Thursday, February 21, 2013

Langkah Diet 3 : Mengurus DCR

Salam and hi semua!

Apa khabar hari ni? Semalam kita dah belajar bagaimana nak kita BMR dan kemudian DCR.. Jadi untuk langkah seterusnya, kita kena uruskan DCR kita itu sehari-hari kerna kita xmo lah terlebih makan pulak kan heheh..

Tapi sebelum tu, kita kena tetapkan samada kita nak kuruskan badan atau besarkan badan lagi.. Maka dlm hal ni sudah tentu cik lady nak kuruskan badan.. Kita lihat kembali angka DCR cik lady iaitu :
2064 kcal per day + 1-3 activities per week

Dalam hal ni, cik lady xleh lah nk consume 2064 kcal every day, nnt berat tu x ke mana huhu so cik lady haruslah mengurangkan pengambilan makanan sebanyak 500 kcal per day, menjadikan pengambilan cik lady kepada 1564 kcal per day saja (2064-500) ada faham x? Huhu dan activity cik lady harus ditingkatkan kepada 3-5 times per week.. Haaa yang ni bermaksud cik lady perlu melakukan aktiviti senaman dan bersukan ya, bukan aktiviti tido huhu... Bersemangat nih!

Jadi utk pengambilan DCR sebanyak 1,564 kcal per day tu pulak, utk langkah ke-3 ini, kita kena uruskan dengan membahaginya kepada 5 bahagian. Kenapa 5 eh? Sbb dlm usaha nk turunkan berat badan, kita perlu makan juga bukanlah berdiet trus.. Dan mkn sebyk 5 kali sehari bagus utk tingkatkan metabolisme bdn utk membakar lemak2.. Dan seterusnya membuatkan kita berasa kenyang sepanjang hari.. Jadi yang 5 bahagian tu terdiri daripada breakfast + morning tea break + lunch + afternoon tea break + dinner. Cukuplah..kalau kekadang kita rasa kenyang lg waktu prtang sbb br pas lunch, maka kita bawa tea break ptg tu ke sebelah malam iaitu supper (tp cik lady jarang dah supper lately ni)..

Okay, jadi mengikut perkiraan senang 1,564 / 5 = 312.8 kcal per meal.. Ini bermaksud utk breakfast kena amik 312.8 kcal je, tea break pon sama, lunch n dinner pon sama.. faham x? Tapi cik lady mempunyai pandangan sedikit berbeda.. For me, bfast, lunch n dinner perlu sedikit berat, manakala tea break cukup sekadar ringan2 jer..

Jadi kat sini cik lady tetapkan 200 kcal utk tea break pagi dan petang (2 x).. Jadi 1,564 - (200 x 2) = 1,164 kcal. Baki ini baru cik lady bahagi kepada 3 iaitu 1,164/3 = 388 kcal per meal utk breakfast, lunch dan dinner.. Haaaa nampak lah real sikit.. Sbb bukan apa, time tea break tu cukuplah sekadar makan biskut oat plus air kotak yang rendah kalori, dah kenyang pon..

Okay kawan-kawan, cepat buat kiraan DCR hehehe, dah dapat? Utk langkah seterusnya iaitu mengenali jenis makanan pula, cik lady akan tulis dlm post seterusnya k...

Tapi, utk langkah 3 ini, cik lady teruskan dgn second part iaitu activity.. Haa tadi kan cik lady punya activity 1-3 times per week.. Maka, dlm usaha nk selim melim, cik lady kena tingkatkan aktiviti dr 1-3 kepada 3-5 kali seminggu.. Aktiviti ni haruslah aktiviti senaman atau bersukan atau aktivit berat selama plg kurang 30 min n paling lama 2 jam..huhuhuhu mana nak ku cari masa itu?

Utk permulaan, cik lady mulakan dengan aktiviti mengemas rumah selama 1-2 jam, 1-3 kali seminggu.. Cik lady jenis yg x leh tgk rumah berhabuk, bersepah dll so kekdg after balik keja, bila mana cik lady rasa ada tenaga sket, mulalah cik lady start dgn sapu sampah satu rumah, lap meja kabinet, pastu mop satu rumah.. Kemudian, cuci dapur.. N lipat baju.. Kalau rajin lagi, cuci tandas.. Mmg yg ni cik lady sentiasa buat setiap hari sabtu pagi (wajib) pastu hari selasa n khamis..

