 3 ptg kitorg gerak balik ke Kedah.

Jam 11 mlm baru kami sampai di kampung.. Rumah pulak abis berbau daging goreng sbb cik lady minta mama buat sup daging n daging goreng konon nak tambah darah. Sekali masuk rumah, mak aihhh loya nya tekak, xleh bau huhuhuuhu nak nangis rasa. Duduk kejap dalam bilik dulu, pastu dah lama baru leh makan. Time ni, gusi dah start rasa sakit bila mengunyah hmmmmm...

Tido malam pun x berapa selesa, rasa gatal2 n seakan2 mcm nyamuk duk gigit, padahal xde pun....


Hari Ketujuh (Khamis)
Hari ni dah pasrah, nak menyerah diri kat hospital swasta jer, kalau kena tahan pun tahan lah doc...saya dah tak tahan dah ni...badan lemah2 n rasa x larat sgt2..kekekeke bangun pagi, disebabkan bfast best sbb duk kampung kan, makan jugak la walaupun x berapa nak lalu... badan mmg lemah sebenarnya, berjalan pun rasa mcm ringan n melayang ja, dgn kepala rasa x betui, kdg2 masih sakit kepala.. haaa camtu lah rasanya. Nak mandi pun rasa seksa gila..tp paksa gak diri mandi n cuci rambut hari2...

Hari tu brg2 cik lady semua dah siap packing utk admit... senang kan. Sebelum keluar rumah cium adam rafael siap2 huhuhu sedih plak rasa tp dia happy ja duk umah dgn tok dia tu... Pagi tu, cik lady n husband ke PMC Kedah... waktu on the way ke hospital tu, lengan n kaki ci lady dah naik ruam2 warna merah.."Ni konpem denggi" detus hati kecilku...


Ruam-ruam merah mulai kelihatan di kaki dan lengan....



Sampai di PMC, trus ke ER, nurse tu tanya kenapa... Cik lady bagitau yg cik lady suspected demam denggi...cik lady perasan nurse tadi tgk mata cik lady n muka cik lady, pastu dia terus masuk ke bilik Dokter..after diorg panggil masuk, cik lady pun bagilah surat referral doc dr kl sblm ni. Doc situ trus je cakap, "Okay lah kita admit hari ni, awak nak docter mana?" haaa senang nya.... duk bincang2 semua skali baru dpt tau Insurans Pru-BSN cik lady tak cover PMC. Alamak, susah plak. Waktu tu cik lady dah siap duk atas wheelchair, nurse dah ready tunggu nak cucuk jarum utk masukkan air jer..kekekek... Bincang2 dgn husband, kitorg decide x jadi, kitorg pegi KMC lah kalu camtu... Keluar n trus ke KMC. 

Sampai di KMC Kedah, kali ni tunggu lama sket sbb dah nak time lunch, tp ada satu doc Cina tgh bertugas, dia pakar jantung. Tapi dia boleh je terima patient. So dia duk explain la pasal demam denggi ni. Rupa2nya ada 4 jenis demam denggi. Kalau kena, mmg hari pertama hingga 3 demam sakit kepala semua, tp mulai hari kelima n keenam demam dah xde, kita ingat kita dah sihat tp sebenarnya time tu lah platlet darah palingggg rendah...itu yg ada kes orang tu ingat dia dah okay, skali dah lemah sgt pi hospital trus kena admit sbb darah dah rendah dalam 50 jer... haaaaaa...cuak gak dengar... Disebabkan time tu platlet darah cik lady masih okay dlm 100 ke atas, tapi utk langkah berjaga2, diorg admitkan juga. Trus doc n pembantu call registration untuk katil semua. Hmmm okay pasrah... Ptg tu juga cik lady kena admitted di KMC Kedah..dan selama 4 hari 3 malam juga di hospital itu....



Akhirnya, kat sini jer dapat...nampak tak darah duk keluar balik tu?


Waktu memula diorg nak cucuk jarum utk masukkan drip, kesian jugak kat nurse tu nak cari urat cik lady kerana semua tempat dah abis kena cucuk utk amik darah, so dia xnak cucuk di tempat yg sama..ditambah dgn kesukaran nak mencari urat cik lady, dua kali juga nurse tu cucuk kiri kanan.. Akhirnya dapat juga cucuk di sebelah kiri utk drip air.


Pasrah...


Menetap di KMC mmg xde ubat khas utk denggi, hanya air, air dan air... Kemudian ada juga doc bagi panadol dan ubat gatal2 kerana cik lady dah start gatal2 seluruh badan, so end up nya cik lady asyik zzzz je lah. Malam pertama di hospital seksa juga, sbb tgh hari sblm tu cik lady makan nasi dgn sup ketam..malam tu cik lady x boleh tido, rasa gatal2 habis badan mashaAllah, rasanya ibarat 1,000 ekor nyamuk duk serang badan kita huhuhuhu..... slps pada tu x minum lg dah sup ketam hehe....

