Wednesday, February 19, 2014

Wish List 2014

Assalammualaikum semua...

Tahun ni masih di peringkat permulaan tahun, masih tak terlalu lambat kalau aku nak buat wish list utk tahun ni kan? Menda2 yg diinginkan ni, pastilah sesuatu yg aku boleh capai atau sekurang2 nya, hampir boleh capai... Aku tak meletakkan sgt tekanan jika x mampu dicapai, tapi kalau dpt capai semuanya pada tahun ni, ini satu bonuss! yeay... Jom tgk wish list aku...

1. Hand bag

I am craving one from those in pic huhu....
2. Rumah apartment/condo mampu milik
--> teringin nak memiliki apartment/condo yang mampu dibeli dlm range rm250k-rm350k camtu.. samada nak duk sendiri or nak kasi sewa nnt, x kisah lah.... insyaAllah tahun ni boleh kot...

3. Jam tangan
---> boleh la kalu nak usha2 kat jpo ke kl ke.. sebab harga yg okay, so pikir why not having another one with gold/bronze color plak..


Tuesday, February 18, 2014

15 Februari 2014

Ada apa dengan 15 Februari 2014?

Oh oh... 15 Februari 2014...genap 30 tahun aku bernafas di bumi Allah swt ini..
30? dah masuk angka 3 ke cik kak?
Aduh, kalau sebelum ni duk perasan muda gitu..
Sekarang kenalah behave like a 30 years-old-lady kan..
Masih tak sedar diri?
Okay, awak tu dah bukan budak2 lagi..dah mak budak pun..
Awak tu, cukup2 lah duk main..duk asyik seronokk aja...
Anak awak pun dah makin besar dah, masuk angka 3 jugak, 3 tahun...
Yang paling best, anak awak tu dah pandai cakap...panggil mama dengan penuh manja.."Mamaaaaa..nak tu..  Mamaaaaa nak ni...."
Anak awak tu dah cerdik panjang akal... kalau mama dia sakit or terluka (cedera) cepat2 dia amik ubat and sapu.. bijak sungguh...
Apa lagi yang awak cari? Kebahagiaan? Kekayaan? Kecantikan? Kemudaan?
Kalau nak semua tu, kenalah usaha..kenalah minta pada Dia..
Ya, Dia sentiasa ada untuk kita...tapi kita selalu lupa kat Dia bila senang..time susah baru lah teringat...
Lepas awak dapat semua tu, apa lagi awak nak? Pangkat? Kehormatan?
Tak cukup kan? Sebab memang tak akan cukup..sampai bila2 pun tak cukup...
Sebab tu kena sentiasa tawaduk.. sentiasa muhasabah diri...sentiasa bersyukur kepada Nya atas segala apa jua yang Dia dah beri pada awak....
Alhamdulillah, 30 tahun masih bernafas...
Alhamdulillah, 30 tahun masih sihat tubuh badan tanpa penyakit kronik...
Alhamdulillah, 30 tahun masih boleh hidup dengan membeli makanan dan pakaian...
Alhamdulillah, alhamdulillah Ya Allah...

Akan ku teruskan hidup ini dengan semangat juang yang lebih tinggi...
Demi adam ku..
InsyaAllah....aminn...

-lady d

19 Februari 2014

Assalammualaikum...

19 Feb 2014... Banyak perkara berlaku sejak 1 Jan 2014.. ternyata tahun ini akan memberi tuah kepada diriku..insyaAllah... Last post pd 6 Jan 2014 berkenaan azam tahun baru.. alhamdulillah, hingga hari ini, beberapa azam yang ditulis, tercapai..walaupun dengan usaha yang permulaan sikit, tapi jadilah kan?

Biar ku senaraikan azam yang telah tercapai hingga takat ini :

1. Kurus + sihat + cantik ---> dah start jaga makan, amik supplemen shaklee (sbb rasa okay ja dgn produk ni), buat aktiviti2 yg boleh mengeluarkan peluh. Maka, perlu diteruskan usaha ini tanpa rasa jemu dan gagal okay..

2. Buat perkara yang diminati ----> Alhamdulillah, dah start kembali buat benda2 yang menarik esp. kemas rumah, gardening and memasak! yes, memasak! huhu.. walaupun simple, tapi yang penting kena lah sedap kan?? alhamdulillah, fridge pun skrg ni penuh je dgn brg2 asas dan buah2an dll... nak cuba masak utk makan malam khas utk adam ku..insyaAllah..

3. Jadiakn rumah idaman ----> sentiasa pastikan kemas, bersih, teratur... tapi misi utk bilik belakang masih dlm proses..go go chaiyok d!!

4. Kerjaya (ni tambahan azam baru) huhu -----> alhamdulillah, dah mula keja di tempat baru.. so far, aku mempunyai masa dan jadual yg teratur.. rasa mcm seronok pula bila hari2 dah boleh balik awal..boleh amik adam, pastu bawak dia pegi kedai or taman permainan.. pastu balik rumah, layan adam, mandikan dia..masak, make sure adam makan..kemas rumah, siram pokok, basuh baju dll lah.. haaa paling best, after settle hutang di rumah dan hutang dgn Allah swt, tutup lampu bilik, buka aircond, bukak tv and dvd utk adam..n zzzzz...

5. Bangun awal ----> sejak keja tempat baru ni, kenalah bangun awal huhu.. so far, alhamdulillah, kul 6 pagi dah boleh bangun.. paling salju bila time bangun tu terdengar azan subuh..alahai, kena cari rumah dekat masjid la kalu begini, baru senang sket nak bangun kan... dpt siap2 n kadang2 masak breakfast pun sempat.. pergi keja pun hati tenang ja..xde bawak macam orang gila lagi semata2 nak kejar punch card oopss!


Alhamdulillah, walaupun baru masuk bulan Feb 2014, mcm2 yang diatur dah tercapai... yang lain2 tu, masih dlm usaha..tapi diriku masih optimis... kita teruskan berdoa dan tawakal kepadaNya kan... aminn..


lady d


Popular Posts