Tapi masih x cukup, so cik lady mulakan senaman ringan iaitu aktiviti berjogging dgn kawan baik cik lady kat ofis.. Kami dlm usaha utk sama2 nk turunkan berat badan..tp memandangkan masing2 sgt sibuk n xde masa utk berjogging sbb ada anak kecil, maka kami berbincang dan bersetuju utk curi masa sekurang-kurangnya 30 min sehari, 3 kali seminggu iaitu pd hari senin, rabu n jumaat.. Haaaa jadi ke x? Haruslah menjadi utk permulaan (baru 1 session hihi) tapi ingin cik lady nyatakan yg kami berbangga dpt curi masa tu n berjogging selama 30 min.. Mmg keluar abis peluh2 betina hahaha rasa best sgt! Kawan cik lady tu pulak putih melepak org nyer, merah je muka dia bila darah mengalir kan.. Nmpak sihat jer eceeeh :) btw, mmg rasa best n nk buat lagi, so hari ni lah janji kami seterusnya, insyaAllah harap menjadi.. Dlm sesi jogging tu kami selitkan juga dgn aktiviti lompat bintang.. Pasni nk tambah dgn sit up, pumping dan squat jump (mcm kursus dulu huhuhu) yang ni cik lady baca kat blog org, buat yg ni pon da cukup bagus..

So jom kawan-kawan, ayuh bangkit dari kerusi empuk anda.. Ambillah sedikit effort utk mula menjaga DCR anda dan mulakan aktiviti senaman, kita pasti bolehhh!

Sebelum mengakhiri post kali ni, kawan baik cik lady tu ckp, kalau kita makan sekeping roti canai kosong, kalorinya ialah 300.. Utk menghilangkan 300 kcal tu, kita kena berlari keliling padang bola sebanyak 7 kali! Fuhhh renung-renungkan dan pikir-pikirkan huhu insyaAllah pasni cik lady akan cuba kumpulkan jenis2 makanan beserta kalorinya utk rujukan kita okay ;)

-lady d


- lady d

Wednesday, February 20, 2013

Langkah Diet 2 : Kenali Kalori dan Kira DCR

Salam and hi semua,

Apa khabar hari ini? Cik lady sihat saja.. n rasa makin bertambah sihat (secara baik) sejak akhir-akhir ni.. Kalau ikut kiraan, sudah sebulan cik lady mengurangkan pengambilan nasi... nak kata tak sentuh langsung nasi tu, ada juga sentuh pada masa-masa tertentu... Tapi kuantitinya adalah sedikit sangat.. dan cik lady rasa best sbb dapat elakkan makan nasi terlalu banyak.. Cuma dalam peringkat awal diet ni, banyak lagi ilmu yang cik lady rasa perlu untuk cik lady cari gali dan pelajari dan share bersama kawan-kawan kat sini..





Okay, hari tu kita dah kira BMI kita sendiri kan? dan sudah tahu sasaran berapa KG yang perlu dibuang serta tempoh masa sasaran berat badan ideal kita.. (1kg=1 minggu)...





Bagi cik lady, pada tarikh 12 Februari 2012, berat cik lady adalah 71 kg.. sasaran cik lady ialah mengurangkan berat sebanyak 18 kg.. bermakna cik lady ada 18 minggu (atau lebih kurang 4.5 bulan) untuk mencapai berat ideal 53 kg! perggh nampak mcm tak mampu, tapi percaya dan yakinlah bahawa kita mampu melakukannya...InsyaAllah...





Jadi, setelah mengetahui semua data2 asas tentang diri kita sekarang, adalah elok kalau kita buat sedikit catatan (guna grafik powerpoint pun cun!) dan print dan letakkan di sudut yang kita boleh nampak hari2, dalam usaha nak capai sasaran kita itu.. huhuhu...





Okay, so..after the first step.. kita kena go to second step, iaitu mengenali kalori.. Kenapa perlu belajar ini? Sebab, tubuh badan kita akan 'membesar' atau 'mengecil' bergantung kepada nilai kalori yang kita ambil...






Langkah 2a : Kenali Kalori
Siapa kalori ni? Apa dia buat untuk tubuh badan kita? Jeng jeng jeng ;P
Kalori = satu unit tenaga dalam makanan yang terhasil dengan kewujudan 3 macronutrient iaitu karbohidat, protein dan lemak.
Unit kiraan kalori ialah "kcal" (pernah dengar kan?)
Jadi,
1 gram karbohirat = 4 kcal
1 gram protein      = 4 kcal
1 gram lemak       = 9 kcal

Sebagai contoh, makanan A  ni mempunyai 17 gram karbohidrat, 3 gram protein dan 4 gram lemak... Maka perkiraan untuk nilai kalori makanan A tersebut ialah :





Kalori A = (17 x 4) + (3 x 4) + (4 x 9)


              = 68 + 12 + 36


              = 116 kcal





Haaa, dah faham macam mana nak kira? Tips paling senang nak ingat komposisi kalori mengikut macronutrient ni alah 4:4:9 senang citer, karbo dan protein tu kembar (4 kcal) dan lemak of coz paling gemuk (9kcal).. senang kan?





