Tuesday, February 12, 2013

Langkah Diet 1 : Kira BMI anda :)

Salam and hi alls,

Okay, today lets start the healthy diet.. First of all, we must know our own weight (latest weight okay) and your height...and ur age! ;)

Okay mine (at this date 13 feb 2013 huhuhu (-_-`) )

Weight : 71 kg
Height  : 1.67 m
Age      : 28 years old - going to 29 in 2 days time huhhu


Langkah 1a : Kira BMI

Kenapa kena kira BMI? Sbb BMI akan menentukan berat ideal anda... Jadi dengan mengetahui BMI anda, anda akan tahu samada berat sekarang sudah okay, atau terlalu kurus atau terlalu obes.. Pastu, barulah kita leh tetapkan sasaran BMI yang kita nak, faham x? heheh

Senang citer, selepas kira BMI kita, then kita akan dapat nombor skala BMI kita, n itu yang menentukan BMI kita ni dah dalam bentuk yang paling ideal atau tidak.... Amik contoh gambar di bawah ini.... Skala paling ideal ialah antara 18 - 23 . Jika kurang dari 18, maka anda adalah kategori kurus, manakala kalau lebih dari 23, maka anda dlm kategori terlebih berat badan... Tapi skala ni berbeza utk lelaki dan perempuan tau..





Okay, dah tgk gambar2 di atas kan? Jom tgk formula macam mana nak kira BMI ni..


Okay, besar kan? Nampak tak? Jadi jom kita buat kira2... amik kes study.. erm cik lady sendiri lah..

So, my berat is 71 kg, tingi 1.67 m

BMI cik lady = 71 kg / 1.67 x 1.67
                     = 71 kg / 2.7889
                     = 25.45

Haaaaaa amik kau... dah 25.5 la skala BMI cik lady... kalau dilihat pada skala BMI yang standard seperti di bawah... BMI cik lady adalah pada kategori "OVERWEIGHT" wow! tak pernah2 seumur hidup (kecuali waktu pregnant dulu lah) BMI cik lady naik sampai macam ni... huhuhu nanges (-_-`) Sorry kalau cik lady teremosional lebih, al-maklumlah, cik lady slalunya maintai jer berat ni hmmm... cik lady faham, ada lagi ramai di luar sana yang mengalami masalah overweight ni, bukan niat cik lady nak mempersenda kwn2 di luar sana, tp ni lebih kepada diri ci lady sendiri... 

Jadi menda ni mcm peringatan kepada diri sendiri lah... bila dah terlebih tu walaupun 0.5, cik lady rasa cik lady kena berusaha utk kembalikan skala ini kepada "NORMAL" weight atau ideal weight..

Tengok skala BMI di bawah ya :


Jadi, kawan2 dah kira BMI anda? Selepas dapat BMI, maka kita boleh tengok skala kita berada di mana.. dan dengan menggunakan jadual di atas, maka kita boleh tetapkan sasaran BMI mana yang kita nak capai, n dari situ, kita boleh tahu berapa kg yang kita nak kena buangkan ini...

Contoh kes 2 : Maryam mempunyai berat terkini 120 kg, tinggi 1.5 m

BMI Maryam = 120 kg / 1.5 m x 1.5 m
                      = 120 kg / 2.25
                      =53.33

Berdasarkan jadual skala BMI, maka Maryam boleh dikategorikan Obese Class 2.. Jadi kawan2, dah faham kiraan BMI ni?



Langkah 1b : Kira Target Berat (kg) Yang Diinginkan

Sekarang, jom kita tetapkan sasaran BMI yang kita nak capai dan kemudian menggunakan formula utk cari berapa kg yang harus dibuang (dikerjakan haha)


Okay, jom kira target berat badan yang kita perlu buang kan.. so target BMI cik lady ialah 18.5 (boleh ker) amik jer contoh k...maka berat yang cik lady akan dapat berdasarkan ideal BMI ialah

Berat target (kg) = 18.5 x (1.67 x 1.67)
                          = 18.5 x (2.7889)
                          = 51.59 kg

Dalam kes study Maryam, berat yang beliau akan dapat sekiranya beliau target ideal BMI 24 ialah

Berat target (kg) = 24 x (1.5 x 1.5)
                          = 24 x 2.25
                          = 54 kg


Langkah 1c : Kira Lemak (kg) Yang Perlu Dibuang

Maka lemak2 yang perlu dibuang ialah sebanyak 71 kg - 51.59 kg = 19.41 kg ! Wow, almost 20 kg! Perghh biar betul cik lady... nak capai sampai 51.59 kg? hahahah x mungkin kot, sbb cik lady plg kurus dulu pun time sebelum kahwin dalam 53 kg jer hmmmm tgk la mcm mana, kalau cik lady dapat capai 53 kg pon okay jer.. sbb kalau 53 kg berada dlm skala BMI 19 , okay le tu... 

Jadi, kalau cik lady target nak capai 53 kg, maka cik lady perlu buang (71-53) = 18 kg

Dalam kes Maryam, lemak yang perlu dibuang oleh beliau ialah sebanyak (120 kg - 54 kg) = 66 kg

66 kg? Nampak macam mustahil kan? Tapi percayalah, perkara ini boleh dibuat dan dicapai... cik lady suka amik contoh susu sejat, korang pegi lah melawat blog beliau dan baru korang akan faham...

Okay, orang akan bising, nape cik lady guna formula n pening2 nak kira berat target ikut BMI ideal? Sedangkan cik lady boleh jer terus tetapkan sasaran (cth 54 kg) pastu tolak lah dengan berat sekarang (71 kg) kan senang tu? Hmmm bukan pe, dengan menggunakan BMI Ideal, maka target yg kita sasarkana tu xdelah nnt nyer, masih dlm lingkungan overwight atau menjadi terlalu underweight.. faham x? heheh


Langkah 1d : Tetapkan Sasaran 1 minggu 1 kg Dikurangkan

Baiklah, ni last utk TIPS SIRI 1 DIET... selepas dah tau berapa kg perlu dikurangkan, maka cik lady dan kawan2 sekalian haruslah membahagikan sasaran tersebut mengikut minggu iaitu 1 minggu kurangkan 1 kg.. so dalam kes cik lady, cik lady perlu mengambil masa 18 minggu untuk mendapatkan berat idaman itu.. Kenapa 1 minggu 1 kg jer? kenapa x lebih? Well menurut Kevin Zahri, beliau menetapkan seminggu 1 kg kerana badan kita tak elok dikerjakan teruk2 di samping tak mahu seseorang itu kecewa kalau tetapkan seminggu 2-3 kg perlu kurang... Menurut susu sejat pulak, lebih elok perlahan-lahan dari terus kurang 2-3 kg seminggu kerana beliau berpegang pada prinsip "Biar lambat asal selamat dan sihat!" Hmmm betul kan? 

Jadi, cik lady ada masa selama 18 minggu atau lebih kurang 4.5 bulan untuk kurangkan berat badan sebanyak 18 kg... yeay! Bersemangat nih... Of coz, menda ni perkara pertama kena buat, pasni ada lagi byk tips yang kita kena follow dan disiplin buat okay? So, who is with me for this health diet?? Jommm... cik lady berminat nak buat group wassap untuk program ni, kita berkenal2 secara maya boleh? Just add me at 012-3470674, nnt cik lady addkan anda dlm group tu okay! Hope to see u guys there! ;)

-lady d


No comments:

Post a Comment

Popular Posts