Oh sebelum tu, waktu malam pertama jugak, ada pegawai dari KKM dtg utk interview dan buat laporan pasal kes denggi ni . Banyak gak soalan dia tanya esp seminggu sebelum tu kita ke mana dll... Pastu dia cakap, "Sebenarnya awak bukan sakit kepala, tapi sakit di belakang mata yg seterusnya membawa ke sakit kepala. Itu mmg tanda2 denggi..." Ooooooooo baru tau kekekek. Tapi pegawai tu ckp, "Kebarangkalian awak kena denggi ialah nyamuk yang berada di DALAM rumah, bukan di luar rumah dll. Dan nyamuk aedes ni hidup dalam takungan air BERSIH, bukan air longkang..." haaaaaaaaaaaaa baru cheq tau kekekekek. Pegawai tu akan buat report ke KL dan kemudian nnt diorg akan buat fogging. 

Hari kedua n ketiga xbyk beza, cuma cik lady berehat je lah kat katil.. Hari kedua Doc dah bgtau yg cik lady mmg CONFIRMED kena DENGGI sbb diorg buat test khas utk uji virus denggi dlam darah..oooo okay Doc...

Tiap2 hari nurses akan dtg check n tgk drip kita okay ke tak.. Hari2 cik lady minta mama masakkan nasi dgn ikan bakar..itu je yg mampu telan sbb cik lady kena paksa diri utk makan utk pastikan platlet darah naik kembali....bayangkan, pagi2 diorg dtg amik darah utk check platlet kita, pastu pada waktu petang Doc akan datang lawatan pesakit dia cakap "Hari ni platlet awak turun lagi wooo".... Alamak, cuak gila... mmg doc cik lady tu cakap, pesakit denggi ni akan sampai satu tahap platlet darah paling rendah, pastu once dah naik balik insyaAllah okay..hmmmmm so kita kena tunggu yg paling rendah yer kawan2..sbb tu ramai yg duk pesan minum sup ketam lah, air daun betik lah, air jambu batu merah la, air rebusan pegaga lah..tahu tak, orang yg kena demam denggi ni time tu la mulut n tekak dia rasa loyaaa gila..apatah lg pada menda2 yg disebut tadi, rasa kembang tekak gila tatau kenapa...mmg dahsyat tul penangan nyamuk yg kecik ni ek..so kalau kita duk manja2 diri kita, buat takmau makan penawar tu semua,  pastu tamau makan pulak... tu yg bahaya...dah le platlet makin rendah, pastu awak tak mahu membantu diri awak sendiri...kalau bacaan platlet darah merah betui2 rendah mcm 16 or 20, awak tak takut mati ke?? tak pun timbulnya komplikasi lain mcm sakit pada hati, pada buah pinggang...itu yg bahayanya demam denggi ni...manusia mati sbb menda2 mcm tu lah..saja la nak share...jgn terasa hati yer..kekekeke

So cik lady kuatkan semangat, selalu ckp kat diri sendiri aku tamau mati or tamau sakit lain timbul.. Aku nak tgk anak aku membesar depan mata and hidup hingga ke hari tua, so aku kenaaaa la makan utk tambah darah sbb aku x lalu nak makan yg org duk petua2 tu semua (walaupun cik lady try la).... So itu je tips cik lady n cara cik lady la.. Cik lady byk consume nasi putih, ikan bakar, daging, ayam...utk tambah darah...

Oh ya, lg satu 100 plus pun sgt bagus..mmg peneman setia cik lady sepanjang masa....Sentiasa ada dan cik lady minum byk2...

Jambangan bunga dan buah daripada SAHOCA 97, thank you... i likee...


Hari Kesembilan (Sabtu)
Masuk hari ke sepuluh, Doc cakap " Bacaan platlet awak dah mulai naik... Skrg dah 130.. Kalau sekali lagi check darah bacaan tu naik, awak dah boleh discharged la ptg ni atau esok." Yeayyyyyyyyyyy waktu tu rasa mcm bestnyer, tapi hari Sabtu tu cik lady masih rasa lemah, x ready nak keluar. Cuma harap hari Ahad dapat keluar dah lah huhuhuhu....

Hari Kesepuluh (Ahad)
Pagi2 nurse dtg amik darah utk dicheck... dlm kul 10 camtu Doc datang n cakap, "Okay, hari ni bacaan platlet darah awak dah naik lagi. Now dah 170. Awak dah boleh discharged lah" dan beberapa lg perkara dia duk pesan pd cik lady. Cik lady minta mc sepanjang admitted, Doc kasi trus lagi seminggu hmmm okay jugak, sbb badan masih lemah kan.

