Monday, July 22, 2013

Rindu


Pernah tak korang rasa rinduuuu yang amat.. tak kiralah rindu pada kekasih hati ke, rindu pada mak bapak ke, rindu pada anak ke, rindu pada kampung halaman ker... Semuanya tergolong dalam kategori rindu...

Rindu ni adalah satu perasaan yang tidak dapat kita bayangkan dengan perbuatan atau kata-kata sekali pun.. Kalau nak berkata-kata pun, kita boleh tulis "Saya RINDDUUU sangat2 kat kamu"...

Rindu ini adalah satu perasaan yang mendalam, datang dari dalam hati... Selalu kita letakkan 'hati' kita di kawasan jantung kita kan.. sedangkan hati yang sebenar terletak di sebelah kiri pinggang kita...

Kenapa kita mesti mempunyai rasa rindu ni? Kenapa kita mesti rasa terbeban oleh rindu ini?
Kerana Allah swt telah melengkapkan setiap manusia di dunia ini dengan perasaan..hati dan perasaan tidak dapat dipisahkan...

Dengan perasaan rindu ini jugalah yang akan menerbitkan rasa kasih, rasa sayang dan rasa cinta yang amat sangat... tak kira pada orang yang kita suka, atau mereka-mereka yang kita kasihi...

Mulalah manusia mula tidak memikirkan rasional, bertindak di luar batas kemampuan... kerana rindu ini telah menggerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan kita....
Ternyata rindu ini telah menggerakkan dunia ini, untuk sekian lamanya....

-lady d

No comments:

Post a Comment

Popular Posts