Monday, December 7, 2015

Percutian ke Bali - Day 2 (post yang sangat2 panjanggg hehe)

Hi semua,

Hari tu cik lady dah ceritakan tentang pengalaman bercuti ke Bali - Day 1 kan... So hari ni cik lady nak sambung lagi cerita percutian ke Bali tu untuk Day 2 pula... Maaflah terpaksa ambil masa yang lama, sebab nak siapkan post kali ni memang berulang kali jugak save the draft hehe..almaklumlah, cerita hari ke-2 lebih panjang sebab melawat banyak tempat2 menarik...

So, malam tu selepas dinner di Jimbaran dan jalan-jalan melalui pekan Kuta dan singgah beli barang keperluan (air mineral, roti dan sebagainya)..kami pun pulang ke villa yang indah untuk beradu. Malam tu cik lady dah start migrain sebab mungkin perjalanan jauh dari awal pagi dan kemudian terus bergerak ke Uluwatu dan Jimbaran. Balik bilik ingat syok lah boleh mandi air panas kemudian zzz tapi skali air panas macam tak function je huhu.. Dah la Bali time ni tengah macam sejuk2 sebab angin sejuk dari Hemisfera Selatan datang ke arah Bali...so punya lah seksa nak mandi huhu... Buat air milo panas, minum, zzzz......

Keesokan hari nya (Day 2), awal2 pagi kami dah terpaksa bangun sebab supir dah pesan dia akan datang pick up kitorg dalam jam 8 pagi... waktu ni, cik lady pula macam sakit urat bahu sebab tidur tak betul kot, adeh seksanya.... tapi ku gagahi juga demi nak jalan-jalan ronda Pulau Bali ni...

Tips:
1. Sila breakfast sekenyang-kenyangnya di hotel atau bilik korang dulu...kalau rasa was-was dengan makanan hotel, korang pilihkan makanan yang insyaAllah boleh dimakan spt roti, susu, buah2an, cereal..u know...

2.  Malam sebelum tu, minta supir singgah di kedai runcit (ala 7-Eleven) untuk beli bekalan makanan spt air mineral, roti, biskut or coklat - boleh tgk tanda halal pd packaging, insyAllah kita berserah pada Allah SWT...

3. Bawa bekalan makanan dan pakaian dan ubat2an ke apa saja keperluan lah bersama2 korang untuk lawatan sehari suntuk ni...haaa yang ni mmg perlu, kenapa? nanti kat last post ni korang akan tahu heheheh...teruskan membaca ya ;)


Tuesday, August 25, 2015

Percutian ke Bali 2015 - Day 1

Ada apa dengan Bali?

Wahhhh dah macam tajuk filem 'Ada Apa Dengan Cinta?' kan....hmmmm betul jugak tu, ada Bali ada Cinta eceeehhh....

Assalammualaikum dan hi semua, korang apa khabar? 

Maaf dah lama cik lady tidak bersiaran di blog ini...ditambah dengan cuti raya bulan lepas...kemudian cik lady busy dan terlibat dengan ASEAN.....dan sekarang baru berkesempatan nak update blog ini....

Kali ni cik lady nak berkongsi cerita dan pengalaman manis cik lady bercuti ke Bali, Indonesia...ya sebuah pulau yang menjadi idaman cik lady sejak awal2 kahwin dulu konon nak honeymoon kat sini....tapi setelah 7 tahun baru lah berkesempatan pergi huhu... Itu pun last minit jugak cik lady plan dan beli tiket.... So cerita kali ni agak panjang dengan gambar2 yang sangat banyak yer...harap jangan marah sebab al-maklum lah iphone cik lady ni baru je tukar kamera dan bateri, maka seronok lah cik lady snap gambar-gambar sepanjang percutian tersebut.... Cik lady bahagikan cerita ini kepada 3 bahagian mengikut hari lawatan ke sana... So korang sit back and relaks and enjoy my story ya.....cheers :p

Thursday, July 9, 2015

Have You Ever Really Loved A Woman

Salam and hi semua!

Apa khabar? Selamat berpuasaaaaa! Sorry sangat2 cik lady dah lama tak update latest post kat mana2 blog cik lady.... lately ni cik lady agak busy dengan kerja di ofis, kerja2 sukarelawan dan juga mengalami beberapa cabaran yang membutkan kadang2 kita baru sedar diri yang tidak sepanjang masa kita akan happy, seronok atau bahagia..ada masa2 kita akan sangat2 down...itulah roda kehidupan kita...