Sedar tak sedar, 10 hari cik lady bertarung dgn demam denggi ni, 9 botol air dimasukkan ketika admitted... akhirnya cik lady dibenarkan pulang.... Pagi2 cik lady dah bersemangat mandi awal n bersiap.  Hari tu pulak  31 Ogos 2014 , Hari Kemerdekaan ke-57 negara... dapat le tgk kat tv1 diorg buat perarakan sederhana.  Baru jer cik lady plan nak bawa Adam ke sambutan merdeka di Kedah, sekali jadi mcm ni, xpelah..next year lah sayang yer...

Slps urusan pembayaran n bil semua selesai, cik lady pun melangkah keluar. Bayangkan, selama 4 hri 3 malam di KMC tu, cik lady hanya terbaring di katil, xpun pegi ke toilet aja. Tu jer. So sekali nak jalan ke lobi, ke kereta, badan ni mak aiii rasa ringan n melayang kekekek... Pastu siap minta husband bawak jalan2 sekitar bandar Alor Star nak luaskan pemandangan mata huhu.. Kitorg berhenti di Pekan Rabu sbb cik lady minta husband belikan khemah kelambu dan asam utk dimakan kekekeke hidup jadi fobia dengan nyamuk ooooooooo.... nampak jer nyamuk mcm org gila duk mengamuk nak tampar walaupun tu nyamuk kampung jer kekekekek.... kali ni kita jgn kasi chance okay?!


Time nak discharged baru perasan menda ni kat lobi, kat betui2 depan pintu masuk.. depa dah letak statistik denggi huhuhu


Minggu Kedua
Sepanjang minggu cik lady berehat saja di rumah di kampung. Husband pulang ke KL utk bekerja.  So mama lah yg jaga cik lady n adam. Mmg heaven makan minum tido jer kat rumah. Tapi bukan kita sengaja, sbb mmg badan masih lemah2.. Kadang2 rasa loya masih ada, pahit mulut masih ada.. Kalau cik lady keluar kejap pun, pas balik trus lemah, terbaringg aja. Mmg teruk lah kan...


Minggu Ketiga
Ni minggu lepas, cik lady dah start masuk ofis, memula rasa malasnya nak masuk ofis, tp keja kenalah buat so kena paksa diri lah.  So far cik lady perasan, dlm minggu ni badan masih lemah2 esp bahagian kaki...rasa mcm kaki tak kuat... badan pun sengal2.. walaupun duduk jer kat ofis, tp cik lady slalu duk ngomel kat roomate cik lady, "Sha, aku ni nampak jer okay, tapi kadang2 aku rasa lemahhhh sangat tau".... Sha slalu ckp biasalah kesan denggi mmg lama, sabar ek huhu...


Minggu Keempat (Minggu sekarang)
Alhamdulillah, im getting better....better dari last week, tp kdg2 masih lemah2 n sengal2 badan... Pastu badan macam jadi kering n gatal2... Kulit jadi kering n berkedut mcm org tua, pastu gatal sgt..nnt kita pun garu n luka lah kulit tu..itu lah rasanya skrg ni... hmmmm mcm2 kan kekekek...


Penutup
So itu jer lah yg cik lady nak share dgn korang.. Sorry la entry ni sgt2 panjang n details..Sampaikan my aunt yg i jumpa pun cakap bila dgr cik lady cerita mcm ni yg sgt2 details baru dia tau macam mana perasaannya kena demam denggi..yer lah slalu kita dgr je org tu kena demam denggi, org ni plak kena... tp tatau camne rasa, apa kesan all.... Dgn cik lady, cik lady cerita abis abisan sampai diorg pun mcm wahhhhhhhh camtu rasanya kekekekek

Kepada semua yg mgkn dah pernah kena, or tak pernah kena or tengah kena demam denggi...nasihat cik lady, bertabah lah yer.... kuatkan hati mu.. kuatkan semangat mu, jangan kerana seekor nyamuk yg kecil itu kita mengalah! Slps ini, eloklah jika dilakukan langkah pencegahan..semuanya bermula dari anda juga..eceeehhh...

Sekian, terima kasihhhhh

p/s : slps kejadian tu, cik lady sentiasa pastikan xde air bertakung, tutup pintu n tingkap ptg2, spray rumah dgn ridsect, pasang ubat nyamuk elektrik, beli tambah lagi kelambu khemah utk bilik mama n pastu kitorg mmg tido dlm kelambu je slps saat itu...insyaAllah....


