Pernah tak korang duduk kat ofis yang mana semua bos2 bercuti?? huhuhu best rupanya bila bos tak dak ni.. kita lah bos hahaha... tp keje kena jln gak... tu yg tak best.. Okay, nak ckp pasal hari2 yang penuh gila, korang tentu pernah hadapi hari2 yg cenggini kan? eh eh, samalah kita :) ada dua jenis gila, iaitu pertama gila yang mmg menyusahkan atau tak bagus utk kita (slalu kita panggil hari malang kita).. dan satu lagi, hari yg semua benda kita nak buat keja gila hahaha (tu mmg sengaja)...
Slalu bila hari2 camni berlaku, ia bermula seawal pagi... ye lar, sewaktu kita baru nak start enjin pi keja, tup2.. minyak keta plak nak abis, angin plak kurang.. dah satu hal kena pi petrol station dulu.. and then, otw nak pi ofis, jalan yang selama ini lengang jer pagi2, tup2 sesak tak tentu pasal plak... pastu, kita berkejaran punch card (most of us la kan)... tup2... da cukup2 masa atau merah plak... naik ke ofis, tak dan nk duduk.. tup2.. bos plak panggil..discussion pepagi buta... dgn perut kosong x bekfast lagi... pegi la ngadap bos.. tup2.. bos tanya keja tu keja ni... mula lah satu hari kita serba tak kena kan??
heheh well, like i always mentioned before, setiap yg terjadi, ada kait rapatnya dgn vibration kita.. how we actually control our mind, sending out the right vibration is very important... for example, time uolls bergegas2 ke ofis, jalan jem.. cuba relaxkan minda anda.. cuba kamu bertenang..kemudian cuba antar vibration positif ke alam ini (cth dlm hati berdoa pada Tuhan, bagilah jalan tak sesak, bagilah laluan tu mudah utk aku sampai ke ofis)... InsyaAllah (saya orang Islam ya)... antara sedar atau tidak, perlahan2 keta kamu akan bergerak, tiada sebarang halangan.. n sampai di ofis tepat atau lebih awal masanya... I've tried tis many times and alhamdulillah, it works for me... kalu kita asyik fikir "Aduh, konpem aku lambat, konpem aku lambat (the negative vibration)....mmg konpem korang akan lambat.. tup2 ja, jam di tgn dah hilang 5 minit..(berlalu dgn pntas).. x pecaya, try lah... :)
Satu lagi, hari-hari gila ialah kita suka nak buat keja gila... in a good word "being creative" hahaha... sekali sekala, rasanya benda2 camni perlu ada dlm diri anda.. kenapa? kerna, jgn lah membosankan diri anda dgn routine work aja.. x pahey? hmm camni, sekali sekala tu, try lah buat keja gila.. yg selama ini anda risau n takut nak buat.. konpem anda akan berasa puas... hehe sy lately ni, slalu buat keja gila (tak leh nak nyatakan kat sini nnt kantoi).. n mmg sy rasa best dan puas.. so, bila lg anda nak enjoy hidup anda? mulakan dari sekaranggg... all the best!
No comments:
Post a Comment