Nape kena kire kalori ni? Macam mana nak tahu nilai karbo lah, protein lah dalam makanan kita? Well, kalau anda perasan, setiap hari kita beli barang makanan kat kedai.. kat bungkusan tu tentu ada dinyatakan "Nutrition Facts" yang menunjukkan ramuan serta berapa gram atau peratus ramuan tu dalam makanan yang kita beli tu kan? Contoh dalam gambar di bawah ni...











Jadi, awat kita kena kira kalori ni? Sebabnya, tubuh badan kita akan 'memBESAR' atau 'mengKECIL' dengan nilai kalori ini... tak faham lagi? Hmmm macam ni, tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk bergerak, untuk buat kerja, untuk mandi, untuk kemas rumah dan lain-lain lagi... Macam mana kita dapatkan tenaga tu? Melalui makanan yang kita jamah lah... dan macam mana kita nak tau, kalau kita makan makanan tu, kita akan makin membesar atau mengecil? Dengan adanya had-had tubuh badan kita boleh memproses tenaga tu.. Setiap individu mempunyai nilai memproses tenaga ni berbeza-beza.. ada yang boleh proses cepat dan ada yang lambat.. metabolisma badan lah tu.. 




Langkah 2b : Kira BMR dan DCR


Jadi, kita kena tahu had badan kita ni dengan menggunakan formula di bawah sebab setiap orang mempunyai had kalori harian atau Daily Calorie Requirement (DCR) yang berbeza bergantung kepada umur, tinggi, berat dan jantina seseorang. Tetapi, sebelum kita boleh kira DCR, kita kena kira BMR dulu iaitu (Basal Metabolic Rate ) atau dalam bahasa ringkasnya... ialah jumlah kalori paling ASAS yang seseorang perlukan bergantung kepada berat, tinggi dan umur untuk memastikan kita terus HIDUP jika kita makan paling minima tanpa apa-apa aktiviti dilakukan... haaa kira, kalau mcm kita ni pemalas sangatt, nak tidoo jer, so kita punya BMR nilah yang akan memastikan badan kita duk hidup lagi hahahahah (tah hape hape cik lady ni).. tapi lebih kurang mcm tu lah.. ;P
Formula untuk kira BMR lelaki ialah :
BMR Lelaki        = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) - (6.8 x UMUR)
BMR Perempuan = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) - (4.7 x UMUR)

Hampa semua mesti tanya cik lady awat formula ni pelik dan berbeza untuk lelaki dan perempuan? Sebabnya formula ni adalah mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Harris-Benedict... so mmg kajian ni depa dah buat dan dapat formula ini yang digunapakai oleh semua pakar-pakar nutrition di seluruh dunia... cik lady pun x reti nak explain so ikut jer lah k..





Selepas kita dah kira dapat BMR kita, kita kena kira pulak DCR iaitu kita amik BMR tersebut dan darab dengan faktor 'aktiviti' pulak... Ishh napa pulak nak darab ngan aktiviti? Sebabnya, badan kita tadi baru dapat nilai minima kalori yang perlu kita ambil untuk kekal hidup tanpa sebarang aktiviti, kalau kita nak bangun dari tidur, nak mandi, nak gosok gigi, nak pi kerja, nak bawak keta, nak memasak, yang tu semuaaaa perlukan tenaga.. jadi nilai tadi takkan cukup untuk kita buat semua kerja ini.. Jadi kita kena darabkan BMR tadi dengan aktiviti bergantung kepada berapa kerap kita buat aktiviti2 senaman/bersukan (sbb senang nak tahu kita ni aktif ke tak) contoh di bawah :




