Thursday, April 9, 2015

Alah Membeli Menang Memakai

Salam dan hi semuaaa,

Ni cerita bulan lepas, minggu terakhir Mac 2015..sebelum kita semua melangkah masuk ke 1 April 2015.. ada apa dgn 1 April tu? haaaaa semua berdebar2 tunggu time tu kot, al-maklumlah gst nak dilaksanakan.. Cik Lady pun cuak jugak... macam-macam dipikirkan... especially tentang kenaikan harga barang2 lah... 

Tapi waktu minggu terakhir tu, kalau korang perasan banyak kedai di shopping mall buat sale... pegi sana nampak sale, pegi sini nampak sale.. bukan sikit2 tau... banyak plak tu diskaun nyer.. paling kurang 50%...dan paling banyak sampai 70%... mentang-mentang lah waktu tu kita pun baru dapat gaji, trus nyer dibuat sale sana-sini.. 

Mengikut cerita husben cik lady yang keje sendiri (swasta)..kedatangan gst menyebabkan byk kedai dan company buat clearance sale barang2 atau stok lama memandangkan brg2 tersebut dah dikira mengikut sistem percukaian lama iaitu 10% + 6%.. bila 1 April datang, semua barang lama ni hanya sepatutnya dikenakan cukai 6% sahaja, makanya, diorg akan mengalami kerugian nanti bila company tu register dgn pihak kastam untuk pelaksanaan gst baru tu. Walaupun company boleh claim balik dari kerajaan cukai sebanyak 6% tu, but somehow or rather benda tu nanti akan merenyahkan urusan mereka...so lebih baik diorg clearkan stok lama cepat-cepat..dan hanya stok baru dikira mengikut perkiraan gst baru ini.. ada faham tak? kekekek ni my husben yang cerita la.. memula cik lady tak percaya, tapi bila pegi ke shopping mall, toleh sana nampak "SALE" toleh sini nampak "SALE".. bukan sikit2 tau.. banyak plak tu sampai 50-70%...lama2 cik lady pun rasa apa yg diperkatakan oleh husben cik lady tu macam betui lah jugak kot... sorry la kalau kisah ni tak betui, korang jgn pecaya bulat2 pulak ye kekeke...

Wednesday, April 1, 2015

Jom Like FB Fan Page "Diari Cik Lady"

Salam dan hi korang,

Entri kali ni Cik Lady postkan secara serentak di ketiga-tiga blog kesayangan Cik Lady... :)

Seperti semua sedia maklum, kalau tak tahu lagi pasni akan tahu kot :P Cik Lady ada 3 blog yang dikendalikan secara serentak menggunakan aplikasi Blogpost ini.. Alhamdulillah, cik lady dah berblogging sejak tahun 2008..dulu blog cik lady bernama "Lady In The Pink"..dah lama Cik Lady tutup blog tu atas sebab2 tertentu... 

Imaginary Craziness
Akhirnya Cik Lady datang kembali dengan blog "Imaginary Craziness" yang memberi fokus pada kehidupan dan pengalaman Cik Lady di samping aura-aura positif yang Cik Lady nak kongsikan bersama para pembaca di luar sana...Alhamdulillah, blog ni mendapat sambutan especially tentang tips2 dan pengalaman Cik Lady sendiri dalam dunia kecantikan..ecehhh orang perempuan dengan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.. Alhamdulillah, post Cik Lady tentang "Cerita SKII Saya" mendapat sambutan yang menggalakkan..malah Cik Lady juga berhubung secara terus dengan kawan2 yang emel pada Cik Lady, dan alangkah bahagianya pabila ada di kalangan kawan2 baru Cik Lady ni turut mendapat manfaat ketika membeli SKII daripada tips2 yang Cik Lady share....

Blog Imaginary Craziness

Popular Posts