But alhamdulillah, things are getting better now... Mungkin berkat bulan Ramadhan yang mulia sama, kini cik lady sangat2 tenangg...sangaaaaaaaaaaaaat tenang..tak tahu nak cakap macam mana... Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah....

Thursday, April 9, 2015

Alah Membeli Menang Memakai

Salam dan hi semuaaa,

Ni cerita bulan lepas, minggu terakhir Mac 2015..sebelum kita semua melangkah masuk ke 1 April 2015.. ada apa dgn 1 April tu? haaaaa semua berdebar2 tunggu time tu kot, al-maklumlah gst nak dilaksanakan.. Cik Lady pun cuak jugak... macam-macam dipikirkan... especially tentang kenaikan harga barang2 lah... 

Tapi waktu minggu terakhir tu, kalau korang perasan banyak kedai di shopping mall buat sale... pegi sana nampak sale, pegi sini nampak sale.. bukan sikit2 tau... banyak plak tu diskaun nyer.. paling kurang 50%...dan paling banyak sampai 70%... mentang-mentang lah waktu tu kita pun baru dapat gaji, trus nyer dibuat sale sana-sini.. 

Mengikut cerita husben cik lady yang keje sendiri (swasta)..kedatangan gst menyebabkan byk kedai dan company buat clearance sale barang2 atau stok lama memandangkan brg2 tersebut dah dikira mengikut sistem percukaian lama iaitu 10% + 6%.. bila 1 April datang, semua barang lama ni hanya sepatutnya dikenakan cukai 6% sahaja, makanya, diorg akan mengalami kerugian nanti bila company tu register dgn pihak kastam untuk pelaksanaan gst baru tu. Walaupun company boleh claim balik dari kerajaan cukai sebanyak 6% tu, but somehow or rather benda tu nanti akan merenyahkan urusan mereka...so lebih baik diorg clearkan stok lama cepat-cepat..dan hanya stok baru dikira mengikut perkiraan gst baru ini.. ada faham tak? kekekek ni my husben yang cerita la.. memula cik lady tak percaya, tapi bila pegi ke shopping mall, toleh sana nampak "SALE" toleh sini nampak "SALE".. bukan sikit2 tau.. banyak plak tu sampai 50-70%...lama2 cik lady pun rasa apa yg diperkatakan oleh husben cik lady tu macam betui lah jugak kot... sorry la kalau kisah ni tak betui, korang jgn pecaya bulat2 pulak ye kekeke...

Wednesday, April 1, 2015

Jom Like FB Fan Page "Diari Cik Lady"

Salam dan hi korang,

Entri kali ni Cik Lady postkan secara serentak di ketiga-tiga blog kesayangan Cik Lady... :)

Seperti semua sedia maklum, kalau tak tahu lagi pasni akan tahu kot :P Cik Lady ada 3 blog yang dikendalikan secara serentak menggunakan aplikasi Blogpost ini.. Alhamdulillah, cik lady dah berblogging sejak tahun 2008..dulu blog cik lady bernama "Lady In The Pink"..dah lama Cik Lady tutup blog tu atas sebab2 tertentu... 

Imaginary Craziness
Akhirnya Cik Lady datang kembali dengan blog "Imaginary Craziness" yang memberi fokus pada kehidupan dan pengalaman Cik Lady di samping aura-aura positif yang Cik Lady nak kongsikan bersama para pembaca di luar sana...Alhamdulillah, blog ni mendapat sambutan especially tentang tips2 dan pengalaman Cik Lady sendiri dalam dunia kecantikan..ecehhh orang perempuan dengan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.. Alhamdulillah, post Cik Lady tentang "Cerita SKII Saya" mendapat sambutan yang menggalakkan..malah Cik Lady juga berhubung secara terus dengan kawan2 yang emel pada Cik Lady, dan alangkah bahagianya pabila ada di kalangan kawan2 baru Cik Lady ni turut mendapat manfaat ketika membeli SKII daripada tips2 yang Cik Lady share....