1. Sedentary (little or no exercise at all)                  = BMR x 1.2
2. Lightly active (sports 1-3 times per week)          = BMR x 1.375
3. Moderately active (sports 3-5 times per week)  = BMR x 1.55
4. Very active (sports 6-7 times per week)            = BMR x 1.725
5. Extra active (sports 14 times per week)             = BMR x 1.9
Haaa, faham x? so jom kita kira BMR kemudian kita akan dapat nilai DCR kita.. jom jom...
Cik lady punya k,
BMR cik lady  = 655 + (9.6 x 71kg) + (1.8 x 167cm) - (4.7 x 29)
                       = 655 + 681.6 + 300.6 - 136.3
                       = 1,637.2 - 136.3
                       = 1,500.9
DCR cik lady = BMR x 1.375 (sebab baru berjinak-jinak nak exercise balik seminggu 3 kali huhu)
                      = 1,500.9 x 1.375
                      = 2,063.7375
                      = 2,063.74 kcal per day

Jadi, ini bermakna, dengan berat dan aktiviti sebegini, cik lady perlukan 2,064 kcal setiap hari untuk hidup, untuk buat kerja, dan untuk KEKAL dengan berat sebegini huhuhu...





Sekiranya cik lady nak kuruskan badan dengan membuang lemak-lemak (sebab kalau kita jaga mkn, dan kurangkan DCR kita, maka badan akan mula mencari tenaga dari sumber lain utk mencapai nilai DCR kita.. iaitu badan akan mula mencari lemak-lemak di badan kita untuk dibakar dan ditukar kepada tenaga yang diperlukan), maka cik lady ada 3 pilihan iaitu:


1. Jaga makan dengan memakan kurang dari 2,064 kcal per day; atau
2. Buat aktiviti senaman dengan lebih banyak iaitu melebihi 3 kali seminggu; atau
3. Buat dua-dua iaitu jaga makan dengan memakan kurang dari 2,064 kcal per day dan buat aktiviti senaman 1-3 kali seminggu!
Pergghhhh dah faham, dah faham... huhuhu... wahhh seronoknya cik lady bila dah dapat my angka iaitu

2,064 kcal per day    +   1-3 times activities per week





Bestnyer! So, korang dah leh start mengira BMR dan DCR masing-masing kemudian, pasni kita akan belajar pulak macam mana nak makan kurang atau tak pun maksimum pada nilai DCR anda dengan melihat dan mengira nilai kalori makanan yang kita makan okay?





Cik lady rasa, enuf for today's class heheheh... Jom kita buat carta diri kita dengan adanya data-data ni dan tampal pada dinding untuk menguatkan semangat kita dalam menguruskan diri kita dengan cara yang sihat dan selamat huhu... Selamat mencuba!





luv,





-lady d 






Tuesday, February 12, 2013

Langkah Diet 1 : Kira BMI anda :)

Salam and hi alls,

Okay, today lets start the healthy diet.. First of all, we must know our own weight (latest weight okay) and your height...and ur age! ;)

Okay mine (at this date 13 feb 2013 huhuhu (-_-`) )

Weight : 71 kg
Height  : 1.67 m
Age      : 28 years old - going to 29 in 2 days time huhhu


Langkah 1a : Kira BMI

Kenapa kena kira BMI? Sbb BMI akan menentukan berat ideal anda... Jadi dengan mengetahui BMI anda, anda akan tahu samada berat sekarang sudah okay, atau terlalu kurus atau terlalu obes.. Pastu, barulah kita leh tetapkan sasaran BMI yang kita nak, faham x? heheh

Senang citer, selepas kira BMI kita, then kita akan dapat nombor skala BMI kita, n itu yang menentukan BMI kita ni dah dalam bentuk yang paling ideal atau tidak.... Amik contoh gambar di bawah ini.... Skala paling ideal ialah antara 18 - 23 . Jika kurang dari 18, maka anda adalah kategori kurus, manakala kalau lebih dari 23, maka anda dlm kategori terlebih berat badan... Tapi skala ni berbeza utk lelaki dan perempuan tau..





Okay, dah tgk gambar2 di atas kan? Jom tgk formula macam mana nak kira BMI ni..


Okay, besar kan? Nampak tak? Jadi jom kita buat kira2... amik kes study.. erm cik lady sendiri lah..

So, my berat is 71 kg, tingi 1.67 m

BMI cik lady = 71 kg / 1.67 x 1.67
                     = 71 kg / 2.7889
                     = 25.45

Haaaaaa amik kau... dah 25.5 la skala BMI cik lady... kalau dilihat pada skala BMI yang standard seperti di bawah... BMI cik lady adalah pada kategori "OVERWEIGHT" wow! tak pernah2 seumur hidup (kecuali waktu pregnant dulu lah) BMI cik lady naik sampai macam ni... huhuhu nanges (-_-`) Sorry kalau cik lady teremosional lebih, al-maklumlah, cik lady slalunya maintai jer berat ni hmmm... cik lady faham, ada lagi ramai di luar sana yang mengalami masalah overweight ni, bukan niat cik lady nak mempersenda kwn2 di luar sana, tp ni lebih kepada diri ci lady sendiri... 

