Monday, July 29, 2013

Solat

Indahnya solat dengan cinta sejati
Rindu padaNya terubat di hati

Indahnya solat berimamkan kekasih hati
Menguatkan lagi perasaan di hati

Hidup diteruskan
Solat sesuatu yang pasti

Senang berkata-kata
Susah dihayati

Perasaan dinikmati
Tiada galang ganti....

Wednesday, July 24, 2013

Kahwin


Perkahwinan itu indah jika berpaksikan padaNya....
Perkahwinan itu kekal ke syurga jika niat kerana Dia...

Cinta sejati, berkahwin kerana Allah SWT...
Cinta sejati, bersama di dunia dan di syurga...

Kenapa harus takut pada malapetaka? jika cinta sejati disemai dalam rumah tangga...
Kenapa harus takut pada kematian? jika di syurga kekal bersama...

Dunia ini hanya persinggahan sementara...
Yang kekal adalah ketika di 'sana'..

Setiap yang berlaku telah ditulis kalam takdir Nya... belajar menerima, bukan bererti kalah...
Belajar membaiki, bukan bererti pasrah.. Memberi yang terbaik, itu amanah...


-lady d


Monday, July 22, 2013

Rindu


Pernah tak korang rasa rinduuuu yang amat.. tak kiralah rindu pada kekasih hati ke, rindu pada mak bapak ke, rindu pada anak ke, rindu pada kampung halaman ker... Semuanya tergolong dalam kategori rindu...

Rindu ni adalah satu perasaan yang tidak dapat kita bayangkan dengan perbuatan atau kata-kata sekali pun.. Kalau nak berkata-kata pun, kita boleh tulis "Saya RINDDUUU sangat2 kat kamu"...

Rindu ini adalah satu perasaan yang mendalam, datang dari dalam hati... Selalu kita letakkan 'hati' kita di kawasan jantung kita kan.. sedangkan hati yang sebenar terletak di sebelah kiri pinggang kita...

Kenapa kita mesti mempunyai rasa rindu ni? Kenapa kita mesti rasa terbeban oleh rindu ini?
Kerana Allah swt telah melengkapkan setiap manusia di dunia ini dengan perasaan..hati dan perasaan tidak dapat dipisahkan...

Dengan perasaan rindu ini jugalah yang akan menerbitkan rasa kasih, rasa sayang dan rasa cinta yang amat sangat... tak kira pada orang yang kita suka, atau mereka-mereka yang kita kasihi...

Mulalah manusia mula tidak memikirkan rasional, bertindak di luar batas kemampuan... kerana rindu ini telah menggerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan kita....
Ternyata rindu ini telah menggerakkan dunia ini, untuk sekian lamanya....

-lady d

Tak Tahu Nak Tulis Apa

Kadang-kadang kita membara
Tapi tak tahu nak tulis apa..

Kadang-kadang kita bersemangat
Tapi selepas tu idea pun bersemat...

Manusia penuh dengan dugaan
Penuh dengan pelbagai ujian

Kita fikir kita sahaja yang paling malang
Tapi kita lupa ada lagi yang lebih malang

Mulalah kita mencari peluang
Melepaskan perasaan yang terpendam

Tapi akhirnya kita yang hilang....


-lady d

Popular Posts