Blog Imaginary Craziness

Wednesday, March 25, 2015

Masa Untuk Membeli SKII - Parkson Bonuslink Member's Day 2015 Kembali Lagi!

Salam dan hi semua,

Apa khabar kalian hari ini? Bagi yang bekerja dengan sektor awam, tentu terasa sedikit kelegaan setelah hampir 2 bulan menunggu gaji kan..actually xde lah 2 bulan, tapi lebih lama daripada biasa lah... 

Minggu ni cik lady check postbox, tiba-tiba dapat satu mail ni...

Alamakkk Parkson Bonuslink Member's Day 2015! 

Tuesday, March 17, 2015

Blog Terbaru Daripada Cik Lady

Salam dan hi koranggg,

Apa khabar? Sorry dah lama cik lady tak upload kat sini huhu... Tapi, post mengenai SKII masih mendapat tempat kat blog ni...dan ramai jugak yang minta cik lady emelkan maklumat tentang pembelian SKII tu, insyaAllah I will share it if you leave your email address kan...

By the way, cik lady masih sayangkan blog ni, sebab blog ni cik lady fokuskan kepada cerita-cerita tentang pengalaman cik lady tentang apa jua yang berlaku dalam hidup cik lady..Cuma kalau korang perasan, cik lady ada lagi satu blog yang cik lady manage iaitu blog masakan cik lady Masak-Masak's Kitchen.. blog masakan ni pun dah lama cik lady ada sebab cik lady asingkan pengalaman memasak cik lady yang simple mimple gitu..al-maklumlah, cik lady ni keja ofis hour, so nak masak tu nak yang simple aje, tapi semestinya sedapp! hheheh... So kat situ cik lady banyak share resepi-resepi masakan yang simple tapi sedap..kadang-kadang cik lady ada tengok resepi orang kat blog lain, kemudian meng'inovasi' resepi tu, dan jadilah masakan yang simple tapi sedap! insyaAllah.. So kalau korang free-free pergilah menjengah blog itu ya... Well, blog tu tinggi juga hitsnya especially time bulan puasa.. Pastu ada resepi2 cik lady yang femes hehe.. Contohnya resepi Resepi Marinate Ayam BBQ Simple Tapi Sedap .. Tak percaya? Cubalah, ianya sangat2 simple dan sesuai untuk buat time BBQ ramai-ramai..sangat2 simple tapi sedap! heheheh...



Thursday, February 26, 2015

10 Tips Membeli SKII

Salam dan hi semua,

Cik lady sebenarnya dah lama nak berkongsi tips membeli produk SKII dengan orang ramai, sebabnya Cik Lady dulu pun mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk SKII ni waktu mula-mula cik lady nak beli.. Malah setelah bertahun pakai pun (waktu mula-mula consume miracle water je)...masih tak dapat nak cari maklumat or dengan bahasa mudah nak tengok testimoni or pengalaman bloggers yang membeli produk ini.. ternyata kurang maklumat yang dapat diperoleh... 

Tahun lepas (2014) cik lady mula nak beli the whole set dan ternyata agak hampa sebab tak dapat nak cari maklumat yang diperlukan... Kat website SKII memang ada tapi ianya bahasa yang sungguh klinikal lah kan kekekek tapi at last cik lady dapat juga beli the whole set dengan bantuan Sales Assistant (SA) SKII yang bertauliah yang sungguh baik dan peramah (penting jugak ni).. Alhamdulillah, dari situ Cik lady berazam nak share apa-apa jua maklumat dan pengalaman sendiri tentang Produk SKII ini...

Hari ni Cik Lady nak share dengan korang tentang tips-tips sekiranya korang berniat untuk membeli produk SKII di Malaysia ya :) Jom kita baca...its gonna be a long write up, harap uolls tak boring membaca ya ;)


1. Sila Beli Sendiri SKII di Outlet SKII di dalam Malaysia

Untuk yang pertama kali nak cuba produk SKII ni, Cik Lady sarankan agar korang membeli sendiri produk SKII pertama korang di outlet-outlet sah SKII yang terdapat di seluruh Malaysia... Haaaaa kenapa Cik Lady cakap begitu? Well as uolls pun tahu sekarang ni kan zaman internet terpantas di dunia so orang ramai mula membeli barang-barang di hujung jari termasuk produk kecantikan.. Sorry la Cik Lady ni agak skeptikal sikit kalau nak beli produk kecantikan secara online, bukan apa it is better kalau korang pegi sendiri kat outlet produk tersebut dan consult dengan SA supaya produk tu benar-benar genuine (asli dan original) dan tidak mendatangkan kesan buruk di kemudian hari...