Jadi menda ni mcm peringatan kepada diri sendiri lah... bila dah terlebih tu walaupun 0.5, cik lady rasa cik lady kena berusaha utk kembalikan skala ini kepada "NORMAL" weight atau ideal weight..

Tengok skala BMI di bawah ya :


Jadi, kawan2 dah kira BMI anda? Selepas dapat BMI, maka kita boleh tengok skala kita berada di mana.. dan dengan menggunakan jadual di atas, maka kita boleh tetapkan sasaran BMI mana yang kita nak capai, n dari situ, kita boleh tahu berapa kg yang kita nak kena buangkan ini...

Contoh kes 2 : Maryam mempunyai berat terkini 120 kg, tinggi 1.5 m

BMI Maryam = 120 kg / 1.5 m x 1.5 m
                      = 120 kg / 2.25
                      =53.33

Berdasarkan jadual skala BMI, maka Maryam boleh dikategorikan Obese Class 2.. Jadi kawan2, dah faham kiraan BMI ni?



Langkah 1b : Kira Target Berat (kg) Yang Diinginkan

Sekarang, jom kita tetapkan sasaran BMI yang kita nak capai dan kemudian menggunakan formula utk cari berapa kg yang harus dibuang (dikerjakan haha)


Okay, jom kira target berat badan yang kita perlu buang kan.. so target BMI cik lady ialah 18.5 (boleh ker) amik jer contoh k...maka berat yang cik lady akan dapat berdasarkan ideal BMI ialah

Berat target (kg) = 18.5 x (1.67 x 1.67)
                          = 18.5 x (2.7889)
                          = 51.59 kg

Dalam kes study Maryam, berat yang beliau akan dapat sekiranya beliau target ideal BMI 24 ialah

Berat target (kg) = 24 x (1.5 x 1.5)
                          = 24 x 2.25
                          = 54 kg


Langkah 1c : Kira Lemak (kg) Yang Perlu Dibuang

Maka lemak2 yang perlu dibuang ialah sebanyak 71 kg - 51.59 kg = 19.41 kg ! Wow, almost 20 kg! Perghh biar betul cik lady... nak capai sampai 51.59 kg? hahahah x mungkin kot, sbb cik lady plg kurus dulu pun time sebelum kahwin dalam 53 kg jer hmmmm tgk la mcm mana, kalau cik lady dapat capai 53 kg pon okay jer.. sbb kalau 53 kg berada dlm skala BMI 19 , okay le tu... 

Jadi, kalau cik lady target nak capai 53 kg, maka cik lady perlu buang (71-53) = 18 kg

Dalam kes Maryam, lemak yang perlu dibuang oleh beliau ialah sebanyak (120 kg - 54 kg) = 66 kg

66 kg? Nampak macam mustahil kan? Tapi percayalah, perkara ini boleh dibuat dan dicapai... cik lady suka amik contoh susu sejat, korang pegi lah melawat blog beliau dan baru korang akan faham...

Okay, orang akan bising, nape cik lady guna formula n pening2 nak kira berat target ikut BMI ideal? Sedangkan cik lady boleh jer terus tetapkan sasaran (cth 54 kg) pastu tolak lah dengan berat sekarang (71 kg) kan senang tu? Hmmm bukan pe, dengan menggunakan BMI Ideal, maka target yg kita sasarkana tu xdelah nnt nyer, masih dlm lingkungan overwight atau menjadi terlalu underweight.. faham x? heheh


Langkah 1d : Tetapkan Sasaran 1 minggu 1 kg Dikurangkan

Baiklah, ni last utk TIPS SIRI 1 DIET... selepas dah tau berapa kg perlu dikurangkan, maka cik lady dan kawan2 sekalian haruslah membahagikan sasaran tersebut mengikut minggu iaitu 1 minggu kurangkan 1 kg.. so dalam kes cik lady, cik lady perlu mengambil masa 18 minggu untuk mendapatkan berat idaman itu.. Kenapa 1 minggu 1 kg jer? kenapa x lebih? Well menurut Kevin Zahri, beliau menetapkan seminggu 1 kg kerana badan kita tak elok dikerjakan teruk2 di samping tak mahu seseorang itu kecewa kalau tetapkan seminggu 2-3 kg perlu kurang... Menurut susu sejat pulak, lebih elok perlahan-lahan dari terus kurang 2-3 kg seminggu kerana beliau berpegang pada prinsip "Biar lambat asal selamat dan sihat!" Hmmm betul kan? 

