Wow! Dah lama rasanya tak tulis dalam blog ini...
Bersawang, berhabuk... perlu dikemas perlu dicuci...
Kadang-kadang, sesuatu yang baik akan datang bila kita sucikan hati, bersihkan tempat...
Azam tahun ini macam-macam ada...Nak kurus lah, nak cantik lah, nak kaya lah..nak bahagia lah..
InsyaAllah..
Semuanya perlu dimulai dengan Bismillah..dan nawaitu kerana Allah SWT..
Cukuplah semua yang terjadi pada tahun 2013......ternyata banyak perkara berlaku.....pahit manis semua ada..
Kadang-kadang macam tak percaya......dah di tahun 2014 kah kita? Hmmmm....... banyak lagi perlu dibuat ni...
Kena cepat......masa tidak menunggu kita...... Kerja? Niat kerja dan nawaitu kena betul... so masa kerja, kerjalah betul-betul... abis time keja, balik, amik anak..luangkan masa untuk diri sendiri dan famili tersayang pulak.....
InsyaAllah, tahun 2014 mungkin satu tahun yang bertuah, untuk semua orang..untuk mereka mereka yang mencari tuah itu.. kalau tidak dicari, takkan dapat.. duduk lah macam tu sampai bila-bila kan...
Macam-macam nak buat, macam-macam planning...tapi kena fokus..dan buat dengan bersungguh-sungguh... More actions, less words...
Tahun ini, aku nak :
Kurus + sihat + cantik (untuk diri sendiri)
Kaya (dimurahkan rezeki supaya dapat memberi dengan lebih)
Buat perkara yang diminati (memasak + baking + menjahit + melukis + gardening + menulis (tis is totally new) + bersenam untuk sihat
Jadikan rumah idaman (bersih + kemas + brg2 yang disukai)
Bahagia (terlalu subjektif..hmmm dpt gembirakan orang yang kita sayang pun jadilah kan?)
Dekat kepada Nya (mencari Dia walau di mana sahaja...insyaAllah)
Kinabalu (akan ku daki mu suatu hari nanti..insyaAllah)...
Macam-macam kita nak kan? Tapi kalau diri sendiri hanya sibuk menulis itu dan ini, tanpa sebarang action - out you go la...
Mari mulakan....
Minum air kosong - no more sugar
Jaga makan - nasi segenggam sehari..malam ganti dgn sup/berkuah, banyakkan makanan asli (original source) macam buah dll
Banyakkan pergerakan fizikal - bersenam setiap hari 30 min jika boleh (bawak anak jalan2 tepi tasik) , kemas rumah, sauna (jika sempat), bercucuk tanam (new hobby), kemas bilik stor - buang mana patut, kemas and beri tenaga pada rumah
Buat perkara diminati? - Mulakan dengan menghadiri kelas baking/memasak/menjahit.... Menulis ? Okay, you are doing it right now ;) mungkin satu hari nnt boleh hasilkan buku..hmmmm buku apa ya?
Rumah idaman - i want to feel cozy in my own crib... need more things i like...money money..alamak...
Money? - need to plan on smth la... apa menda? tatau lagi...
Dekat kepadaNya - insya Allah, cuba mulai dengan mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias di youtube.. jadi la kan? best... mgkn satu hari nnt ke kelas/ceramah/seminar insya Allah...
KinabalU?? wow, gotta really plan... cari kawan dulu lah.... ada geng, baru best sikit
InsyaAllah...dah tertulis semua.... hmmmmmm mencari semangat baru... InsyaAllah :)
-lady d
Sunday, January 5, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Salam semua, Baru-baru ni cik lady beli movie Saloma di Astro Best, memang cik lady sangat suka tgk movie biography dan sejarah macam tu....
-
Assalammualaikum dan selamat ptg korang, Dah lama x tulis kat blog ni huhu bermaksud dah lama jugak cik lady x update blog ni since ear...
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Apa khabar uolls? Cik lady alhamdulillah sihat dan sedang menghabiskan cuti hujung tahun di r...