Lagi satu, ada jugak antara korang yang selalu travel or kawan-kawan travel or sedara mara berada di luar negara, korang lebih intent untuk kirim pada diorg untuk beli produk-produk dari luar negara kan? Termasuk lah SKII kan? Kan? Well my dear readers, to my experience..(not mine actually, my friend)..kitorg dah cuba nak membeli produk SKII dari kawan yang berada di Jepun..but to our surprise, kawan dia sendiri kata kat sana susah nak dapatkan produk SKII hmmmm macam pelik je... Pastu harganya, mak aihhh after convert pun katanya lebih mahal dari Malaysia... Husben Cik Lady pun cakap benda yang sama sebab Cik Lady pernah kirim kat dia nak beli facial foam SKII kat Korea waktu dia ke sana, tapi harganya sedikittt tinggi berbanding di Malaysia but still okay la.. Its like, tak de beza pun kalau beli kat sana compare to here.. Cik Lady sendiri pernah survey harga produk SKII kat shopping mall di The Orchard Road, Singapore.. harga? Hmmm korang boleh teka sendiri lah ekkekekek memang kat Malaysia ni sangat-sangat okay dan better lah...

Wednesday, February 25, 2015

Set SKII Hatta Dolmat

Salam and hi semua,

Dah lama cik lady tak berceloteh kat sini kan... Tapi, masih ramai kawan2 di luar sana yg mengunjungi blog ini untuk mendapatkan maklumat ttg Cerita SKII Saya... yang cik lady post dulu tu...alhamdulillah.. Cik lady juga masih menjadi pengguna tegar produk SKII yang awesome nih heheh.. dan memang setelah memakai produk ini mengikut cara aturan yang betul, alhamdulillah kulit muka cik lady semakin cerah sekata dan lembab dan cantik dan best hahahhaha.. Pendek kata, produk ni sudah mula serasi dengan cik lady dan cik lady sgt2 suka memakai produk ini..alhamdulilah cik lady juga telah mampu untuk memakai full set SKII ini dan tidak berpaling arah lagi kekekek..

Baru2 ni cik lady telah ke The Garden KL dan singgah di outlet SKII untuk membeli Facial Foam (sbb dah habis huhu)... sekali cik lady tgk, SKII punya latest promotion ialah Set 'Hatta Dolmat for SKII'.. wahhh macam menarik saja, sbb set ni mendapat sentuhan Hatta Dolmat yg didatangkan khas dengan kotak yang sesuai untuk dibuat hantaran kahwin..dan produk2 SKII yang datang dalam set ni pun cik lady tengok agak lengkap pada harga yang sangat2 berpatutan... 

Rupa-rupanya, SKII dengan kerjasama Hatta Dolmat (HD) telah mempromosikan produk SKII dan baju-baju kahwin Hatta Dolmat dalam satu kolaborasi yang unik dan strategik... Bukanlah HD telah menukar resepi SKII tu, tapinya ianya adalah kerjasama strategik antara HD dan SKII hmmmm bagus kan, SKII dapat promosikan set kahwin SKII dan HD dapat buat fashion show pada majlis pelancaran diorg...kira win-win situation lah ni... Plussss HD juga bermurah hati utk sponsor (tatau la sponsor ke bayar ke) sepasang baju pengantin Hatta Dolmat Bridal Couture Gown worth RM20k dan SKII products worth RM5K utk contest khas set ini !!! Woooow! Memang menarik lah, so pada bakal pengantin yang sedang mencari barang-barang untuk hantaran, why not korang cepat2 beli set ni pada harga RM753 sahaja.. Dah lah tu, dapat pulak masuk contest ni, mana lah tau untung sabut korang boleh menang baju pengantin Hatta Dolmat uolls dan produk SKII worth RM5k (10 tahun boleh pakai kekekekek).... 

Jom layan gambar2 yg cik lady amik dari mr google....

Majlis Pelancaran 'Hatta Dolmat for SKII'

Popular Posts