Apa khabar uolls? Cik lady alhamdulillah sihat dan sedang menghabiskan cuti hujung tahun di rumah saja.. Tadi cik lady dah postkan cerita terkini tentang apa yg cik lady lalui sepanjang minggu lepas.. Dan sekarang cik lady nak sambung kembali cerita tentang SKII cik lady..alhamdulillah sejak post berkenaan Cerita SKII Saya yang cik lady tulis beberapa bulan yang lalu di blog ini, post tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung blog2 di sini..cik lady pun tak sangka post tersebut akan menjadi hit dan skrg berada di tangga teratas google search engine, no wonder tetiba blog ni dah hit beribu-ribu visit huhu terima kasih semua...
Mungkin keikhlasan dan niat cik lady nak share sbb cik lady pun pernah alami kesusahan nak mendapatkan info lanjut dan pengalaman orang tentang penggunaan produk SKII memberi impak yang baik ini, alhamdulillah... Byk juga emel dihantar oleh kawan2 baru di luar sana, dan cik lady cuba sedaya upaya untuk membalas emel kalian, moga dpt membantu kan..
Dulu cik lady pernah berjanji nak tulis berkenaan cara2 pemakaian produk SKII especially aturannya. Jadi lebih baik cik lady tunaikan dulu janji tu di sini ya, just a short simple tips on how to apply the product kat sini, okay? Untuk gambar, korang boleh refer kat cerita asal cik lady iaitu Cerita SKII Saya ya...