- lady d

17 comments:

  1. Demam denggi ni mmg bahaya..teringat cite kawan kene denggi berdarah..mcm mati hidup semula..kene denggi kali kedua..ujian btl utknya..

    Memang skrg musim denggi lg..kene makesure kawasan umah sentiasa bersih..nyamuk pun besar2 gabak time maghrib..

    smga kita sntsa sihatla hdknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...kita akan jadi sangat lemah..hilang selera makan... Hati kena cekal dan kuat, kena paksa diri sendiri untuk makan apa saja supaya beri tenaga...dan cakap pada diri sendiri "aku tak nak matiiiii" huhuhu...baru sedar diri hehe...

      Delete
  2. GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..

    moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu, kita yang dewasa kena pun dah teruk...apatah lg kanak2... Cuma drpd explaination org KKM pd sy tempoh hari, nyamuk aedes yang berada dlm rumah kita sendiri adalah penyebab utama kita kena.. So indirectly dia nk ckp, kita kena berusaha mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah kita sendiri ya.. Terima kasih sudi membaca post yang panjang ini en daud..

      Delete
    2. Mak saya pun baru admit jari ni sbb denggi. Ya Allah, risau .. hanya Allah yg tahu. Platlet dia 80

      Delete
    3. Just make sure mak awak makan (protein - isi ikan, daging, ayam) dan juga minum air 100plus.. benda jadi komplikasi tu kalau diri kita tak nak makan all.. insyaAllah kalu dah dlm jagaan doctor tu okay.. bagi dia semangat k, belikan makanan yang dia suka.. cakap kat dia, mak kena paksa diri makan..kalau tak nnt pelbagai komplikasi lain akan timbul..kalu lebih kasar "kalau tak nak mati, better makan" huhu...sorry ya..tapi itu yg sy cakap pd diri sendiri time tu...

      Delete
  3. Akk saya pernah kena denggi sampai masuk icu..plalet tinggal 2 then die dh attack hati saya..waktu tu pasrah redha je kalau allah nk ambik nyawa..nk minum ke makan memang tk lalu semua rsa mcm air longkang..seksa betul akk 😭😭

    ReplyDelete
  4. Akk saya pernah kena denggi sampai masuk icu..plalet tinggal 2 then die dh attack hati saya..waktu tu pasrah redha je kalau allah nk ambik nyawa..nk minum ke makan memang tk lalu semua rsa mcm air longkang..seksa betul akk 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahsyat nya sampai platlet tinggal 2... now mcm mana keadaan adik? apa2 pun jaga diri ya..

      Delete
  5. Assalam, maaf sy nk tnye, lepas keluar dari wad ade x rase mcm pening2, blur2, pndgn pun x jelas sgt dan rase lmbt pick up je..sy pun kena demam denggi, dan sy baru keluar dari wad. Sy rase mcm pelik je, normal ke rase cmtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. ya memang kesan demam denggi ada rasa lemah2 badan.. mgkn ikut orang lah kot.. mcm saya, 2 bulan jugak rasa tak kuat badan..lemahh je.. pastu lama2 saya minum 100 plus, amik vitamin utk bagi kuat balik badan.. plg teruk is kulit tangan dan kaki kita jadi mengering dan mengelupas huhu..

      Delete
    2. sama la saya pun blur2 & tak dapat ingat apa yang cikgu ajar saya. saya risau sebab dah nak final exam.

      Delete
  6. cerita cik lady sama dgn sy.tp platlet sy 89 doc dh bg kluar hosp.. skrang ni platlet msih 100++ lg.. buat keje lbh skit lemah bdn.. kulit kedut2 je dan kebas2 tpk tgn dan kaki..tapi thn je lh.. doc ckp 4 hingga 6 minggu baru hilang tanda2 tu.. anak2 lh penguat semangat..

    ReplyDelete
  7. samalah.. sy bru je kene denggi.. 4 hari di wad. bile kuar wad bdn msh lemah. kaki berat, otak mcm slow. nk igt sesuatu pun slow

    ReplyDelete
  8. Salam kak. Kulit jd kering kenapa eh? Sbb kulit kaki n tangan saya mengelupas teruk. Saya kena denggi hari raya ritu. Discharged raya ke 8.

    ReplyDelete
  9. wow still manja..baru kena denggi..bacaan 15 je..masuk hospital kerajaan 2 hari..platlet tahap 39 terus discharge..bila baca, betapa penulis ni dimanja-manjakan..untung laa..beza simiskin dgn sikaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk air 2 botol je..selebihnya usaha sendiri..2 liter hingga 3 liter minum..tak boleh mengada sangat..walau dh usaha sdiri bersungguh2, virus msh merebak ke hati, dah 2 bulan, still lg kena ambik darah check hati.

      Delete

Popular Posts