Thursday, April 9, 2015

Alah Membeli Menang Memakai

Salam dan hi semuaaa,

Ni cerita bulan lepas, minggu terakhir Mac 2015..sebelum kita semua melangkah masuk ke 1 April 2015.. ada apa dgn 1 April tu? haaaaa semua berdebar2 tunggu time tu kot, al-maklumlah gst nak dilaksanakan.. Cik Lady pun cuak jugak... macam-macam dipikirkan... especially tentang kenaikan harga barang2 lah... 

Tapi waktu minggu terakhir tu, kalau korang perasan banyak kedai di shopping mall buat sale... pegi sana nampak sale, pegi sini nampak sale.. bukan sikit2 tau... banyak plak tu diskaun nyer.. paling kurang 50%...dan paling banyak sampai 70%... mentang-mentang lah waktu tu kita pun baru dapat gaji, trus nyer dibuat sale sana-sini.. 

Mengikut cerita husben cik lady yang keje sendiri (swasta)..kedatangan gst menyebabkan byk kedai dan company buat clearance sale barang2 atau stok lama memandangkan brg2 tersebut dah dikira mengikut sistem percukaian lama iaitu 10% + 6%.. bila 1 April datang, semua barang lama ni hanya sepatutnya dikenakan cukai 6% sahaja, makanya, diorg akan mengalami kerugian nanti bila company tu register dgn pihak kastam untuk pelaksanaan gst baru tu. Walaupun company boleh claim balik dari kerajaan cukai sebanyak 6% tu, but somehow or rather benda tu nanti akan merenyahkan urusan mereka...so lebih baik diorg clearkan stok lama cepat-cepat..dan hanya stok baru dikira mengikut perkiraan gst baru ini.. ada faham tak? kekekek ni my husben yang cerita la.. memula cik lady tak percaya, tapi bila pegi ke shopping mall, toleh sana nampak "SALE" toleh sini nampak "SALE".. bukan sikit2 tau.. banyak plak tu sampai 50-70%...lama2 cik lady pun rasa apa yg diperkatakan oleh husben cik lady tu macam betui lah jugak kot... sorry la kalau kisah ni tak betui, korang jgn pecaya bulat2 pulak ye kekeke...


Okay berbalik pada cerita minggu tu...so cik lady ni memang dah lama duk mencari handbag warna coklat dan berkulit (leather)... kiranya handbag sebelum2 ni masih belum mencukupi (alasan sangat)... huhu dah dasar orang perempuan suka handbag banyak2... selama ni duk cari, tak berkenan di hati.. yang berkenan semua mahai2...lv, chanel, hermes...okay tu mahai sangat... So cik lady pun duk cari lah sana sini tak jumpa... 

Sekali waktu tu jalan2 kat satu shopping mall tu, ternampak lah Hush Puppies ada buat sale, dan beg yang cik lady pernah tertengok dan suka jugak la sebelum ni, hari tu tengah ada sale...50% lagiii! Wahhh waktu tu pegang dan rasa hmmmm best (beg pun ada rasa best dan tak best yer)..... warna coklat memang dicari selama ni... design nye simple dan nampak santai, ala2 nak pakai tuk weekend tu memang cun lah.. besar jugak sesuai dengan saiz badan cik lady.... harga? hmmm asal harganya RM259 (memang sebelum tu waktu beg ni baru keluar pada harga tu)... sekali ada diskaun 50%..dah tinggal RM129.50 ... ada membership card pulak dapat lagi 5% ..so at last harganya tinggal RM123... Okay, kita jalan2 kejap, pegi makan dulu..pikir pastu decide... last2 lepas makan terus ke kedai tu balik dan angkat satu huhuhu... tak nak banyak fikir, beg ni akan digunakan sebaik mungkin dan sangat2 worth dengan harganya yang tinggai seratus lebih je... okay dah.. jom tengok.... orang ciwi :P *oh by the way handbag ni tak full leather, depa guna mixed leather dengan apa tah sebab tu murah kot.. if fully leather konpem mahai kan..but still okay je...

Suka sukaa.... simple mimple jer cik lady ni....


