Hari tu cik lady dah ceritakan tentang pengalaman bercuti ke Bali - Day 1 kan... So hari ni cik lady nak sambung lagi cerita percutian ke Bali tu untuk Day 2 pula... Maaflah terpaksa ambil masa yang lama, sebab nak siapkan post kali ni memang berulang kali jugak save the draft hehe..almaklumlah, cerita hari ke-2 lebih panjang sebab melawat banyak tempat2 menarik...
So, malam tu selepas dinner di Jimbaran dan jalan-jalan melalui pekan Kuta dan singgah beli barang keperluan (air mineral, roti dan sebagainya)..kami pun pulang ke villa yang indah untuk beradu. Malam tu cik lady dah start migrain sebab mungkin perjalanan jauh dari awal pagi dan kemudian terus bergerak ke Uluwatu dan Jimbaran. Balik bilik ingat syok lah boleh mandi air panas kemudian zzz tapi skali air panas macam tak function je huhu.. Dah la Bali time ni tengah macam sejuk2 sebab angin sejuk dari Hemisfera Selatan datang ke arah Bali...so punya lah seksa nak mandi huhu... Buat air milo panas, minum, zzzz......

Keesokan hari nya (Day 2), awal2 pagi kami dah terpaksa bangun sebab supir dah pesan dia akan datang pick up kitorg dalam jam 8 pagi... waktu ni, cik lady pula macam sakit urat bahu sebab tidur tak betul kot, adeh seksanya.... tapi ku gagahi juga demi nak jalan-jalan ronda Pulau Bali ni...
Tips:
1. Sila breakfast sekenyang-kenyangnya di hotel atau bilik korang dulu...kalau rasa was-was dengan makanan hotel, korang pilihkan makanan yang insyaAllah boleh dimakan spt roti, susu, buah2an, cereal..u know...
2. Malam sebelum tu, minta supir singgah di kedai runcit (ala 7-Eleven) untuk beli bekalan makanan spt air mineral, roti, biskut or coklat - boleh tgk tanda halal pd packaging, insyAllah kita berserah pada Allah SWT...
3. Bawa bekalan makanan dan pakaian dan ubat2an ke apa saja keperluan lah bersama2 korang untuk lawatan sehari suntuk ni...haaa yang ni mmg perlu, kenapa? nanti kat last post ni korang akan tahu heheheh...teruskan membaca ya ;)