Cik lady sebenarnya dah lama nak berkongsi tips membeli produk SKII dengan orang ramai, sebabnya Cik Lady dulu pun mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk SKII ni waktu mula-mula cik lady nak beli.. Malah setelah bertahun pakai pun (waktu mula-mula consume miracle water je)...masih tak dapat nak cari maklumat or dengan bahasa mudah nak tengok testimoni or pengalaman bloggers yang membeli produk ini.. ternyata kurang maklumat yang dapat diperoleh...
Tahun lepas (2014) cik lady mula nak beli the whole set dan ternyata agak hampa sebab tak dapat nak cari maklumat yang diperlukan... Kat website SKII memang ada tapi ianya bahasa yang sungguh klinikal lah kan kekekek tapi at last cik lady dapat juga beli the whole set dengan bantuan Sales Assistant (SA) SKII yang bertauliah yang sungguh baik dan peramah (penting jugak ni).. Alhamdulillah, dari situ Cik lady berazam nak share apa-apa jua maklumat dan pengalaman sendiri tentang Produk SKII ini...
Hari ni Cik Lady nak share dengan korang tentang tips-tips sekiranya korang berniat untuk membeli produk SKII di Malaysia ya :) Jom kita baca...its gonna be a long write up, harap uolls tak boring membaca ya ;)
1. Sila Beli Sendiri SKII di Outlet SKII di dalam Malaysia
Untuk yang pertama kali nak cuba produk SKII ni, Cik Lady sarankan agar korang membeli sendiri produk SKII pertama korang di outlet-outlet sah SKII yang terdapat di seluruh Malaysia... Haaaaa kenapa Cik Lady cakap begitu? Well as uolls pun tahu sekarang ni kan zaman internet terpantas di dunia so orang ramai mula membeli barang-barang di hujung jari termasuk produk kecantikan.. Sorry la Cik Lady ni agak skeptikal sikit kalau nak beli produk kecantikan secara online, bukan apa it is better kalau korang pegi sendiri kat outlet produk tersebut dan consult dengan SA supaya produk tu benar-benar genuine (asli dan original) dan tidak mendatangkan kesan buruk di kemudian hari...
Lagi satu, ada jugak antara korang yang selalu travel or kawan-kawan travel or sedara mara berada di luar negara, korang lebih intent untuk kirim pada diorg untuk beli produk-produk dari luar negara kan? Termasuk lah SKII kan? Kan? Well my dear readers, to my experience..(not mine actually, my friend)..kitorg dah cuba nak membeli produk SKII dari kawan yang berada di Jepun..but to our surprise, kawan dia sendiri kata kat sana susah nak dapatkan produk SKII hmmmm macam pelik je... Pastu harganya, mak aihhh after convert pun katanya lebih mahal dari Malaysia... Husben Cik Lady pun cakap benda yang sama sebab Cik Lady pernah kirim kat dia nak beli facial foam SKII kat Korea waktu dia ke sana, tapi harganya sedikittt tinggi berbanding di Malaysia but still okay la.. Its like, tak de beza pun kalau beli kat sana compare to here.. Cik Lady sendiri pernah survey harga produk SKII kat shopping mall di The Orchard Road, Singapore.. harga? Hmmm korang boleh teka sendiri lah ekkekekek memang kat Malaysia ni sangat-sangat okay dan better lah...