Lepas dah dapat handbag, nak match dengan kasut pulakkk *tepuk dahi.. eh tak la, xde la nak matchy matchy...tapi memang Cik Lady dah lama mencari flat shoes yang berwarna coklat dan daripada leather...(alasan lagik) huhu... Padahal tahun lepas baru jek beli 4 beradiks tu...huhu actually yang 4 beradik tu memang Cik Lady guna setiap hari.. kasut flat shoes hitam memang hari-hari pakai nak ke ofis, di ofis tukar la pulak ke heels yang coklat/hitam tu (macam gambar di atas ni)... yang satu lagi heels plak guna time dinner or kenduri..memang berbaloi beli... tapi kali ni nak cari flat shoes untuk jalan2 hari weekend pulak...(alasan lagik) :p

Kenapa Cik Lady cari leather? Kerana, sebelum ni Cik Lady ada satu flat shoes leather berwarna hijau daripada jenama Staccato...dah 3 tahun Cik Lady pakai flat shoes tu dan memang best sangat2 bila jalan-jalan (Cik Lady ni suka pakai flat je bila ke shopping mall hari weekend).... dan memakai kasut leather ni memberi ruang kepada kaki kita untuk bernafas..xde la rasa kaki tu terperap dalam kasut xde udara, pastu basah berpeluh, pastu busukk u-know-what-i-mean huhu... Pakai kasut leather ni memang best mungkin disebabkan real leather ni ada ruang-ruang udara semula jadi yang walaupun kecil tapi cukup selesa untuk kaki kita bernafas..faham kan... So, apa lagi, misi mencari kasut la pulak... since Hush Puppies macam ada banyak jugak flat shoes yang cantek2 dan daripada real leather, Cik Lady ke kedai HP jugak lah mencari.. rambang mata gak waktu tu sebab ada banyak design lawa-lawa dan warna yang menarik...plus dengan sale 20-30% untuk kasut..rasa macam wahhh berbaloi beli ni..... Cik lady pun try lah beberapa pasang...dan juling mata memilih huhu... nak tengok? Korang sila jangan muntah layan gambar2 cik lady ya kekekekek....

Mula-mula je mata dah nampak merah ni...cantekkk... nakkkkkk


tapi
.
.
.
misi utama ialah warna coklat....

okay try pulak warna coklat.....
.
.
.


Haaaaa baru lah matchy2 dengan handbag kuuu huhu....


Alamakkk, yang design ni pun lawoo...... 


Okay... terduduk kejapp...rambang mata plak dah.... 



Berdiri balik.... jalan-jalan depan cermin...adeh dua-dua lawa......macam mana ni??


Atau berbalik pada merah??? red vs brownnn... mana cantek? merah nampak cantek laaa.....nakkkk

tapi hati kuat mengatakan jangan amik merahhh...nanti nyesal *nangisss
hati kena kuat pada plan asal...
coklat
.
.
.
coklat
.
.
.

Yang ni cantek kan? sesuai dengan kaki ku....


Tapi yang ni pun cantek jugakkk..... 


Pegang pulak.... memang lawoo ni.....

Setelah hampir 30 minit berada dalam kedai tu hahaha
Cik Lady kena buat keputusan..
kalau tak, sampai ke pagi tak leh decide huhu..

Korang rasa, Cik Lady pilih yang mana?
Haaaaa
cepattt tekaaaa......

Akhirnya, daku pilih yang ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaa

Pilih hat ni sebab nampak simple yet elegant....simple dan lebih terkini design dyer..santaiii gitu.... *alasan-bagi-hati-senang huhuhuhu

Okay, akhirnya Cik Lady beli kasut leather flat tu pada harga RM239.20 setelah 20% diskaun... memang kasut ni harga asalnya ialah RM299... korang mesti rasa mak aihh mahal nyer... tapi bagi Cik Lady yang dah pernah pakai kasut flat shoes yang real leather ni..kualiti dan ketahanannya sangat2 bagus dan lain... Cik Lady tidak kisah membelanjakan untuk kasut yang berkualiti kerana ianya sangat penting especially bila kita nak jalan-jalan berjam-jam dan selesa.... Bukan Cik Lady tak pernah beli flat shoes yang murah...ada je Cik Lady beli online dari &X(@$^ pada harga RM99 lah, RM59 lah RM79 lah... tapi akhirnya terpaksa beri pada orang or masuk ke tong sampah disebabkan kualitinya yang sangat2 hmmmmm.... x perlu cakap lah kat sini... So bagi kasut, Cik Lady lebih gemar beli dan cuba sendiri di kedai untuk pastikan keselesaan dan kualiti diutamakan...dan cik lady tak kisah nak berbelanja lebih asalkan alah membeli menang memakai.....itu jer nak share dengan korang hehehe..  Selamat Malam!

*kalau hati dah berkenan..beli jer kekekkekekek

*sekarang ni sale masih ada dan banyak especially barang2 perabot rumah...kalau korang duk mencari sofa ke apa ke elok lah beli... 

*pelaksanaan gst ni byk peniaga menaikkan barang.. korang kena jadi pengguna yang bijak ya.. kalau barang2 dapur tu elok la beli kat Mydin je sebab diorg dah declare xde kenaikan gst 6%.. lain2 boleh pegi tempat2 besar yang dah declare xde kenaikan gst 6% seperti Ikea, Jakel, dll....mmg harga diorang tak naik... selamat membeli! 


-lady d

No comments:

Post a Comment

Popular Posts