How are you guys? Sorry today already 11th of August 2017! Omg..omg.. punya lah lama cik lady tak menulis di sini..
Bila difikirkan, kenapa cik lady lama menyepi, kerana tahun 2017 ni macam2 yang terjadi...dan benda paling besar terjadi pada awal tahun ini..
Indeed, it was the most saddest thing that happened in my life when i lost my mak (read nenek) on 26th of January 2017.. right after azan maghrib..in front of my own eyes... walaupun sedih, tapi cik lady tahu, mak balik ke tempat yang paling baik.. mak balik kepada penciptaNya di petang yang mulia.. mak balik ke pangkuan arwah tok wan yang setia menantinya... walaupun sedih, cik lady puas dapat jaga mak walaupun hanya selama 2 minggu.. kami dapat tahu mak getting weaker (umur dia dah almost 70) dan tak mampu berjalan pada awal tahun, waktu tu mak tinggal dgn my aunt, kemudian dgn my uncle.. kemudian mak cakap, nak duduk di rumah cik lady, kami usahakan hingga mampu jaga dia selama 14 hari... pada waktu tu, hidup cik lady hanya untuk dia.. sebelum ke ofis, cik lady bangun awal pagi untuk uruskan mak, balik kerja, orang pertama cik lady jenguk adalah mak... seronok sangat dapat jaga dia.. my mom (mama) pun bantu sama2 jaga makan minum mak... sedara mara datang silih berganti, rumah kami tak pernah sunyi, alhamdulillah, itu semua rezeki kan... tapi itulah, semuanya sudah ditakdirkan, mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, betul2 selepas azan magrib berhenti..alhamdulillah, cik lady sedih, tapi dalam masa yang sama waktu tu, cik lady redha dan bahagia tengok dia pergi dengan cara yang palinggggg baik....
Raya tahun ni, tak lengkap lah tanpa mak, tanpa arwah pak lang... memang terasa lain...
Sampai hari ni, kadang2 cik lady selalu bermimpi arwah mak, arwah pak lang.. mungkin rindu barangkali...al-fatihah...
Hidup kita di dunia ni hanya lah sementara...ini adalah persinggahan.. namun persinggahan yang penting, kerana di sini lah kita diuji, ya..setiap detik waktu ini kita sedang diuji sebenarnya... di sini lah, yang menentukan kehidupan di sana kelak... sama ada di syurga yang indah, atau......
Kadang-kadang cik lady tak faham dengan sesetengah orang, yang hidupnya bagaikan bertongkat dunia.. maaf, bukan nak menuduh atau judge orang, tapi kadang2 cik lady rasa takut..takut kiranya kita juga tergolong dalam orang-orang seperti itu...nauzubillah...
Tapi betullah, kita tak boleh judge orang..we cant! siapa kita untuk judge orang itu dan hidup dia, kadang2 mgkn dia pernah alami benda yang lebih teruk, hinggakan bila dia berjaya dan hidup senang, dia rasa itu adalah usaha dia selama ini, untuk dia tunjukkan segala2nya..
Ya, tapi hati manusia ni masyaAllah, macam2... dan yang paling banyak ialah hasad dengki.. ditambah dengan dunia internet yang begitu hebat skrg ni, semua benda kejappp je sampai beritanya.. kadang2 cik lady takut nak share cerita or upload apa2, entah kawan2 suka ke, entah ada kawan yang iri hati ke..takut sgt kan..
Jadi itulah hidup kita ni, tak pernah tak de cabaran..masing2 ada dugaan yang datang... masing2 ada masalah sendiri... cuma macam cik lady cakap tadi, please, kita jangan JUDGE orang lain... baik or buruk, NO JUDGING! ... if baik, we should be happy for him/her... if buruk, just keep it to yourself...
Cik lady ada banyakkk sgt story nak share kat blog ni... i really miss to write and share with everyone... because sharing is caring... i have so many stories to share! nantikan...
Thank you u all yang sudi menjengah blog ni.. please leave a comment so that i know wat do you guys wanna hear from me? may be i can start with topic "How To Stop Judging People and Be More Positive" haha take care everyone...
Wassalam...
-lady d