Jadi, cik lady ada masa selama 18 minggu atau lebih kurang 4.5 bulan untuk kurangkan berat badan sebanyak 18 kg... yeay! Bersemangat nih... Of coz, menda ni perkara pertama kena buat, pasni ada lagi byk tips yang kita kena follow dan disiplin buat okay? So, who is with me for this health diet?? Jommm... cik lady berminat nak buat group wassap untuk program ni, kita berkenal2 secara maya boleh? Just add me at 012-3470674, nnt cik lady addkan anda dlm group tu okay! Hope to see u guys there! ;)

-lady d


Diet ?

Hi alls,

How are u today? Hope it is not to late for me to wish Happy Chinese New Year to those who celebrate it! Okay, so hari ni cik lady nak tulis berkenaan diet.. Diet? Kenapa diet? Seperti semua sedia maklum, cik lady skrg dah on diet-tanpa-nasi.. almost 3 weeks.. berkesan kah? Frankly speaking, ada kesan jugak pada cik lady contohnya, badan rasa makin ringan dan nmpak la makin mengecil kat certain2 part... Cuma cik lady kurang bersenam, so thats why rasanya diet ni masih tidak membawa kesan yang benar2 ketara..

But then cik lady terpikir, sampai bila tak nak mkn nasi kan? N bila x mkn nasi, ganti pula dgn makanan2 lain selain nasi.. ada yg bersup dan ada yang bergoreng (kekadang mulut sgt lah nk mkn bergoreng)... Jadi end up cik lady rasa, x sesuai diet begini diteruskan.. melainkan cik lady mengamalkan diet yang sihat.. Jadi cik lady banyak lah menggoogle sana sini.. dan terjumpa laman web Kevin Zahri yang sememangnya terkenal dengan amalan diet secara sihat... Selain itu, cik lady juga terjumpa blog Susu Sejat iaitu seorang pemuda yang pernah mengalami obesiti pada satu masa, dan kini, telah kurus dan mempunyai susuk badan yang wow! (dedua blog ni da penah jumpa dulu, tp sgt lah tak amik tahu info2 baik didalamnya - mgkn sbb time dulu slim lagi kut ahahaha slim? ) hahahha okok enuf on that.. yang cik lady suka dengan kedua2 blog ni sbb ada byk tips menarik utk diet.. tapi yg kevin of coz berbayar n yang susu sejat tu mcm free jugak lah info nya... So people, lets live healthy, stay healthy n eat healthily okay? 

I will share with u the info on how to start a diet tips-by-tips yang diambil dari beberapa blog yang berkaitan :)


-lady d

Tuesday, February 5, 2013

How to start on diet-without-rice ?

Salam and hi alls,

I have another blog actually, its about cooking and sharing my simple recipes.. Recently, i went on diet-without rice..and still on that.. So, just to share a few tips on how to start a diet-without rice, u can visit my other blog at this link ---- > How to start a diet-tanpa-nasi ?

*If you are from outside Malaysia, please do translate my writings to your language, happy reading :)


-lady d

Berhenti di kamu

Berhenti di Kamu by Anji

Tiap aku mendengar suara kamu
Rasanya mau bilang iya...
Maafkan kamu...terima kamu kembali...

Aku tahu kamu sangat menyesal
Aku pun juga tak sempurna
Cerita kita... tiada yang bisa gantikan..

Namun ada satu yang terjadi..
Hatiku cinta kamu tapi tak bisa mau kembali lagi..
Ulang semua...

Aku tak mahu lukai kamu..
Tubuhku butuh kamu tapi tak bisa rasa seperti dulu...
Rusak sudah aku...

Kalau ku ingat ingat lagi sayang
Hatiku berhenti di kamu..
Cerita kita...
Tiada yang bisa gantikan...

Namun ada satu yang terjadi.
Hatiku cinta kamu tapi tak bisa mau kembali lagi..
Ulang semua...

Aku tak mahu lukai kamu
Tubuhku butuh kamu tapi tak bisa rasa seperti dulu
Rusak sudah aku...

Aku yang dulu...
Rusak sudah aku.....


Listen to the song here ;) Berhenti di Kamu by Anji

Popular Posts